Thursday, 16 April 2020

Ketua Keluarga Interim

Hi everything! πŸ›’


Sabtu lepas I decided untuk top up groceries for the first time since D-1 of RMO kat hypermarket area rumah kami. Sebelum ini kami satu keluarga amalkan konsep top up barang dapur dengan beli kat kedai runcit area rumah ini je tapi entah macam mana boleh sampai licin pula segala benda kat dapur tu. So instead of orang kampung mengamuk sebab pak cik kedai runcit kena kira barang-barang dapur I, maka I ambil keputusan untuk pergi hypermarket je la terus. Senang, kasi taruk dalam troli semua barang. Kalau ikutkan hati memang tak mahu pergi hypermarket sebab orang ramai kot, confirm risiko tinggi tapi nak buat acanor nok, tawakal je lah. Semoga Allah lindungi dari sebarang penyakit. 

Ouh, tapi kenapa ketua keluarga interim pula kan? Cause I'm the eldest child yang ada dalam rumah sekarang ni, so yeah I just let Umi & Abah stay at home and let me take over the responsibility. Githuuw, ciri-ciri anak yang bagus tak? LOL. Both of my parents in their 60s so if dijangkiti, memang berisiko tinggi. Bukanlah nak kata yang muda ini kebal virus tapi prevention is better than a cure, right? Selagi kita yang muda ini mampu untuk galas tanggungjawab tu, suruh je lah mereka duduk rumah instead of bersesak-sesak kat orang ramai. Somehow ini pun salah satu cara berbakti kepada orang tua juga kan? Why not grab chance yang ada depan mata ni. Fuhh, sejuk perut Puan Suriah mengandungkan I selama 9 bulan. Hahahaha #teammasukbakulangkatsendiri.


Cakap pasal pengalaman first time pergi hypermarket during RMO phase, I is jakun sangat-sangat! Korang kalau kena beratur kat luar, masuk group by group tu dah biasa sangat kan? I ni, jadi over-jakun sebab masa pergi Mydin haritu rasa macam masuk war-zone, zombie-zone tahu tak? Hahahaha sumpah tak tipu! Ada certain area dan laluan yang management Mydin block dengan kotak, freezer sebab nak kasi ada satu laluan je untuk keluar masuk kat bahagian barangan dapur basah. Sumpah, kalau tengok sebijik macam mereka set up barricade untuk halang zombie masuk sempadan kita. Kahkah.

Then I naik tingkat atas pula sebab nak ambil plastic sampah and guess what, another war-zone or more like crime-scene zone! Bezanya, crime-scene yang "Do Not Cross" tu yellow line kan, hatni red line dengan ayat "SEKSYEN INI DITUTUP". Kalau rasa nak beli baju ke, selipar ke, tupperware ke jangan haraplah sebab seksyen yang dibuka hanya seksyen hardware, electric dan barangan baby. Since plastic sampah kat area Barangan Plastik which is the closed section, I minta izin staff situ dulu untuk masuk ambil plastic sampah. Bila dah dapat keizinan, automatic daripada title Ketua Keluarga Interim terus naik pangkat jadi Askar Pelatih Interim sebab kena merangkak lalu bawah red line tu. Once dah masuk, plastic sampah pun main grab je weh sebab kalut kot-kot la karang kena tembak. Almaklum lah, masuk enemy line kan. Sumpah pengalaman betul. Satgi boleh story kat anak cucu,

"Mak chuolls ini dulu pernah jadi askar pelatih interim, merangkak masuk enemy line semata nak beli plastic sampah je pun."

Selain daripada pengalaman berharga tu, ada 3 benda yang I sempat perhatikan masa keluar beli barang dapur last week. Ceyy gituh, dalam kalut-kalut duk grab barang dapur tu sempat lagi perhati telatah masing-masing. Okay first, hypermarket takkan jadi jem kalau sorang wakil je masuk untuk pembelian. Ini tak, kat luar beratur asing-asing, bila masuk kat dalam eh kenal siap bertepuk, tampar, tolak troli sekali lagi. Acanor tak jem dalam tu? Bagi kaum ibu-ibu yang agak berusia tu I faham la kan kalau bawak berteman tapi tulah, kalau boleh elakkan je la keluar berdua. Kadang ada juga yang datang beramai tapi anak, bini tinggal dalam kereta. Aduh, apa motif? Duduk rumah tengok tv kan syok. Hahaha.


Second, geng unplanned buying just like our PM said, sejenis yang suka ke sana, ke sini, ke sana ke sini. Kat luar tu punyalah ramai tengah tunggu turn nak masuk, you kat dalam makan angin. I bukan nak cakap once you keluar beli barang, you kena jadi kalut-kalu buat pembelian then cepat-cepat beredar, tak! Itu bukan maksud I, it's just that kesian la mereka yang kat luar tu berejam tunggu kalau you datang beli barang tanpa perancangan. Kalau macam Mydin haritu, they just let around 20 customers sekali masuk dan sambil-sambil kita buat pembelian pun mereka selalu ingatkan untuk buat pembelian terancang tanpa melengah-lengah masa supaya orang kat luar tak menunggu lama. Sekarang ni terpulang kat common sense masing-masing lah ye samada masih nak selfish atau sama-sama fikirkan untuk kesenangan orang lain juga.


Lastly, kaum adam! Ya Allah, sumpah nak gelak dan geleng kepala tengok kaum adam-adam ni. Kesian pun ada especially kat pakcik-pakcik yang agak berusia. Call wife / anak tanya itu ini ye lah, kang kalau salah beli merana balik rumah kena membebel pula. Hahaha. Bagi I, kita sebagai pengirim ni, bila minta suami / ayah belikan barang dapur tu, grab je la mana yang patut janji halal. Kaum adam ni, tengok tudung kita pun yang beribu jenis tu pun mereka dah anggap satu jenis tudung je, inikan kalau minta beli bihun ke, sos ke, spagethi ke yang tentu-tentu ada banyak jenama hahaha. Kesian kat mereka, pening sampai minta tolong dengan staff. Lagi teruk masa tengah pilih sayur, pakcik sebelah ni tanya "Dik ni daun kesum ke?". Fuhh, nasib baik adik kau ni familiar dengan daun kesum hahaha. Tapi serious terhibur teruk tengok gelagat masing-masing. Sebelum ini duk tengok kat FB ja orang viral, kaum adam dengan senarai barang dapur kat tangan. Haritu bila tengok sendiri depan mata kepala, rasa macam wauwz. Hahaha!


We should accept the fact that currently, we are living our life with a new ways. Extraordinary life of COVID-19 era. Era dimana segalanya akan jadi luar biasa, so dah tak boleh nak buat biasa-biasa macam dulu. Kalau dulu biasa angkut satu keluarga bila nak pergi shopping baru dapur, kali ini kena cuba praktikan hanya seorang wakil sahaja. Anak-anak kecil tak payah bawak even after RMO phase dah tamat sekali pun, kita kena kekalkan attitude tu. Jangan time RMO je acah ikut peraturan okay! One more thing, SOCIAL DISTANCING GUYS! If you rasa diri you kebal, then it's okay lah tapi tolonglah fikirkan nyawa orang lain. Kita takkan pernah tahu samada kita akan jadi spreader virus or not (minta jauh nauzubillah) so jarakkan diri anda dengan orang sekeliling. Nak beli gandum ke, sayur ke, ikan ke, beratur kat ATM ke tak yah datang dekat-dekat. Tunggu je dalam jarak 1 meter. Ini tak, makin kita elak makin dia mai dekat. Nasib baik pakai mask kan, boleh hide sikit expression muka tengah stress dengan orang yang duk mai dekat dengan kita. 

Last but not least, stay safe, stay strong guys sebab #kitamestimenang ❤️

Till then, Salam Alaykum! 
April 16, 2020 / by / 0 Comments

No comments:

Post a comment