Showing posts with label sweet escape. Show all posts
Showing posts with label sweet escape. Show all posts
Salam Alaykum 🏝️ 

Hampa semua confirm ada tempat yang hampa nak pi kan? Alaaaah, dalam wishlist tuuu, mesti ada kan kan kan kan? As for me, I always wanted to go to an island. Bukannya tak pernah jejakkan kaki ke pulau, I pernah je pergi Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Duyung, Pulau Kambing. K melawak Pulau Duyung dan Pulau Kambing tu bukan pulau pun. Nama tempat ja. Tapi kat pulau-pulau yang I pi ni takde satu benda yang memang I nak try lama dah which is snorkeling (walaupun I tak pandai berenang pun tapi who cares nah, life jacket kan hado).


Kami gerak ke Besut hari Jumaat (13/7/2018) itu pun dah lewat malam dalam pukul 10. Memang kerja gila bak hang, perempuan bertiga drive kereta memalam buta dengan tak ada sorang pun lelaki sebagai peneman. I plan nak keluar office by 5 sharp sebenarnya since that day was my last day for job training then by lepas Maghrib tu dah boleh pelan-pelan gerak ke Besut tapi terbantut pula bila Kak Ros sekat kami sebab nak settle kes nama tercicir dihantar ke HR. Kenapa tercicir? Malas nak cerita aih, buat sakit hati jiwa dan raga kami 4 ketul ni ja. Tapi Alhamdulillah, Allah lindungi sepanjang perjalanan kami pi balik. Pukul 0730 pagi sampai di jeti Kuala Besut then by 09:30 pagi naik bot untuk ke Pulau Perhentian.

Tips naik bot; make sure duduk tengah-tengah atau kebelakang. Jangan sesekali mengada-ngada nak try duduk depan. Jangan! Kalau time tu ombak besar, merasalah tak start activity kat pulau lagi dah sakit-sakit badan. Kahkah. 


Perjalanan ke Pulau Perhentian dengan bot memakan masa 40-45 min juga la (kot lah sebab I tak sempat-sempat nak tengok jam). Lenguh juga la badan ni sebab you tak boleh nak bersandar pun dalam bot tu. Tapi bila sampai je sana, lenguh dan penat you automatik hilang cuz lemme tell ya, Pulau Perhentian is soooooooo cantik! Rasa macam terpukau kejap tengok air laut yang jernih, kehijauan gituh. Dan disebabkan I dah jatuh cinta dengan Pulau Perhentian, tetiba I rasa nak pergi Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Tioman eh semua pulaulahhh!

So, what was our activity for the 1st day? Takda apa pun. Hahaha. By 11:00AM kami dah settle check in penginapan semua, lepas tu Pok Yan bawa kami jalan-jalan sekitar Long Beach, siap tunjukkan arah untuk hiking. Sis dah beriya nak hiking hari tu tapi depa ni tak mauuuuu, esok katanya. K hampa. Oh ya, untuk penginapan kami menginap di Tropicana Inn. Sesiapa nak exercise, highly recommended untuk menginap di sini. Serious tak tipu. So tulah, first day kami banyak bergambar di tepian pantai je, petang tu pulak Maisarah dan Mekti mandi pantai. Since mandi-mandi pantai ni dah jadi kebiasaan buat hakak, hakak duduk lek-lek kat daratan je. Sebab target I snorkeling dengan hiking jurrr. Takat mandi tepi pantai macam ni tak main laaa 🙄





2nd day was what I'm waiting for which is snorkeling meng! Pepagi lagi kami dah bersiap dan tunggu kat jeti dengan sabarnya, demi mu snorkeling. Tempat yang kami pi dalam 6 check point kot, ke 7. Maaf tak ingat. Nama tempat untuk setiap check point tu pun I ingat-ingat lupa. Ada few je yang I ingat, Romantic Beach, Shark Point, Turtle Point, Kampung Nelayan lepas tu tak ingat dah. Benda dah berhabuk guys, so paham-paham je lah kalau banyak yang tu tak ingat, ini tak ingat. Lagi satu sebab bukan I sendiri yang deal dengan agent, I memang 110% ikut orang je trip kali ni so tak tahu apa-apa. Kalau I sendiri mastermind or take part deal with the agent, it will be different. I akan lebih cakna dan entry blog pun lebih berinformasi.

How's snorkeling? It was A-W-E-S-O-M-E! Masa kat first check point di Shark Point, air memang dalam gila, I pula main terjah turun je dari bot tapi nasib baik ada basic knowledge pasal swimming yang I belajar kat OBS SL1M TNB dulu. Alhamdulillah, kira berguna juga la kan walaupun masa OBS tu membebel berbakul-bakul sebab tak nak buat. Hahaha. Since I ambil masa juga nak biasakan diri dengan air yang dalam gilos tu dengan life jacketnya lagi, I memang ikut je cara yang I belajar kat OBS tu which is back float/backstrokes swim. Sedar tak sedar dah jauh dari bot sampai agent kena selamatkan I dan lagi 2-3 orang sebab kalau nak tunggu kami "kayuh" ke bot, malam kot baru sampai. Balik bilik dalam pukul 4 lepas tu masing-masing terlena sampai lewat petang dan sekali lagi hatiku hancur sebab tak jadi hiking. Esok dah nak balik, so jom sama-sama nyanyi;

"Hancur, hancur aku, bila-bila saja,
Hancur, hancur akuuuuuu"





Ouh ya, untuk dinner kami memang pick this 1 restaurant je. Macam I cakap kat atas tadi, target I snorkeling dengan hiking je, yang lain-lain memang I ikut 2 ketul tu je. So bab makan malam ini pun, depa ni yang decide. I tak ingat nama kedai tu tapi tak silap Delisha Cafe kot. Harga? Standard lah tak mahal nak matey, tak juga murah nak matey. Rasanya kalau biasa duduk KL makan lunch 2 lauk pun RM8-RM10, so harga di Perhentian won't be a big deal for you I guess.

Tips untuk bajet; Bawak wang secukupnya sebab kat sana manada ATM. Tak perlu bawa banyak pun, cukup untuk belanja makan minum. Souvenirs? Nah, takyah. Hahaha 




Overall, Pulau Perhentian memang fun gila dan I kena jejakkan kaki kat sini lagi sebab hiking kat kincir angin belum terlaksana lagi. Satu lagi, walaupun I tak amek port sangat untuk trip kali ini (ye la nak pi snorkeling dengan hiking je kan) but at least I tahu juga la dengan agent yang bawa kami ni so for those yang nak merasa ke Pulau Perhentian juga, bolehlah usha pakej dengan bro ni Ala Holiday Insya Allah, service tip top!

Till we meet again, Perhentian Island ❤️

SHAWANDERLUST | Perhentian Island

by on September 12, 2018
Salam Alaykum 🏝️  Hampa semua confirm ada tempat yang hampa nak pi kan? Alaaaah, dalam wishlist tuuu, mesti ada kan kan kan kan? As f...
Salam Alaykum  ❤️


Nothing much, just a throwback story sebab memang sejenis yang suka perap cerita dalam draft sampai basi dulu baru nak publish. Mian. A lil bit of busy lately since I'm planning  on something right now. Sebagai langkah untuk menangani masalah tanam anggur yang tak berbuah-buah ni, I decided to sell something thru online. Item dah ada cuma masih dalam proses percubaan pembikinan sebab hand-made. Gila kan? Mula-mula berniaga terus produce barang sendiri. Jadi la dropship dulu ke kan? Entah lah, I think it is much better if I sell something that I make by myself. Janji ada minat & bakat. Okay penipu, bakat tu mungkin ada dalam 40% je kot.

I'll try to push myself harder this time since I have 0 experience (interest too) in business. Cuba dulu kecil-kecilan mana tahu nanti boleh jatuh hati ha gituh. Tapi nanti-nanti lah cerita tang tu. Doakan biar menjadi ye! So back to my throwback story at Bukit Merah. Kami berempat (Umi, Abah, Me myself & Aime) bergerak dari Kelate hari Khamis lepas Zohor walaupun check-in homestay sepatutnya hari Jumaat. Tapi dah memang Abah ni sejenis yang tak suka kalut-kalut if Jumaat baru nak gerak. So we decided to sleep over at Kuala Kangsar memandangkan jarak pun tak jauh mana lagi dah.

[Pesanan penaja: Boleh scroll lelaju sebab post boleh tahan panjang]



Bertolak dari Kuala Kangsar dalam pukul 10 pagi then safely arrived Bukit Merah by 1:30 pm. Nasib baik owner homestay kasi check-in awal. Kalau dapat yang skema mahunya pukul 2 sharp baru boleh check-in. Keke. We stayed at Tropicana Apartment which is located about 15-20 minutes from Bukit Merah Laketown Resort/Waterpark. Keadaan homestay quite okay (provided with 3 bedrooms & 2 toilets, peralatan memasak, peti ais, mesin basuh, penyapu, pinggan mangkuk eh semua lah). Tapi bila malam jangan terkejut kalau anda tetiba rasa macam ada kat Highland Tower (eleh macam pernah pergi sana) sebab environment situ memang spooky gila. Kat level 5 tu boleh bilang dengan jari berapa rumah je yang ada penghuni. Itu pun kalau iye penghuni cuba kalau benda lain.

Tetiba nak mood Detik 12 Malam dah kenapa?

http://dinhomestay.blogspot.my/

Esoknya, pagi Sabtu tu memang kami siap awal-awal sebab target pukul 10:00 am dah gerak dari rumah. Tak lain tak bukan adalah sebab nak book Cabana. Sebelum ini kat Gambang, Cabana memang fully booked sebab kita orang pergi pun dah lewat tengahari. Kali ini kat waterpark ini kalau boleh nak jadi orang first masuk waterpark macam program Night Goblin tu ha. Haha. Parking fee RM2 sahaja kot, tak kira hours. Kot la, yang ni tak sure. Kami masuk dari pukul 10:00 am - 02:30 pm, bayaran just duo ghiya jah. Tempat parking pun mudah dan dekat dengan main entrance. You can even drop passengers first if you want.



Sementara tunggu Abah & Abe park kereta, kami team gegirls ada tanya-tanya juga dekat kaunter customer services. Abang CS tu memang friendly baq hang. Tanya apa yang korang nak tahu, nanti dia provide segala macam info. Ha, sepatutnya hari tu kami bukan setakat main-main air je, plan nak ke Pulau Orang Utan, buat few lagi aktiviti kat tasik tapi tak dapat sebab tasik dalam paras air surut. Makanya ambil pakej mandi-manda je la hari tu.

For the ticket price, it is affordable and not too expensive compared to other water parks. Mungkin sebab dalam ni tak banyak attraction sangat maka dikira berbaloi dan murah lah. Sisturhh tak ingat lah exact harga tapi rasanya dalam RM30+ la. Bagi pesara pula dapat 50% discount. Ha gituh, Umi & Abah iolls dedua senyum sampai ke telinga dapat separuh harga. Untuk sewa cabana pula, korang boleh book di kaunter yang sama dengan kaunter sewa pelampung. Dua benda ni tak sempat nak interview Abe & Kak Ina how much sebab dia orang yang settlekan. Iolls duk jaga Mek Hasya. Boleh rujuk sini untuk gambar peta bagi Bukit Merah Laketown Waterpark.



📍 Attraction No 2-4: Kids Slides, Perak Mining & Kids Adventure River (refer map given in previous link)

Lepas urusan cabana & pelampung, apa lagi, it's time to be kid again. Disebabkan cabana kami depan kawasan Kids Adventure, maka disitulah kami jadikan target untuk berendam jadi badak air dulu. Lol. Mula tu tak tahu pun situ area kanak-kanak bila Aime & Aghah nak gi naik Kids Slides tu baru tahu sebab life-guard cakap untuk budak 12 tahun ke bawah je. No wonder life guard tu tengok kami sekeluarga semacam ja. Haha. Sorry bos!




📍 Attraction 5-11: Sandy Beachfront Wave Pool, Giant Web Bubble, Activity Pool, Tube Slides, Body Slides, Lazy River & Boomerang

Bila dah dapat kesedaran diri baru kita orang move dari tempat kanak-kanak ke tempat lain which is Sandy Beachfront Wave Pool, Giant Web Bubble, Activity Pool, Tube Slides, Body Slides & Boomerang. Lazy River tu kita orang masuk je tapi tak ngambil gambor pula. Kalau korang tengok video bawah, ada part tube slides tu, kat situlah Lazy River. Cakap pasal tube slides pula, I beranikan diri naik dengan Kak Ina walaupun seram yang kat Gambang tu ada lagi. Tapi kali ini lain pula cerita dia naik tube slides kat sini sebab terhantuk kepala. Lepas tu, okay sis surrender, sakit oit. Dari tube slides kita orang berenang-renang thru Lazy River untuk ke Bommerang pula.





Kat sini dia ada rules juga, tak boleh main bedal mandi je. Dan lifeguard depa pun boleh tahan handsome strict. Kalau dia kata no, big no la jawab dia. Takyah nak pujuk rayu. Haha. Sebagai contoh rules kat Giant Web Bubble, pakaian korang mesti free from zip & pin. Boomerang pun sama tak boleh berzip/berkeronsang. Untuk Body Slides pula tak boleh seluar pendek & mesti tahu berenang. Kalau rasa nak rilek tanpa sebarang rules, boleh ke Sandy Beach & Lazy River. Keke. Hah, lagi satu untuk Giant Web ni korang tak boleh main lama sangat. Ada dalam 10 min macam tu je kot lepas tu kena keluar. Nak main lagi? Beratur lagi sekali then 10 min lepas tu keluar balik. Begitulah seterusnya. Haha.




Lepas kat Boomerang ni, ingat semua dah penat? Hahaha nope. Singgah cabana kejap makan then turun Sandy Beach balik main water volleyball. Acah je tu. 2-3x shoot terus masing-masing hilang dibawa arus. Hahaha. Ngam-ngam 2:30 pm kami balik. Eh lupa, kat situ ada je gerai-gerai jual makanan dan minuman, so jangan risau kebulur dalam tu deh. Harga pula? Herm, better bawak duit lebih sikit la hahahaha. Makanan sendiri, macam biasa tidak dibenarkan. 

Overall, Bukit Merah Laketown Waterpark is fun and tak ramai crowd sangat. Kalau rasa nak main air dengan tenang, naik Boomerang, slides tanpa que panjang, boleh la masukkan Bukit Merah as one of your short trip untuk main air. So, that's the end of my basi story for our short activity at Bukti Merah Laketown Waterpark. Malam tu kita orang ke Zoo Taiping merasa Night Safari. Tengok ah kalau rajin ada masa nanti up cerita tu pula. Untuk gambar-gambar ni diedit dengan effect cellophane, makanya maaf kalau agak menyerabutkan pandangan mata anda. 

Till then, bye!
Salam Alaykum  ❤️


A major throwback of our short trip to Penang Hill, Bukit Bendera last August. Tapi tak boleh nak declare FC Short Trip sebab lagi empat ketul ahli takde. Weekend ini Insha Allah, baru boleh declare FC Short Trip 2.0 at Bukit Merah. Omg Cik Irah tak sabar nak jumpa seketul Hasya Insyirah! Sebab utama bukan untuk bercuti pun tapi sebab wedding sepupu I kat Bertam. It is my second time going to Penang tho. The first one was when Abe registered for his diploma at UiTM Pulau Pinang. Tapi masa tu tak jalan mana-mana pun.

We arrived at Penang exactly by midnight and since Bukit Bendera is our main schedule for the next morning, we decided to sleep over at any hotel that seems near with Bukit Bendera. Sebelum cari hotel tu, Abah acah nak pi lawat "Bukit Bendera" dulu and guess what, not even looks like Bukit Bendera pun because it was too dark, creepy and scary. Even kat gate entrance pun takdak tulis Bukit Bendera ke apa ke. We were like, "Jolo ko ni?". Umi pula "Kereta banyok tapi tok napok ore pong" and here comes Abah, "Ore malas nok sewa hotel la tu, tido dale keto". Heol, rasa nak gelak kaw-kaw bila ingat balik kejadian malam tu. Over confident je semuanya buat tanggapan. Nak Google on how Bukit Bendera looks like pun tak boleh sebab takde coverage. Bila yakin berada di jalan yang benar, kami terus check-in Hotel Waterfall which is not too far from "that" Bukit Bendera dalam 7-10 minutes mungkin.


Annndddd here comes the next morning. Oyeah oyeah, Bukit Bendera here I come. Bila kami depan gate so-called Bukit Bendera yang boleh naik train tu, all of us suddenly become clueless because there are so many people with sort of sports outfit. Macam nak hiking. Abah went to ask few of the staffs at the entrance of Bukit Bendera and it turns out that, this Bukit Bendera is not "that" Bukit Bendera. Dia habaq mai dah normal dah, ramai selalu kena macam ni. Dia kata kalau nak pi yang tu kena waze "Penang Hill" naa sebab kalau hampa waze Bukit Bendera memang dia akan bawak mai situ la. Kalau Bukit Bendera ni jawab dia pakat hiking la kita. Haha.

Then Alhamdulillah around 30 minutes from previous Bukit Bendera, we finally arrived to the real place that we wanted to go. Kat kaunter ticket Alhamdulillah tak sesak sangat even it is a weekend tapi Subhanallah kat tempat menunggu train rupanya ramai gilos manusia. Tapi kita orang still managed mencelah masuk dalam train tanpa ambil masa yang lama untuk tunggu next train.





The scenery is soo mesmerizing and since that day was cloudy, we managed to make a tour without too much sweats and tiredness. We began the tour from the street that leads to the exit (when supposedly you should take the other way) but who cares nah, janji selamat sampai. And yup, we went to the place that I think it is a must go for visitors of Bukit Bendera. It is a place called "Love Lock" alah yang macam love lock kat Namsan Tower tu. Here you will see a lot of key locks with sweets words. Wonder if the couples who puts the locks, are they finally married yet or not? Yang dah kahwin lain cerita. Haha. And you know what, that chair that had been placed at the center of Love Lock, it just a matter of time before it collapses. Dia punya shaky tu ya ampun. Haha.






It was a great sweet escape even just in a short time. Penang is surely worth visiting because there are so many places to visit and note that Penang also is one of the states that have a lot of historical moments. Asal sebut Penang je mesti teringat Francis Light masa belajar Sejarah dulu-dulu. Lol. I definitely will visit Penang again. There's much more things that I haven't tried yet.; Pasembur, Ghost Museum, Penang Street Art, 3D Trick Art Museum eh banyak lagi lah. 

Insha Allah, some day. 

Heyyyy kauu.

Eh tak. Heyyy Assalamualaikum. *playing Faizal Tahir's Assalamualaikum.

Nahh, hari tu dah janji nak update pasal Hari Terbuka Armada 2016. Izinkan saya menunaikan janji saya. Haa gitu. Enjoy the not-so-interesting-story and jakuness picasa of us kat sana! Pardon for the jakuness gais. Oh ye, Hari Terbuka Armada 2016 ini bersempena anniversary TLDM yang ke-82 kalau tak silap aku.

Happy (belated) 82nd Anniversary Royal Malaysian Navy :)





Gambar bawah ni masa persembahan lakonan dari dia orang, kekonon kapal kena rampas lanun then here comes the unsung heros, baabammm! Memang best gila baq hang! Terlopong aku tengok sampai Su & Che Nor ajak balik pun aku, Kak Ina dengan budak-budak ni tak nak berganjakk hoi. Jalan pun slow-slow sebab nak tengok sampai habis. 

Sis belanja satu gif sebab tak leh upload video. Terlalu banyak suara latar dari kami seperti, "Woooohh fuyooooh waaahhh arghhh" and etc. Tak ketinggalan juga soalan dari mak-mak sedara yang terlampau curious sebab tak tengok persembahan dari awal, "Mana lanun?" "Tu lanun ke tentera?" "Siapa kena tawan?" "Tu sape yang berenang tu?" and etc. Haha




Tak dapat bawak balik abang navy, dapat bawak balik sourvenier pun jadilah

P/S: Udara dah, Laut dah, Darat bila pulakk? Haha.