Saturday 29 September 2018

SL1M IBE-TNB | F4K3-G3 πŸ’•

Salam Alaykum πŸ’Œ


So, I just forced myself to finish writing this post because I got another new story to share. I tak mau cerita-cerita basi lagi dah. Okay, sebagaimana sesetengah hampa dah well informed from my previous blog post, 15th January 2018 remarks another new interesting chapter in my life when I become one of SL1M trainee under Tenaga Nasional Berhad (TNB). Yup, regardless on what people said about SL1M, I just keep going on so that I won't waste my time waiting for job interview, job offer. SL1M basically a job training program for fresh graduate to develop additional skills and gain job experience. Senang cerita, praktikal kerja tapi lebih serious. As for me, I'm glad to become one of TNB SL1M trainee. Gila tak bersyukur, makan tido free kat ILSAS, elaun 2K. Hahahaha k gurau tapi serious, ilmu dari first day lapor diri, kelas-kelas soft skills sampailah ke hari terakhir OJT memang sangat berguna.

Oh before I tell you more, please take note that this post will be long especially with pictures. Bayangkan sendiri memori 6 bulan nak gather dalam 1 blog post. Boleh tahan scroll la der. 

Let's begin, bismillah.


Spot me spot me not

My first day at ILSAS went smoothly as we just sat in the hall listening talks. The registration part also well organized. Tapi organized ke tidak tak kisah janji I dapat bilik besar, duduk pula berdua je. Kahkah. Bilik kat ILSAS ada 2 jenis, satu duduk berempat, satu lagi duduk berdua. Katil pula empuk macam katil hotel okayyy (Hostel Dahlia la, hostel lain I tak tahu), siap ada room service lagi datang kemaskan bilik. Makan pula free, access keluar masuk pun senang. Maka, nikmat Allah apa lagi yang kau dustakan? I takleh nak share gambar-gambar sekitar ILSAS dan tempat penginapan sebab laptop rosak, abih hilang semua gambar. Walaupun sebenarnya masa hari-hari terakhir kat sana, I gigih gila snap setiap sudut. Gambar-gambar yang hado ni pun, ihsan mintak dengan classmate.

As for next day, I was one of the first batch that was chosen to go to Nur Lembah Pangsun for Outward Bound School. OBS ni more like team building lah, 5 hari 4 malam tanpa phone, 110% interaction dengan manusia dan alam semulajadi je. Kau hado? Most of the activities there are ohsem but one that I love the most is water confident. Kena terjun dalam kolam hijau lepas tu berenang sorang diri. Walaupun jarak kolam tu takde jauh mana tapi cuak juga bhai, berbekalkan life jacket dan ilmu berenang yang diajar beberapa minit sebelum kena paksa rela terjun. Terakhirnya, berbekalkan tawakkal je la, semoga diri kau selamat sampai ke hujung sana dan tak terkapai-kapai di tengah-tengah kolam.


Jungle survivor's mission accomplished!



Lepas seminggu campur OBS sekali dengan program-program kerohanian, kami balik ke kumpulan asal memasing yang dah dibahagikan masa hari pertama lapor diri and I'm in the group tigeeee (3). Masa OBS kami tak di-groupkan sekali sebab facilitator create group baru. Kinda awkward juga sebenarnya disitu sebab masa OBS kau rapat dan bengong-bengong dengan orang lain lepas tu bila back to each group class, dia tetiba jadi macam "weh tu sapa, ni sapa? OBS dulu dia group mana?" kahkah.

Untuk minggu pertama sebelum kelas soft skills, kami kena attend kelas main core business for TNB which is Transmission, Distribution & Generation . Maka disinilah bermula episode mencabar dan menyedihkan buat budak management. Siap ada yang nganjing "tahu dak wind turbine?" Pergh macam noob sangat dak-dak management ni wind turbine pun tak tahu. K tahulah hampa dak-dak engineering, dak-dak paling disegani didunia ni. Tapi memandangkan itu pertama kali kami sekelas, so I just ignored that question since kami pun masih nak kenal isi hati memasing. Ah gituh. Tapi okay la, pendedahan dan ilmu baru buat diri I juga, si budak management. Ye la, nasib baik ada kelas ni, kalau tak kesudah I tak kenal wind turbine.

Eh termenganjing pulak sooooorry.




Kelas Interview Skills dengan Dr. Farizal Razalli

Selesai sahaja kelas business core TNB, kami proceed dengan kelas soft skills for the next day. Kelas pertama untuk kelas soft skill adalah kelas Interview Skills dengan Dr. Farizal.  First kelas aje Dr. ni dah berjaya buat I menangis meraung meratap semua benda lah. Hati tisu guys, tak boleh elak kahkah. Aisey malu ingat balik nasib baik semua tutup mata time tu tapi tetiba pula kena ke depan sebab mengada angkat tangan bila Dr. tanya "siapa yang kenal dengan orang sekeliling dia lebih dari 3" Ha time tu memang ke depan dengan mata dan muka sembab lepas nangis. Why mengada angkat tangan Hani Musfirah, whyyyyyy? Untuk kelas sesi pertama Dr. banyak berkongsi macam mana nak kenal diri kita sendiri lepas tu kelilingikanlah diri anda dengan impactful friends. Yang tak kasi impact tu boleh slow-slow delete from phone contact. Heee gurau je noks! Untuk sesi kedua pula, sesi mock-interview. Hat ni memang awal-awal failed sebab I tak reti nak serious since I tahu itu adalah lakonan semata-mata. I jadi gabra tu satu hal doh, bila gabra dia jadi lupa terus yang kau tengah berlakon and you still need to act serious no matter what happen. But me? Awal-awal dah gelak, dayyyumm. Komen Dr. untuk I yang I rasa memang kena dengan diri ini adalah;

"Hani, you confident dah ada tapi apa yang I nampak you jenis give in, 
mudah bagi peluang kat orang lain dulu"

Omg Dr., I love you, whyyy so pandai baca diri I? Hahahaha.

Takde gambar dengan Dr., yang ada hanya nota bertulisankan cakar ayam ini kahkah

Kelas Image Enhancement dengan Miss Zati (CareerCube)

Next is the most anticipating class which is Image Enhancement, with Miss Zati from CareerCube. Walaupun jiwa I bukan 100% gegirl, tapi I lurrrrveee this kind of class sebab banyak ilmu baru yang kita akan dapat related to grooming. You akan dapat ilmu baru pasal grooming, pasal etique makan dan banyak lagi lah. Tapi kelas dengan Miss Zati memang havoc lah siap jual ikan bagai lah. Video jual ikan ada kat bawah, boleh tengok betapa kecohnya pasar Group 3. Video hasil cilok from Faizah's Instagram Story.

The makciks squad




Kelas Job Preparation dengan Madam Mastura (CareerCube)

Lepas dah melaram (walaupun I sama je selekeh juga pun hari kelas Image Enhancement tu lol), it's time for Job Preparation class with Madam Mastura, pun sama from CareerCube. Since my experience with these two consultants from CareerCube are good I then highly recommend CareerCube for you guys. Kihkih. Dalam kelas ini you'll know betapa kerdil dan betapa banyaknya kesalahan dalam resume kau dulu yang kau duk agung-agungkan itu. Nak tahu details PM tepi, jenuh I nak hurai dalam blog post ni. Hahaha.


Ye group kami la tu yang over tu lol

#kakmasnakkamudapatkerja

Kelas Excellent Excell & Kelas Penyata Kewangan

After having fun with previous 3 classes, masanya untuk serious pula sebab kelas Excel dan juga kelas Penyata Kewangan/Akaun. Meng, things that I hate the most, numbeeeeering! Excel okay lagi la sebab you main dengan formula and luckily formula tu memang dah ada dalam tu tapi tang penyata kewangan tu pergh, nangis weh ingat balik nak kena balance amount semua tu. Hui tobat tak mau terlibat lagi dah. Hahaha. Kelas Excel kami dengan Puan Eiza, dan disebabkan I menang game Kahoot!, what more can I say? Mestilah fun gila. Hahaha. Kelas Penyata Kewangan I tak nak komen lebih yang pasti, I sikit-sikit "Kaming, kaming" (Kak Min actually) calling for help since Kaming budak account! Plus, I don't even know how much skittles that I ate and how much I yawned during that class.

Mian trainers!



Tengok sendiri lah betapa stressnya memasing buat penyata kewangan hahahaha focus terukkk


Kelas Entrepreneur dengan Encik Arman Yadi

Tuah group 3 kot sebab kalau tanya sesetengah group lain, untuk kelas ni depa dapat trainer yang tak berapa ON sikit. Senang cerita, mengantuk. Tapi kelas En. Ady memang power baq hang. As for his class, I got one of best presenter for presentation. I was like, whuut? En. Ady salah orang ka apa? Tapi takpala, kalau salah pun takpe, saya tetap ke depan untuk terima hadiah itu. Lols. I'm not saying that his class is fun just because I got that present tapi memang most of the activities are fun! Game traffic jem lah apa lah. Kah bodo la ingat balik. Eh bukan bodo, bongek. Ampuuuun.


Kreatif katanyaaaaa *rolled eyes*



English Class with Madam Jagdish Bain

Second last class is English class. Yeayyy belajar English yeay yeay. Walaupun belajar benda basic tapi lemme tell you, yang basic ni lah yang kita duk ambil mudah, duk abai kan kan kan? I still remember what Madam Jagdish said, don't make things complicated. Just write in simple ways. Tapi hat simple tu la kadang-kadang susah juga nak buat sebab apa? Sebab takdak confident. Macam sapa? Macam Hani Musfirah yeayy! Kami bukan setakat tercongok belajar grammar je, ada juga aktiviti-aktiviti menarik dari Jagdish dengan adik dia (Sorry mam, I tak ingat nama you). Lagi satu, I'm not being rude here by not calling both of them Madam/Mrs. tapi memang depa taknak kami panggil dengan panggilan itu. Tapi dalam kelas I tibai je panggil Madam. Kihkih. Yang I paling suka gila masa Jagdish bagi essay suruh kami baca and when I finished the essay, "sweetnya" tu automatik keluar dari mulut. Tak caya boleh baca "Going Home" by Pete Hamill lepas tu dengar sekali lagu Tie A Yellow Ribbon Round The Ole Oak Tree.

Masa Jagdish suruh tulis essay pasal benda berharga buat diri kita, otak I blank gila lepas tu dan-dan je I yang terpilih untuk cerita kat depan. Bila blank sangat dahh, I just come out with water bottle story hahahaa bangang

And that water bottle actually kepunyaan Imran, on the spot grab masa nak keluar kat depan kahkah




Kelas Business Story Telling Part.1 dengan Khairul Hakimin Muhammad (Bapa Viral Kebangsaan)

Nak jadi anti-sosial? Then class with Sir Khairul will be the right one for you! Hahaha. Sir bagi talk untuk sesi pagi tu je then untuk second session, memang kami hadap phone ja. Petang tu sir assigned 3 tasks for us; tulis pengalaman join SL1M lepas tu kawan yang kita paling adore gila kat SL1M then the last one ni I don't even expect myself to do it which is pikatline/punchline. Maigod kalau takat post kat caption, kat story tu boleh la tapi ini kena post dalam post sir tuh like orang lain pun boleh baca juga. Maigod cringe ingat balik.

Anti-sosial Team 1

Anti-sosial Team 2



Kelas Business Story Telling Part 2 dengan Sir Mohd Ariff Taqiyuddin (AK Training and Consultancy)

The very last class. Untuk kelas terakhir ini kami kena design something and we need to present it to the audience. Group kami pilih multipurpose for hikers and campers. First session tu memang kami blank gila tak tahu content untuk present. Lepas tu lunch tu barulah ada idea then I asked Bella if is it okay if we make it like Wow/Go Shop? Bella ni memang sentiasa onz so kami berdua propose kat groupmate and luckily depa terima dan secara spontannya lepas lunch tu juga plan jalan cerita. Script semua on the spot, main keluar mulut je. We've come with our Walawey Shop, acted like a live broadcast and guess what, dapat no.1 yeayyy! Dapat le sebekas Ferrero Rocher tu, hahahahah thanks sir!

"Acik bawang TNB" - Sam




So itu je secara roughly aktiviti-aktiviti kekelasan untuk SL1M IBE-TNB. Banyak lagi nak cerita sebenarnya, pasal Group 3 especially tapi macam penat dah nak pikir ayat. So biarlah cerita dan kenangan itu tersemadi di hati ini sahaja, ahh gituh. Okay last, bila nak reunion? Hari tu masa malam last duk buka hamper acah-acah buat video ucapan la bagai, ada la dengar-dengar sorang ni suggest nak reunion lepas habis OJT. Ni OJT dah habis 3 bulan Hahahahaha so conclusionnya disini sembang, disana sembang lah yeop. Anyway, best of luck for Group 3-ngers, Minon Squad dan semualah batch F4K3. Tak kisahlah you OBS1 ke, OBS2 ke, selamat maju jaya and till we meet again, Insya Allah.

Kat bawah ini I just included some of my 1 month memories at ILSAS (dinner, lepaking, CSR, ma minion squad etc). Enjoy it (dan selamat meng-scroll)!

Am I being overly attached to ILSAS sebab kupon makan pun simpan lol


Family photo untuk raya ke tuuuu? Hahahaha

Kenapa minion? Sebab tinggi kami lebih kurang sama kahkah. 


Bawang squad since first day at ILSAS (missing bella in the picture!)

Belah kiri gossip gang, belah kanan kpop gang


Happy faces sebelum tahu penempatan OJT




Jakun sawah padi semuanyaaaaa keke








The very first and last lepaking


Jangan tanya I ni gaya apa hahahahaha






I will always cherish the memories I made with these people and one thing every each of you should know, you're the best thing in my life that I ever had even just for 6 months ❤️❤️❤️

Halah halahh cringenyaaa ya ampun!

K bye.
September 29, 2018 / by / 35 Comments

35 comments:

  1. wow, such a long post! love your experiences sis! seems like youre having fun a lot 😍😍😍

    ReplyDelete
  2. Seronoknya baca your SL1M experience. I went for SL1M as well tapi tak stay sampai habis. Mine was not fun like yours T^T

    ReplyDelete
  3. Bestnya awak. Saya tak ada rezeki nak masuk SL1M sebab lambat apply.

    ReplyDelete
  4. I nak join tapi takda yg pharmacy related so tak apply pon. But you guys learned so much! Always adores sl1m but ini first time actually learns what you guys did. TNB did a really good job plus they cover everything .i nak masok that interview class dengan grooming tu so badlyy.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, Saya ingt nk apply tnb batch 5 ni tpi 1 je sye risau. Pasal Penempatan utk OJT tu, awak sewa rumah dekat mne ye? OJT mostly kl ke? sbb sye bdk acc. Harap dpt tolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Tak boleh nak cakap juga sebab penempatan OJT memang tnb yg decide, lepas tu baru boleh decide utk cari rumah sewa. Biasanya budak management (yg non-teknikal) ditempatkan area lembah klang. Tp tak tentu juga sebab ada je yang dihantar ke negeri2 lain, luar pada KL/Selangor.

      Delete
  6. Assalamualaikum, sy nak tnya.. sy dpt tawaran protege tnb.. tapi sy ragu2 nak respond sbb transkrip akhir belum dpt.. lg 2minggu baru dpt.. boleh tak sy masuk je training?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Ada tak transkrip tak rasmi? Maksud saya, biasa kalau kita request kat HEA, HEA akan bagi transkrip tak rasmi dulu sebelum dapat yg rasmi utk keseluruhan sem. Sebab saya dulu pun takdapat transkrip akhir juga, saya bagi transkrip yang ada result sem yang paling last.

      Atau pun, boleh maklum pada staff in charge program ni dulu. Boleh emel kat dia org maklumkan awak belum dapat transkrip lagi.

      Best of luck! 😚

      Delete
    2. Assalamualaikum, saya nak tanya berapa lama awak tunggu keputusan yang mengatakan awak diterima SL1M/PROTEGE ni selepas tarikh awak apply?

      Delete
    3. Waalaikumsalam. Sorry late reply. Saya tak ingat la awak, mungkin sebulan juga kot.

      Delete
  7. Salam, I wanna ask you. under this program, usually using malay or english during OTJ and also classes?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      Depends but some of the time for the classes, guna Malay je. OJT pun sama.

      Delete
  8. Hai assalamualaikum, program 6 bulan ni dpt payslip tak? Tq in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi waalaikumsalam.

      Nope, takde payslip 😬

      Delete
  9. Assalamualaikum, nak tnya program ni dapat payslip tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Takde payslip awak 😬

      Delete
  10. Salam, after habis 6months protΓ©gΓ©s training, tnb akan serap masuk kerja under diorg ke tak? And penempatan utk training usually dekat KL ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      Bergantung pada kekosongan kat unit/department tu. Kalau memang diperlukan tenaga kerja, peluang nak serap tu ada.

      Penempatan pun tak tentu. Ada je yang di hantar luar KL juga.

      Delete
  11. Assalamulaikum,
    Awak ditempakan dia mana ye? Dan dalam bidang apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Saya ditempatkan di NU Tower bawah department procurement ☺

      Delete
  12. Assalamualaikum haiii awakkk penempatan memang tnb sediakan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Hiii.

      Penempatan macam mana eh? Penempatan OJT atau tempat tinggal? Kalau OJT yes,TNB akan sediakan. Kalau tempat tinggal nope. Kena cari sendiri.

      Delete
  13. Assalamualaikum. Hi.
    Nak tanya. Protege ni mostly utk yg ambil bidang mcm kejuruteraan, elektrikal dan bidang relate tnb. Tapi saya lari bidang sgt. Saya ambik psikologi. Boleh ke survive spnjg program tu? πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, hiii ☺

      Saya rasa okay aje, sebab saya sendiri pun bukan dari background engineering. Batch saya dulu pun ada je bidang-bidang lain. Cuma mungkin masa OJT nanti kita yang bukan bidang electrical, engineering ni akan diletakkan dibawah unit-unit management la. So terpulang pada kita samada kita boleh fit in ke tak untuk survive dalam unit-unit tu.

      Delete
  14. Assalamualaikum kak. Selepas habis program protege, adakah semua peserta akan OJT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Dulu masa program ni dinamakan as SL1M, memang wajib OJT lepas abih program kat ILSAS. Kalau program protege yang baru ni saya tak pasti. Tapi rasanya memang akan dihantar untuk OJT bila dah habis kelas training di ILSAS.

      Delete
  15. Assalammualaikum kak. Penempatan semasa kelas disediakan juga ke ? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalakumsalam.

      Kelas kat ILSAS kan? Biasa memang akan disediakan.

      Delete
  16. Assalamualaikum..lepas apply tu ad iv tk? ke trus dpt surat tawaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Saya punya haritu takde iv. Apply then terus dapat surat tawaran untuk lapor diri.

      Delete
  17. hai ,,saya nak tanye..masa tu berapa lama atau tempoh awak training dekat ILSAS dan semasa OJT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.

      Masa kat ILSAS dalam sebulan+ dan masa kat OJT 6 bulan sahaja :)

      Delete
  18. as salam, nak tnya selepas habis saja program protege nii, ramai yang dapat di serap atau ramai yang menunggu diserap? macam mana dengan sis ? kalah diserap sekarang berada di deparment mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.

      Bergantung kepada kekosongan kat department masing-masing. Kalau tiada keperluan, tak diserap pun. Kalau ikut pengalaman sis dulu, 2-3 minggu sebelum tamat OJT, if staff kat department yang you OJT tu rasa perlukan extra staff, mereka akan minta kita submit resume/document2 berkaitan untuk dihantar ke HR. Dan kalau pun ada keperluan/kekosongan, you mungkin akan diserap as contract atau pun as a project-based (Ini dari apa yang I tahu dulu la, sekarang ni wallahualam macam mana dah perubahannya).

      Contract biasa dia akan renew setahun-setahun, kalau project-based ni, mungkin HR akan offer you as staff untuk tempoh-tempoh tertentu sampailah project tu siap. Siap project, tamatlah contract you. Tapi biasa pihak pengurusan (ILSAS) sendiri pun dah pesan awal-awal yang mereka tak guarantee 100% pun untuk pelatih diserap. Ada rezeki, ada. Takde rezeki, jalan hehe.

      I dulu ada hantar juga resume sebab staff department suruh hantar tapi takde rezeki, tak diserap. Ada la beberapa orang batch I yang diserap as contract. Dia orang renew contract setahun-setahun selama 2 tahun, sekarang dah tamat contract dah. Dan ada juga yang sampai sekarang still kerja under TNB tapi tak sure contract atau dah permanent.

      Delete