Jiwa.

Hari ini meeting. 

Intro meeting dimulakan dengan tazkirah bersedekah dan "jiwa dalam bekerja" oleh Bos. Part bersedekah tu k I boleh faham. Otak I boleh digest dengan mudahnya sebab apa yang Bos pesan, Umi pun dah selalu pesan. 

"Bersedekah lah, tak kisah nilai berapa. RM1 pun boleh asal bersedekah."

Easy peasy. Nak buat je culas. 

Yang part susah nak hadam adalah apabila Bos secara randomnya masuk part "Jiwa". Automatik masuk bahagian KBKK - Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif. Satu meja meeting loading bila Bos cakap; 

"Dalam pekerjaan ni kena ada jiwa bila buat kerja. Kalau ada kepakaran tapi tak ada jiwa dalam bekerja, tak jadi. Kalau ada jiwa tapi tak ada kepakaran dalam kerja pun takpe janji ada jiwa tu."

Ya Allah. 

Jam 10 pagi disuruhnya berfikir tahap KBKK; 

"Apa bos nak sampaikan ni? Jiwa siapa pula ni?"

Then stopped. Berbalik kepada agenda meeting. Bla bla bla bla bla sampai lah masuk agenda Tender, which is my department. Allhamdulillah, received compliments from him. Setiap kali meeting pun selalu dah received compliments from him actually but today a bit different;

"Saya betul-betul berpuas hati dengan prestasi kerja Hani sebab terlentang ke tertiarap ke dia akan siapkan juga kerja yang saya bagi, tender yang kita masuk. Tak pernah lagi la setakat ni tak sempat hantar, tak sempat siap. Kiranya Hani ni contoh ada jiwa dalam bekerja". 

(It was in Kelantanese slang actually, penyampaian "terlentang tertiarap" tu akan jadi lebih sampai lagi sebenarnya kalau dalam Kelate. Oh by the way, please read it as "netey nerak" hahaah. Dalam erti kata lain ribut ke taufan ke badai ke I tetap submit tender on time. Itu sahaja pointnya).

HAH SUDAH. 

JIWA LAGI.

Suddenly I tak sedap hati. Yang tadinya tersenyum sebab dapat compliments terus tarik muka emotionless sebab now I felt like Bos nak cakap to someone but he tak nak said directly or sebut nama orang tu directly. Dia berlapik. Padahal at first I ingatkan Bos random je pilih topik JIWA lol rupanya tak eh. 

Ada udang di sebalik mee kuah.  Alamak sedapnya! 

So apa I buat? I avoid eye contacts dulu, nak jaga hati yang lain-lain. Angguk-angguk tanda faham je. Kenapa nak jaga hati? Sebab kita tak tahu Bos nak tuju kat siapa lepas tu so suddenly he mentioned "Hani ni contoh ada jiwa dalam bekerja". Kalau I lah, jadi staff lain masa tu, for sure I akan overthinking "Bos cakap kat aku ke yang takde jiwa?"

So it's better untuk keep poker face dulu. Lepastu masuk agenda Lain-Lain Hal, Alhamdulillah tak drag panjang pun untuk Bahagian Tender.

Dalam tengah berbincang pasal company trip, otak masih tengah duk process, kenapa tiba-tiba timbul isu JIWA? Rasanya kalau kami semua ni tak berjiwa dalam bekerja, for sure kami takkan buat kerja, kami akan selalu ponteng, kami akan ingkar arahan bos. Tapi elok je masing-masing buat kerja part masing-masing. 

Jiwa seperti apa yang Bos nak? Haish, misteri en. 
  
Tapi kan.

Ada betulnya juga sebenarnya apa yang Bos sampaikan walaupun kami satu office tak pasti kepada siapa sebenarnya Bos nak tuju penjiwaan itu. Betul, nak buat something kena ada jiwa. Dalam apa jua perkara. 

Betul tak? Setuju tak? 

Macam I dengan former company for example. To be honest, position kerja yang I dapat tu something yang I memang toksei. Tau toksei? Kitonyo Kelate. Best juga mix words Kelate dalam blog ni hahaha. So previously I've been informed during the interview, kerja I tu more kepada administrative works. Bila dapat offer, I terus accept tanpa fikir panjang. Dengan gaji RM2,000.00, duduk pula Kelate, buat pulak kerja admin, siapa je tak nak terima, kan?

Tapi bila masuk kerja, TIPAH TERTIPU BANG!

My exact position was S-E-R-V-I-C-E S-A-L-E-S Executive which required me to interact with people, do numbers, calculation and etc. Something yang I memang tak suka dari kecik. Well, I can work in a group but to do something like meeting with clients, constantly facing monthly sales targets, persuading clients to buy our products and dealing with client's weird behaviours, no I don't like that. Tapi kalau disuruh buat quotation sales, review contract agreement which required me to hadap laptop tanpa ada interaction dengan manusia, yes, tak tidur pun takpe bila buat kerja tu. 

Senang cerita anything yang melibatkan sales dan manusia, tak suka. If sales tapi buat documentation, okay ONZ.

Then, day by day I cuba untuk yakinkan diri I; 

"You can do this Hani Musfirah. Kau boleh buat punya."

Eh ini anak nombor 3 lah, pantang mundur sebelum berjuang. Dalam tak minat sales, dalam terpaksa, I boleh je buat semua benda sepanjang 5 tahun berkhidmat. I boleh attend meeting, either face-to-face or virtual, berteman or alone, I boleh attend customer's request to jumpa anytime, anywhere, I boleh travel anytime, walaupun jiwa terhadap kerja tu tak pernah ada. 

Lama kelamaan lost interest dengan sendirinya sehinggalah I resigned. 

Then, apa bezanya dengan kerja sekarang? Kerja sekarang pun sama je, buat sebab terpaksa. Terpaksa bangun pagi pergi kerja, siapkan kerja yang disuruh, cukup bulan dapat gaji. Terpaksa atas dasar untuk lunaskan commitment sahaja. Tapi jiwa tu mungkin ada sebab tak perlu calculation, tak perlu berhadapan dengan perangai manusia yang bernama "client", tak perlu hadap anxiety meeting, presentation, reach target every month.

Berbalik kepada ayat Bos tadi, kalau nak cakap saya buat kerja sebab ada jiwa terhadap pekerjaan tu, yeah mungkin 10% je kot. Dah tentu-tentu lah saya kena siapkan kerja-kerja tender tu. Kalau saya tak siapkan, saya kena hadap amarah dari Bos, tak campur lagi kerugian beli borang tender etc. So nak tak nak, saya kena siapkan dan hantar dalam dateline yang dah ditetapkan. Bukanlah sebab berjiwa sangat pun hahaha. 

In short untuk kerja sekarang: Minat; 10%. Jiwa; 10%. Bertahan untuk commitment ;80%.

Kalau nak cakap pasal minat dan jiwa 100%, I takkan pilih pekerjaan sekarang atau pekerjaan sebelum ni. Video editing, photo editing, writing, coding adalah pekerjaan yang akan I bagi penjiwaan 100%. So nak cakap pasal jiwa dalam pekerjaan ni susah sebenarnya. Kadang tu kita buat kerja yang kena dengan jiwa kita sekalipun, kalau dah mai mood slump tu, tetapkan terkurang juga sana sini. 

Senang cerita, enjoy aja lah. Janji kita buat kerja kita, kan? Selagi kita boleh bangun pagi, hadap kerja 9 AM - 5 PM setiap 5 hari seminggu, kerja disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, segala arahan dari pihak atasan sentiasa dijalankan, kira okaylah tu. Tak perlulah pertikai jiwa seseorang dalam bekerja.

Till then, 

Ohani;
"Over it before it even started"
3:23 am | 9.5.25

No comments:

Post a Comment