Saturday 29 June 2024

PID Fighter

Salam Alaykum.
  
 
Ada figther-fighter slipped disc tak dalam ni? Sebab I sekarang dalam fasa untuk berjuang dengan diri sendiri agar terus kuat lepas kena diagnosed MILD PID huhu. 4 tahun bertarung dengan sakit belakang which I thought sakit-sakit urat sahaja sebab bila pergi klinik pun doktor cakap sakit urat. Tapi tahun ni rasa macam tak boleh tahan sangat dah sebab bila buat kerja berat sikit je, sakit belakang tu makin takleh bincang. So I decided untuk buat X-Ray kat klinik and yes, diagnosed yang mula-mula memang slip disc tapi doktor klinik saran untuk refer pakar dan buat MRI untuk tahu sejauh mana teruk. 
 

So kisahnya last month I pergi klinik sebab terlalu sakit belakang and I tak larat nakgi kerja. Lepas consult dengan doktor, bagi tahu sakit situ sakit sini, doktor klinik suggest buat X-Ray sebab lepas dengar I cakap I dah start rasa lenguh area kaki, dia dah macam cuak sedikit. Siap tanya "bangun tidur pagi-pagi okay lagi?" (Dia ingatkan sampai tak terbangun lol). Setelah berjam tunggu nak X-Ray, k doktor pun secara rasminya diagoned slipped disc tapi tetap kena buat MRI juga untuk tahu seteruk mana dan further action la sama ada nak operate ke apa ke. Time tu kat depan screen monitor tu mata dah terkebil-kebil dah sebab tahan nangis, tapi tumpah juga la air mata sikit masa ambil ubat hahahaha. Kitonyo manjo lonie.
 



 
Banyak minggu jugalah I ambil keputusan dan survey kat mana ada buat MRI and finally I went to KPJ sebab kat situ je yang cepat dan cost quite murah sikit berbanding dengan USAINS. Lepas buat MRI tu kena tunggu 2-3 jam juga baru keluar result so petangnya doktor pakar suruh ke bilik dia. Sepanjang tempoh tu, memang berharap sangat bukan slipped disc. Tapi tak berharap juga  penyakit lain hahaha. Kira macam harapnya masa tu sakit urat biasa-biasa je la. Sekali noh rokiah, duduk je kat depan doktor, soalan pertama doktor tanya "selama ni kerja apa?" then bila I jawab kerja xxx, doktor siap gurau lagi "saya ingatkan kerja buruh, okay so Hani..." dia pun tunjuk la gambar tulang I dengan segala penerangan sambil membebel sebab 4 tahun sakit baru nak rujuk pakar katanya. Mano kito tahu doktor. 
 
Doktor cakap kes yang I kena ni biasanya terjadi kat orang yang dah berumur atau orang yang kerja hard labour je. Sebab tulang I tu macam haus (kemungkinan dari activity seharian kita yang terlalu lasak macam angkat benda berat, posture duduk yang salah etc). Time tu doktor bagi contoh pesakita dia yang dah umur 50-60, kita je wak yang awal 30-an tapi disc dah rosak lol. Tak tahu nak gelak ke nak sedih ke nak happy ke. Nangis ke tidok? Berair mata jah bila kat depan doktor, masa dalam kereta tu je baru hah, meraung macam kena diagnosed kanser lol. 
 
Anda yang tak mengalami senang cakap la. Cuba alami dulu. Baru reti nak menangis meraung gak.
 


So, what is it like to be in an MRI scan machine? At first memang tak rasa apa-apa pun. Even selepas tukar baju semua, tunggu kat depan bilik MRI pun still tak rasa apa-apa. Sehinggalah, sorang akak ni keluar, that day she's the first one yang buat MRI. Sumpah tak rasa apa-apa tapi bila akak tu cakap "kadang-kadang benda ni kita dengar dari orang cakap, bila kita dah merasa sendiri, tak ada apa pun sebenarnya". Fuhh, time tu terus berdebar, dan-dan je teringat cerita Final Destination kot eh? Yang dia masuk dalam mesin MRI ni lepas tu terbakar hahahaha. 
 
Sekali noh, tak panas pun dalam tu. Sejuk teramat. Then lagi satu, kita bukannya masuk dalam lubang tertutup pun. Kat area kepala atas kita ni terbuka je sebenarnya, cuma kita akan rasa tak selesa sebab ruang badan kita ni memang sempit. Kalau orang kurus, nan hado la sempitnya, orang plus size macam hakak ni memang akan terasa sempit dia. But any way, first experience checked! Hahaha





 
 
 
Till then, XOXO.

June 29, 2024 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment