Showing posts with label bibliophile. Show all posts
Showing posts with label bibliophile. Show all posts
Wassup yo!

Done with Budak Hostel Otaknya Sewel even assignment berlambak, who cares meng? Heee. Been hunting for this book since last year actually tapi tahun ini baru ada jodoh ketemu sama ini buku. Itu pun beli lepas dapat baucer buku. Sesampai je kat MPH SACC Mall, buku ini aku terjah dulu compare to other books. Kenapa berminat sangat dengan buku ini?

Entahlah. Mungkin sebab tajuk yang ada kena mengena dengan asrama. Aku budak hostel masa Form 4 & Form 5 dulu jadi automatik rasa nak baca. Design untuk cover buku itself pun dah buat kau rasa lagi tertarik nak baca. (Bagi aku lah). 


After struggling 2 days, akhirnya habis jugak baca buku ni. Overall, buku ini memang sewel lah baq hang. Kena sangat dengan tajuk. Jalan cerita tak heavy, sempoi je. Aku boleh baca dalam bas masa otw balik Kelate then I was like mengekek sorang diri sebab tahan gelak. Eh gila apa nak gelak kuat-kuat dalam bas? Haha. Tambah lagi aku memang dasar #teammudahterhibur lagi lah senang gelak. Hoho.

Setiap watak ada lucunya yang tersendiri. Paling kelakor bila baca part Imam Maslan aka Imam Maslang from Terengganu. Part halau junior kena rasuk tu memang aku mengekek habis. Kalau atas bas tak ada orang rasanya dah gelak besar time tu tapi terpaksa behave. Haha.


Kalau nak tengok dari segi penggunaan bahasa, korang pun tahu kan buku-buku macam ni mostly menggunakan gaya bahasa yang agak freestyle. Senang citer, kalau kat budak-budak under age tu tak yah lah bagi baca. Guess that aku kena sorok la ni buku ni dari pandangan Aiman? LOL.

Ouh lupa pasal sinopsis. Buku ini berceritakan 4 sekawan yang duduk kat hostel dan dalam misi nak ceroboh masuk dalam asrama budak perempuan lepas kena cabar oleh seseorang. Untuk sinopsis dan jalan cerita details lagi, korang kenalah beli dan baca sendiri buku ini. Nak pinjam iolls punya pun boleh ajo. 

Aku rasa kes ceroboh masuk asrama budak perempuan ni memang akan terjadi kat mana-mana asrama. Kat asrama aku dulu pun kalau tak silap aku memang ada juga kes macam ni. Laki naik blok perempuan pakai kain sarung pelikat kat muka ala-ala ninja gitu.


Last but not least, BHOS worth to read. Tambah lagi kalau kau rasa nak hilangkan stress, nak santai-santai, boleh lah baca buku ini. Itu pendapat aku as a #teammudahterhibur, tak tahu lah bagi korang yang susah nak terhibur baca buku ni boleh jadi gelak ke tak. Till then, gerak dulu.

Assalamualaikum :)

P/S: Sorry kalau cellophane-effect kat gambar tu buat korang pening. Tetiba mengada nak try effect tu pulak. Haha.
Assalamualaikum and hi gais.

Sorry for the hiatus. Kan dah cakap, this is me bila mulanya semester. Hiatus tu dah menjadi kewajipan jadi jangan pelik. Tapi betullah kan, bila semester buka aku kenalah fokus dengan belajar assignment bla bla bla bagai. Kalau duk rumah tu lain cerita lah kan nak menghadap blog 24 jam sekali pun. So, minggu aku lepas aku dah dapat baucer. Penderitaan nak dapatkan baucer tu takyah cerita argh. Menyampah bila ingat balik.

Bila dah dapat baucer, misi menghabiskan baucer bermula. Agak terkilan sebenarnya sebab tahun ini tak dapat join pesta buku, kalau tak dengan RM100 baucer buku, aku dah boleh dapat berpuluh-puluh buku. Ok, over. Tak ada sampai berpuluhs tapi banyak jugaklah. Weekend lepas aku pergi bertapa kat MPH SACC Mall cari buku dan dengan RM150 baucer buku, aku dapat 6 buku. Ok lah tapi kalau ada pesta buku lebih lagi kot dapat. 

Buku yang jadi mangsa aku termasuklah, Budak Hostel Otaknya Sewel (dari tahun lepas cari ni), #CeritaSeram3: Syaitan, Diagnosis, Diagnosis 2: Prognosis, Diagnosis 3: Mortuari & 5000 Amazing Facts About Everything. Petang kelmarin dah settle down 1 book, iaitu, #CeritaSeram3: Syaitan. Gigih gua habiskan sebelum malam tiba sebab gua tak nak kes tak boleh tidur gara-gara teringat-teringat scene dalam buku tu terjadi.


Dah. The end for #misihabiskanbaucer part 1. Baki baucer ada lagi 100. Ingat nak balik habiskan kat Kelate, senang maaa tak payah punggah naik bas bagai. Lagi pun aku ingat nak belanja bongsu dengan baki 100 lagi tu. Bagi dia pilih apa buku yang dia nak.

Till then, Anyeong!

#misihabiskanbaucer: Part 1

by on March 21, 2016
Assalamualaikum and hi gais. Sorry for the hiatus. Kan dah cakap, this is me bila mulanya semester. Hiatus tu dah menjadi kewajipan ja...
Mind blowing.

Bendalah ini je yang terlintas di benak fikiran aku once aku dah finished reading Patung, Fixi's novel written by Muhammad Fatrim. It took 2 days for me to finish this book walaupun buku ni takdak tebal mana pun. Gara-gara nak paham betul-betul jalan ceghita.

Dikala semester break masih lagi panjang (well walaupun takdak nak panjang mana dah), selain layan on-going drama, finish all books that I bought with Voucher Buku during last year's PBAKL also one of my mission. How I wish aku boleh baca nota Appraisal hari tu just like what I'm doing right now. Gigih membaca sampai tak tidur malam.

Deng. Back to Patung.

Macam aku cakap tadi, memang mind blowing. Mungkin sebab aku pun spesis lambat pick-up, jadi nak paham jalan cerita tu pun makan masa jugak. Bayangkan, part "Orked adalah Melur dan Melur adalah Orked" tu je dah buat aku baca 4-5 kali kot. Inikan nak paham jalan cerita satu buku tu. Haha.

Tapi best ar bagi aku sebab sama macam Asrama, kau jadi wondering sorang diri. Dalam pikiran duk asyik duk pikir ja, siapa minah ni, siapa mamat ni, siapa itu, siapa ini, apa jadi lepas tu, lepas ni and so on. Last sekali rasa macam dah give up sangat sampai kau rasa,

"Arghhh siapa yang jahat sebenarnya niiiii."

Ouh btw, persoalan kemana hilangnya si Sarah Geng The Queen tu pun ada terjawab dalam novel ini. Siapa Sarah, siapa pulak Geng The Queen? Hah, mohon rujuk buku Asrama pulak. Haha. Nak bagi star untuk buku Patung ini tak mampulah deknonn tapi okeyy lah bagi aku. Takde pulak rasa macam melayang cenggitu je duit beli buku ini. Haha. Lain orang lain pendapat kot and please jangan anggap ini review. 

Deknon tak reti nak review benda bagai.
N-yeong, Wassalam.


P/S: I'm looking for Budak Hostel Otaknya Sewel right now. Instead of beli online, ada jual kat mana-mana kedai buku tak? Dah cari tapi tak jumpaaaaa. 

Patung by Muhammad Fatrim

by on January 30, 2016
Mind blowing. Bendalah ini je yang terlintas di benak fikiran aku once aku dah finished reading Patung, Fixi's novel written by Mu...
Done with Asrama by Muhammad Fatrim.

Bangga kejap dengan diri sendiri sebab berjaya habiskan novel ini dalam masa sehari lebih sikit. Sebenarnya dah dekat 7 buku jugak aku dah habis baca tapi tetiba pulak untuk buku Asrama ini rasa nak buat entry blog.Tengok argh, ada masa aku update buku-buku lain yang aku dah siap baca.

Buku ini memang masyukk dengan aku sebab setiap gambaran yang diberikan oleh penulis tu memang sebijik macam asrama aku kat Teknik Mas dulu. Dengan bangunan asrama yang tak berapa nak cantik sangat, tandas pulak hujung dunia nuuu, ada bilik/dorm kosong yang tak berpenghuni. Sebijik woo.

Aku suka on how the writer makes me wondering and asking sorang-sorang

"Siapa Lena, May & Farah ni?"

"Maria & Ira ini hantu ke?"

"Siapa hantu yang sebenarnya ni hah?"

Disebabkan soalan-soalan tu lah aku baca jugak baca jugak sebab nak tahu apa jalan cerita seterusnya tu. Ending dia tu pun aku tak ter-expect jugak sebenarnya. Ye ar, cliché ar kan kalau semua nak happy ending je. Haha. Tapi bagi aku, okey la, I like.

Ha lagi satu.

Kalau boleh, aku nak sangat tahu apa sebenarnya terjadi kat Sarah, pakwe dia dan 3 lagi geng The Queen tu. Sapa pakcik yang tumpangkan dia orang naik kereta malam tu? Erk, ke ada diceritakan dalam buku tu cuma aku je yang terskip? Haha. Whatever.

Aku ni bukannya reti pun nak review buku ka, opinion ka apa ka tapi ini berdasarkan pandangan peribadi dan bagi aku, Asrama is one of worth reading book! Especially untuk budak-budak asrama, serious menangis air mata darah la korang nak balik asrama bila baca buku ini.


p.s : Twittering kat Twitter pasal buku ini dan dia orang cakap buku Patung ada kaitan dengan Asrama. Maknanya apa gais? Maknanya Patung dah masuk dalam to-buy-list. XOXO

Asrama by Muhammad Fatrim

by on August 26, 2015
Done with Asrama by Muhammad Fatrim. Bangga kejap dengan diri sendiri sebab berjaya habiskan novel ini dalam masa sehari lebih sikit. ...
Tak rabak mana haih hati ini tengok kesayangan kena seksa orang.

Hadooooi. Ini susah bila aku dah start treasure sesuatu benda. Memang aku akan jaga kaww-kaww punyalah. Sapa yang pinjam tapi tak jaga elok-elok, buat rosak kat kesayangan aku nanti bolehlah nampak kemunculan The Hulk version perempuan, made in Kelate pulok tuh.

Alkisah tengah semangat layan buku Kacau by Ariff Adly sebab mood membaca baru datang dan mood nak habiskan kesemua novel yang dibeli sem lepas pun baru datang. Macam chooi je, cuti nak habis baru ada semangat nak layan novel. Sebelum ini duk mereput macam tu je novel ni tepi dinding. Baca punya baca, belek punya belek mukasurat then tadaaaaa *gaya minions. 


Nak nyanyi lagu Sakitnya Tuh Disini sat. Huhu. Sedih pedih lah hati kita tengok orang buat macam ni kat buku kita. Dalam kepala hotak ni dah ada beberapa nama suspek tapi malas nak pergi siasat lagi kot-kot nanti suspek mengganas. Eh ke aku yang mengganas? Haha. 

"Jangan membuat keputusan ketika sedang marah,
Jangan membuat janji sewaktu sedang gembira."
(Saidina Ali bin Abi Talib)

Aku cool down kejap. Keluar bilik buat gaya paling cool sambil humming lagu Sad Wind by Eun Gaeun (OST Scholar Who Walks The Night Part.2). Kan dah cakap that's my current addiction, so haruslah semua benda SWWTN. Haha. Masa keluar bilik tu dah spotted muka-muka suspek but still in cool down mood because

"Orang kuat adalah orang yang dapat
mengendalikan dirinya kala marah..."
(HR Bukhari & Muslim)

Dalam sejam dua lepas tu, aku mulakan siasatan dan hasil maklumat suspek B, katanya suspek A yang buat dan bila pergi tanya, baru suspek A mengaku. Grrr. Lepas je kejadian tu, aku dah strict sikit bila dia orang nak baca buku-buku aku. Bukan kedekut eh tapi strict. Kalau nampak je buku-buku tu tak berada ditempat sepatutnya mulalah aku bising,

"Siapa baca niiiii, simpan dalam bilik balikkk!"

"Dah habis baca, letak balik tempat asal."

"Baca elok-elok, jangan kasi koyak." bla bla bla dan seterusnya sampai dia orang pun dah naik menyampah dengan bebelan aku ni. Haha.

Kesayangan

by on August 25, 2015
Tak rabak mana haih hati ini tengok kesayangan kena seksa orang. Hadooooi. Ini susah bila aku dah start treasure sesuatu benda. Memang...
Walaaaah.

Sampai jugak hasrat nak ke PBAKL 2015 untuk borong buku. Lenguh kaki, lenguh bahu, lenguh badan tak hirau dah wey janji buku-buku yang aku nak tu ada dalam genggaman. Oh yeah oh yeah oh yeah. Kalau nak ikutkan memang cari pasal lah sebab kita orang keluar hari Jumaat, 1 Mei. Hari cuti pekerja kott. Tapi demi buku-buku yang diimpikan, ku gagahkan diri jugak.

Bila sampai sana memang rasa macam,

"Kalau aku kaya, memang aku borong satu PWTC nihhh." Wahaha /gelak jahat/

Target aku memang booth Lejen Fixi, Dubook dan buku-buku yang sama waktu dengannya. Almaklumlah, aku kan sekarang ni newbie buku-buku. Pusing punya pusing then walahh (again) jumpa booth Dubook tapi oghang Ya Allah ghamaaaaaai sampai melimpah keluar booth. Bila dah ghamai sangat, aku give up. Membawa hati yang terluka ke hall lain sampai masuk ke hall akademik yang ada kamus Oxford. Haha.

Disebabkan risau tak sempat nak grab buku Obsesi, Pakar & Urban, aku beli jugak 3 buku ni kat booth kedai buku yang lain. Takut habihh wey. Lepas tu jumpa booth Sang Freud dan beberapa lagi publisher, aku dah lupa nama booth tu. Kat situ sempat borong Nakal by Aloy Paradoks, Whatever You Say I Am + I'm Ok & Superfiksyen. Then jalan punya jalan jumpa booth Lejen Fixi, time tu jugak aku macam, "Hoooooomaigaaaaaaaad!" then terus pick buku yang memang dah ada dalam list aku.

Kat situ aku pick Bayangan Clarissa. Niat di hati nak pick 1 lagi, Rosmoh Perempuan Puaka tapi sayang stok habih. Kol 1 baru sampai, time tu baru kol 12 memang enggaklah aku nak tunggu. Memang puas hati sebab buku-buku yang aku nak tu semua dapat dan bakal dikhatam tak lama lagi. Kihkih.


PBAKL2015

by on May 05, 2015
Walaaaah. Sampai jugak hasrat nak ke PBAKL 2015 untuk borong buku. Lenguh kaki, lenguh bahu, lenguh badan tak hirau dah wey janji buku-...
Usrah kedua with geng usrah!

Alhamdulillah, jumaat lepas usrah still go on as usual walaupun hanya berempat je. Yang lain ke mana? I dunno. Malas nak hamek tahu kenapa yang lain tak datang. Oke, seperti biasa kita orang mulakan usrah dengan tilawah Al-Quran sambungan usrah yang lepas, surah Al-Waqiah. Kali ini sambung ayat 17-50.

Untuk pengisian pulak kali ini Akak Akmar share pasal buku Who Moved My Cheese? WMMC? ini merupakan sebuah  buku motivasi  hasil Dr Spencer Johnson. Pernah baca Chicken Soup For Soul? Ha, orang sama lah tu yang buat buku tu.

Secara ringkasnya, WMMC? merupakan sebuah buku yang pada awalnya mengisahkan sekumpulan classmate having a reunion dan bercerita tentang perkembangan diri masing-masing. Bila dapat tahu salah seorang daripada mereka kena buang kerja, salah sorang lagi ni menceritakan pasal kisahSniff, Scurry si tikus dan Haw dan Hem si orang kenit yang mana kerja dia orang duk cari Cheese dan untuk cari bendalah tu dia orang kena masuk ke satu tempat bernama Maze (dalam tu je ada cheese).

Moment bila kau habis baca buku ini kau akan terpikir yang mana satu diri kau? Sniff, Scurry, Haw atau Hem? Sniff yang cepat menghidu sesuatu keadaan, Scurry yang cepat mengambil tindakan, Haw yang inginkan perubahan atau Hem yang takut akan perubahan? Nak tahu ceghita lebih lagi, kena baca sendiri lah na. Kat kedai buku pun berlambak buku ini siap ada BM version lagi. Don't worry.

Ok back to usrah. Kenapa akak ceghita pasal buku ini kat kita orang? Kalau dilihat buku ini dari segi tarbiyahnya (bak kata akak akmar), apa yang kita dapat pelajari adalah jangan sesekali takut untuk berubah! Kalau dulu kau pernah alami zaman jahiliyah dengan kawan-kawan kau dan sekarang kau step by step nak berubah, jangan takut dengan ejekan kawan mahupun orang sekeliling.

Pada masa yang sama dalam kau nak berubah, jangan lupa kawan-kawan kau. Jangan sesekali tinggalkan mereka walaupun mereka tidak menginginkan perubahan. Sentiasa dorong dan bagi semangat kat mereka agar mereka dapat turut serta sekali dengan kita sooner or later. It's better late than never.

"When you stop being afraid, you feel good!"

Sempat "turun padang" join book fair kat Putrajaya. Sangat best. Rasa nak borong segala jenis buku yang ada kat dua-dua hall. Nasib baik ada lagi baucer buku so merasa jgk lah nak beli beberapa buah novel yang pada aku tak pernah aku pandang pun dulu. Sepatutnya lagi 3 orang housemates aku join book fair ini tapi disebabkan mereka telah menggunakan semua tenaga mereka kat Space U8 maka tak jadi pergi. 

Last-last yang dapat pergi aku, Ipah (housemate baru guwa), Syieda & Bib. Patutnya Owka pun join sama tapi Owka pun sama kes dengan housemate aku yang 3 orang tu jugak. Haha. Tenggyu Syieda sudi temankan kamek selepas kamek buat muka kesian kannn semalam.

Serious having fun gilos. Kalau boleh tak nak balik oke. Haa, melebih sangat. Tapi satu je silap kami, kami 'ter-masuk' hall buku-buku malay version, borong-borong sakan lepas tu baru tahu ada lagi satu hall untuk english version punya. Masa dalam hall english ver tu aku sempat grab 3 buku sebab tangan ni kiri kanan dah penuh dengan hadiah cabutan bertuah, beg redeem dan buku-buku.

Puas ronda-ronda, pukul 1 kita orang balik Puncak. Tak terasa penat walaupun berjalan sakan gigih lawat dua-dua hall, turun naik escalator bagai. Haish. Thanks Genlist sudi bawak kita orang!

Fully utilized the use of voucher buku. Sem lepas banyak beli benda-benda mengarut but Alhamdulillah kali ini aku banyak beli buku-buku untuk memanthop-kan lagi minat membaca aku ni.

Disebabkan sem ini lec tak jual buku, banyak pakai notes so i've make some 'research' bout interesting novel to be read dan koleksi buku Fixi menarik perhatian aku.

Bila dah penat pusing 1 MPH kat SACC, Shah Alam aku decide untuk beli

* Jangan Baca Novel Ini (exclusive set)
* Asrama
* Sumpahan Puaka Soichi
* Ada Apa Dibawah Sejadah
* Catatan Mat Luthfi
* Encyclopedia About Everything
* Kacau
* Rasuk

Saki baki baucer ada lagi tapi tak tahu nak beli buku apa. Any suggestion? Kalau boleh tak nak novel cintan cintun dah. K lah. Sekian entry kali. Dah habis baca semua buku tu Insha Allah guwa share kat lu semua.



Keep Calm & Read A Book

by on March 14, 2015
Fully utilized the use of voucher buku. Sem lepas banyak beli benda-benda mengarut but Alhamdulillah kali ini aku banyak beli buku-buku unt...