Tuesday 8 August 2023

New Beginning ✨

 Salam Alaykum!

Allahu. It’s been a long long long long time ago since my last post. Insha Allah, this gonna be my new beginning. Tak promise tapi saya cuba ye. Previous post pun dah banyak kali janji nak mengaktifkan diri tapi tak terbuat juga. Rindu sebenarnya blogging tapi itulah sejak terikat dengan comitment kerja, tak sempat nak update. Apatah lagi bila takde laptop personal, ada laptop office je. Mana mau nak sign in kat laptop office, kang tak pasal-pasal kena block dengan IT. Hehe. 

Anyway, hellooooo? Ada orang lagi ke? Masih relevant kah blog dan masih ada lagi kah blogger-blogger sekalian? Hahaha. Kalau ada, apo kabo kome? Sihat ke idok? Harapnya sihat walafiat dan masih aktif berblogging ye. Jangan jadi macam saya, jangan! Hehe. Akak-akak dan abang-abang yang aktif berblogging dari zaman 2010 tu apa cerita? Dah kahwin ke, anak dah berapa, isteri dah berapa hahaha. K joke. Saya tetap sama je ni ha, masih maintain 2S which is “sihat” dan single.

Untuk post yang pertama di tahun 2023 dan juga post yang pertama selepas bertahun tak update, kenapa new beginning? Entahlah. Seperti nak mencari dan kembali kepada diri sendiri yang dulu. Diri sendiri yang menghabiskan masa dengan blog, yang tak kisah dengan kehidupan orang lain, yang tak kisah dengan isu-isu kahwin tak kahwin lagi, yang tak kisah ada episode cinta ke tidak dalam hidup dan macam-macam. Senang cerita, terasa nak kembali kepada diri sendiri yang kental dan tabah.

Saya ada banyakkkkk benda nak cerita especially regarding my new activities, hobbies and so on dan Insha Allah, will keep updating in this blog from time to time. Setakat ni buka blog guna ipad je ni, masih kekok dan masih godek-godek lagi nak upload gambar etc. Bukan apa, takut tak sama macam di laptop. Kadang di tab/phone ni, align lari lah size lari lah apa lah. Apapun, hopefully semuanya baik-baik sahaja. 

Itu sahaja buat harini. 

Insha Allah, jumpa lagi di next post.

Byeeee.

August 08, 2023 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment