Hilang Dalam Ramai

Rindu.
 
Terlalu rindu dengan diri sendiri yang dulu yang telah lama mati. Diri sendiri yang sentiasa ceria walaupun ada masalah, yang sentiasa positif walaupun dalam kesusahan, yang tak pernah mengenal erti penat, tak pernah mengalirkan air mata walau ketika bersendirian.
 
Tapi, diri sendiri yang sekarang ni terlalu menyedihkan untuk dikenang mahupun dikongsi. Kehidupan sehari-harian yang penuh dengan air mata, yang terlalu penat sehingga terkadang tu keinginan untuk tidak lagi mahu hidup muncul dengan sendirinya. Penat fizikal, penat mental.
 
Diri yang sekarang terkadang kelihatan senyum, terkadang kelihatan gembira tapi percayalah, itu semua hanyalah lakonan untuk mengaburi mata-mata orang sekeliling. Dalam senyum, dalam gembira, tersimpan seribu satu duka yang tak mampu diluah dan dikongsikan kepada sesiapa pun.
 
Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati ni dan hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui betapa diri ini ingin sahaja menghilangkan diri dan menjauhkan diri semua orang, dari segala-galanya.
 

 

1 comment: