Between Life and Death

Eh bukan.

Ni bukan mengenai hidup atau mati yang satu tu. Walaupun terkadang ada juga terfikir mengenai yang tu, tapi Insha Allah, selagi masih ada iman dalam diri ni, I'll try to avoid bisikan Syaitonirajim itu. Dia gini sebenarnya, alang-alang I dah start nak aktifkan balik blog ni dan I sendiri pun sebenarnya tengah cuba untuk mencari sesuatu yang boleh distract my emotion daripada bersedih sepanjang masa, so let me share one of my biggest decision yang menurut I, memang seumpama antara hidup dan mati.

Jadi seorang Hani ni mudah je sebenarnya kehidupan dia (dulu lah). Hidup dia dulu hanya dengan anime, korean dramas, marathon movies, cafe hunting, beli mainan, kumpul figures, pergi kerja balik kerja. That's it. Tak pernah terlintas pun dalam hidup seorang Hani ni untuk buat keputusan yang bagi dia, agak besar. Antara keputusan terbesar yang I pernah buat, pertamanya, beli kereta. Itu pun sebab kena hina dulu tau, baru I ambil kereta baru. Kalau tak, memang I takkan pernah mahu untuk terikat dengan commitment bertahun-tahun.

 

So the second biggest decision dalam hidup seorang Hani yang I nak share today adalah, leaving her comfort zone; resign. Yes, resign after 5 years berkhidmat sampai dapat slipped disc. Eh? Mesti korang pelik kan, scroll post ke bawah-bawah tu elok je cerita pasal new office lah, new job lah. Tapi, tengok date elok-elok eh. Itu semua post lama, biasalah. Chipsmore. 

Kenapa resign?

Entah. Tak ada solid reason for that question. Tercabar? Tak juga. Tak tahan kena marah, kena maki? Tak juga. 5 tahun kot kena maki dengan client, kena maki dengan manegement, impossible lah kalau itu puncanya. Yang pasti, bila orang dah letakkan kesalahan sepenuhnya kat kita, dan bila kita pun memang ada salahnya juga, daripada berterusan melakukan kesalahan tu, I decided to leave. Leave for good. Memanglah, one of my ex colleague pun ada cakap, kalau nak cerita pasal kesalahan, semua orang buat salah. Kalau tak, dari tahun 1998 lagi dia pun dah resign katanya. Entahlah tuan, puan. 

Kesalahan tu satu hal. Tapi bila orang "ugut" kau yang kesalahan kau ni akan menyebabkan orang lain terpaksa diberhentikan, kau rasa kau boleh kerja lagi ke kat situ? Dan mungkin, itu salah satu sebabnya juga. Ada main reason I resign tapi biarlah I dan Allah sahaja yang tahu. Kalau awal-awal dulu, mungkin hari-hari dulu meratib cakap nak resign sebab serabut dengan management, tapi tak buat pun. Sebab kita tahu, stress macam mana pun, kita boleh hadap. Tapi masa 2023 tu, instict nak resign tu makin kuat, disebabkan main reason yang tidak boleh I share itu. Tuptup penghujung 2023, betul-betul letak surat haha. Dalam masa seminggu pulak tu, takde istikarah takde apa pun, esok pagi bangun tidur, terus taip surat on Tuesday, Thursday submit haha.


Resign kerja ni tuan-tuan dan puan-puan, satu keputusan yang sangat susah untuk seseorang tu buat. Apatah lagi yang mengambil masa seminggu je untuk fikir masak-masak macam I ni. Sebab tu I cakap, ini keputusan kedua yang terbesar dalam hidup I yang pernah I buat. Memang macam hidup dan mati dah. Nak hadap parents lagi, nak hadap pengangguran lagi, nak hadap comitment lagi. Tu nasib baik Allah atur rezeki kerja baru cepat sikit, kalau tak rasanya tak hidup dah. Tak adanya nak menaip malam ni. Mungkin dah jadi arwah dah sebab dah give up cari kerja baru. Tapi, betullah; 

"التوكل علي الل"

Trust and reliance upon Allah. Dalam tempoh 3 bulan notice berhenti kerja tu, dah dapat offer kerja baru dan disebabkan kita ni generasi Millenial, kita bedal je apa peluang yang ada depan mata, walaupun terpaksa downgrade gaji, downgrade lifesyle. It's okay untuk bermula dari bawah balik, kan? So yeah, itu sahajalah kot cerita untuk harini. Sebenarnya malas nak share sebab I mixed feelings bila I resign dari previous company. Happy tak. Sedih tak. Puas hati pun tak. Lebih kepada rasa kosong. Padahal kawan-kawan I yang tahu betapa menderitanya I selama 5 tahun dulu, semua pakat duk wish tahniah once I letak surat lol. 

Next blogpost takmau share lagi dah pasal cerita resign ni, pasal company baru pun, kalau ada rasa nak share nanti kita share. Sebab tak mau jadi macam previous company dah, oversharing lol. Kita throwback benda happy-happy yang tak sempat cerita dalam ni je, k.

Till then. 

Bye.

No comments:

Post a Comment