Tuesday 22 August 2023

3-Series Problemo

Salam Alaykum.

Hi, seperti yang dijanjikan. I'm trying my best to keep updating my blog post so yeah, here's my second post for 2023. LOL. Okay, straight to the point. Have you ever thought to quit your job then have a free life without thinking of anything? Rasa macam nak lari rumah, nak lari office tapi adoi savings tak cukup, hutang pun banyak. Haiya cik siti manyak susah ooo. Entah lah, sejak kebelakangan ni I dah tak macam dulu. Dah tak sehappy dulu, tak sefriendly dulu. Tak kisahlah dengan family, dengan officemate or even dengan kawan-kawan. I punya circle of friends pun boleh tahan kecik ye, kalau nak dikira-kira sebetulnya 3 orang je. Dengan 3 orang ni pun kadang-kadang tu sesama menyepi bawak hal sendiri.

Entahlah. Lately ni kan bila masalah terlalu banyak dengan masalah family, masalah kerja, masalah personal (walaupun tak tahu apa sebenarnya masalah personal I), hidup kita dah jadi tak sehappy dulu. Dah susah nak sehappy go lucky macam dulu. Dah susah nak react kat something, dah malas nak layan perbualan bodoh, dah malas nak jawab soalan-soalan yang terang-terang kau pun dah tahu jawapannya. Ye I tahu, orang berbudi, kita berbahasa katanya. Orang tanya benda yang dia dah tahu sebab dia nak mulakan perbualan tapi Ya Allah, aku penat Ya Allah. I'm sorry bout that hahaha.

Maybe ni lah kot 3-series problem? Masalah I sekarang, I lebih prefer untuk duduk bersendirian, nak suasana yang tenang je. Tapi orang tak faham oo, sebab kita ni asalnya happy go lucky, asalnya sejenis gelak satu kampung boleh dengar. So bila kita nak ubah character tu, orang anggap kita macam moody, bad mood lagi teruk orang ingat kita ni "baloh" dengan sesiapa. Tak tahu baloh tu apa? Comment lah nanti kita share apa maksud dia hahaha. 

Setiap orang ada masalah keluarga and I have my own. Besar kecik biarlah I sahaja yang tahu tapi kalau satu hari nanti orang sekeliling ni tahu masalah family I yang sebenar, you will never thought of it. Memang tak tersangka sebab orang nampak kita ni happy go lucky, so family kita bahagia je. Nope. Kadang-kadang masalah hal keluarga, boleh terbawak-bawak sampai ke office. Bila kat office satu hal pula, nak hadap environment toxic, environment suka cakap belakang rather than face to face. Kadang kan, YOU'RE NOT EVEN OUT OF OFFICE, YOU STILL IN THE OFFICE, orang duk sembang pasal kau juga. Lagi tak best bila you aware pasal benda tu. 

Tapi takpelah, yang tu okay lagi sebab I boleh act like nothing walaupun hati ni sakit juga depan kita baik kemain belakang kita apa tak kutuk. Yang I paling tak boleh nak tolerate bila I outstation, yang tu ngadu itu, yang ini ngadu ini. Kita yang kat tengah-tengah ni macam bengong, macam "what should I do so that both side can be heard?". Tapi bila fikir balik, if confront face to face, you know that things will get worse. Akan ada masam muka, tak terima kenyataan etc. So balik office, act macam biasa jadi pemerhati. Tapi beban tu ada lagi tu duk terpikul atas bahu tuh. Bila teringat kat beban tu auto nak letak surat resign notice 24h. Sebab dia orang ni, they tend to pendam and bila A pergi sana, they share itu ini. Bila A, B, C, D pergi sana, share lagi another side of story. Bila B, C, D pergi tanpa A, come out with another side of story pulak. Ingat happy ke work style macam ni? Sangat tak ye.

Then bila masalah keluarga + office bercampur bauk, auto moody pagi ke petang. Dengan masalah kesihatan yang tak menentu sekarang ni. Pergi klinik tu dah macam pergi kedai runcit dah. Yang kat rumah cara kat rumah, yang tak pernah faham struggle kita. Kebelakangan ni pun I turun rumah dengan blank. Tak happy, tak excited, tak rasa apa-apa. Lepas tu sampai office, kena jawab soalan-soalan officemate+boss kau yang suka bercerita ni. Cerita pasal kerja berkaitan dengan kita takpe gak. Yang sorang cerita pasal masalah department dia yang I don't even faham those technical jobs, yang sorang suka cerita pasal bini dia lah, mak dia lah, kucing dia lah. Argh stress hahahaha. 

Tu tak campur lagi hal kerja tauuuuu? Kita dah update kat email still tanya lagi, emelnya tak bukak pun. Benda dah maklum banyak kali pun tanya lagi. Kita yang tengah takde mood, bila orang duk tanya itu ini, mood tu hilang terus. Lepastu bila kita tanya pasal kerja, like really serious nak fokus pasal kerja, orang duk berbual menyimpang jauh ke topik lain sampai lupa dah pasal apa yang kita tanya end up dengan kita-kita pun terlupa sekali. Lepastu mula lah aku nak jawab sepatah dua, tarik muka moody hahaha. Sepuluh jari disusun kepada semua kat office yang terkena dengan perangai moody me lately ni. Please help to understand me when I also don't understand me.

Dah tua-tua ni (especially bila banyak masalah), rasa macam nak duduk sorang-sorang, nak tenang-tenang je. Kalau kat rumah kan, bila datang mood "bertenang" I ni, I memang akan duduk dalam bilik je. Kalau I keluar pun sebab nakgi toilet untuk mandi + amek wudhu'. Selebihnya I baring atas katil je, menung jauh memikirkan masalah dunia, planning nak lari jauh dari orang ni. Kat office pun sama, bila datang mood "bertenang" tu, I tend to spend doing my work alone. Dah tak suka bising-bising yang menjerit-jerit ni. Time I'm okay, okay lah. Tapi bila datang mood tak suka bingit-bingit ni memang rasa serabut gila. Kalau aku malas sangat nak cakap dengan semua orang, aku text je kalau ada apa-apa soalan hahahaha. Teruk kan perangai 3-series ni?

Again, I'm sorry for me being emotionally unstable lately ni. Jujurnya memang malas datang kerja, malas nak bangun tidur sekarang ni. Rasa nak jadi biawak hidup je tapi sedar ada commitment yang perlu dilunaskan so terpaksa ye T-E-R-P-A-K-S-A. Last but not least, if I'm sharing my blog post link at my status or stories, please, please not to make this post as a point for you to talk behind me. Orang cakap belakang kita ni can be anyone, anywhere. Kadang-kadang kita tak kenal pun orang tu tapi dia boleh je cakap belakang, tak puas hati pasal life kita. I'm sharing this with all of you so that we can share if we have the same 3-series symptom or just me? Haha.

Oh btw, tolong abaikan ye broken english tu sebab malas nak recheck malas nak perbetul. Kira taip mana yang terlintas kat otak je ni.

Till then, 

Bye!
August 22, 2023 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment