Showing posts with label itadakimasu. Show all posts
Showing posts with label itadakimasu. Show all posts
Salam Alaykum  ❤️

Bon appetit everyone! Kerabu maggi ini sebenarnya dalam bulan puasa ritu lagi merasa nak buat tapi tak terbuat-buat sudahnya pi makan kat kedai colek jah. Maggi siam yang digunakan untuk buat kerabu maggi ni susah sikit nak dapat, kena pi cari kat Pasar Besar Siti Khadijah sana baru ada. Iolls cuti kerja  hari tu pun memang betul-betul rapat sampai nak dekat raya, so tak sempat nak cari maggi ni. Pagi kelmarin aku secara tak rasminya jadi assistant Kak Ina sebab dia nak beli barang-barang kiriman orang KL so yeap aku pun apa lagi, cilok (berbayar okay bukan cilok curi lol) 1 pek maggi siam.


Mula tu ingat nak cari bahan selengkapnya dulu baru buat tapi si bongsu dah bising asyik duk tanya bila nak buat kerabu maggi. Petang tadi jenguk peti ais tengok apa yang ada so here it is! Kerabu maggi yang so-so je lah. Tak setanding hakak-hakak dan abang-abang yang pro bab masak-memasak ni. Kehkeh. Bahan utama yang digunakan or to be exact bahan yang ada dalam peti;

1) Udang & Sosej (As for sosej, I galakkan guna ayam punya sebab tadi aku guna daging, a bit salty so tak enak la sikit nak telan. Itu pun nasib baik maggi tak masin kalu tak, mahu masuk ward sebab naik darah)

2) Kubis Bulat & lain-lain sayuran lagi untuk memeriahkan lauk-pauk. (Yang kubis ni pulak, I galakkan guna kubis jepun. No exact reason, it just that, I love kubis jepun rather than kubis bulat kalau nak dimasukkan dalam kerabu maggi).

3) Bahan seterusnya tu Maggi Siam, lada, daun bawang/daun sup, sos ikan & asam limau. Untuk last two ingredients yang aku mention tu terpulang nak letak ke tak sebab ada setengah orang tak letak, serbuk maggi tu sendiri more than enough for them. Terpulang okayyy!

The bahanssss

As for first trial, not bad lah. Cehhh, diri sendiri yang masak, diri sendiri kata not bad, berlagak betul. To be honest, tak wowww sangat rasanya tadi sebab rasa masam, masin & pedas kureng. Insha Allah, next try kita ejah kasi sedakkk deh! Lagi satu sebab kebanyakan resepi yang aku Google, semuanya "main campak", takde sukatan banyak mana serbuk maggi nak kena taruk, banyak mana asam limau nak kena perah dan banyak mana sos ikan nak kena taruk so end up aku pun main campak juga. Korang expert buat kerabu maggi ni tak?

Share tips/resepi please~

More like maggi goreng duhh for me haha


So, that's all for todayyy! Insha Allah, jumpa lagi di lain blog post (kalau ada idea nak publish cerita lah lol). Till then, Assalamualaikum :)

Kerabu Maggi

by on July 04, 2017
Salam Alaykum  ❤️ Bon appetit everyone! Kerabu maggi ini sebenarnya dalam bulan puasa ritu lagi merasa nak buat tapi tak terbuat-buat s...
Bila Umi dan geng Puspanita dia decided untuk baking dan pilihan mereka untuk baking adalah cheesekut. As for Umi, knowing that her kepohci-daughter coming back home for mid-sem dan anak perempuan dia yang kepohci ni memang totally in love with anything yang ber-cheese, Umi terus buat 2 bekas cheesekut!

Oh Umi, I love you. XOXO


P/S: Mood nak tengok blog putih berseri tanpa sebarang background tetiba datang pulok doh. Maka that's why blog putih berseri bak Qu Puteh sekarang ni. Huuuu ~

Umi's Cheesekut

by on April 13, 2016
Bila Umi dan geng Puspanita dia decided untuk baking dan pilihan mereka untuk baking adalah cheesekut. As for Umi, knowing that her kepohc...
Tak Fauzi's clan lah kalau tak request ketupat sotong hasil tangan Umi terchenta dunia akhirat sekurang-kurangnya setahun sekali. Kalau tak anak sulung request, anak kedua kalau tak anak kedua, anak ketiga request dan begitulah seterusnya. Rasanya ni one of makanan yang kami satu keluarga betul-betul makan dan minat sebab biasanya akan ada yang tak makan la tapi ni dengan bongsu sekali makan jugok.

This is the perks of being home gais. Dapat merasa semua makanan yang kau nak. Balik kolej berapa minggu lagi takde dah nak merasa semua ni. Dalam mimpi je la (itu pun kalau mimpi, kalau tak?). Merasa makanan sama sepanjang sem adalah. Ngeri bhai bila ingat nak mula sem lagi berapa minggu ni especially bila pikir bab nak makan mende. Haha. Hargai moment moment semester break!

Terima kasih Umi! *xoxo*

Mini pizza-cheese-leleh-leleh-gua-cakap-lu everyone :)


Making homemade pizza with simple ingredients. Sebenarnya nak buat dough pizza tu sekali tapi macam complicated dan aku pun macam malas je nak ikut steps dia, jadi aku decided pakai roti Gardenia je la. Bukan memandai reka ke apa, tapi memang dah ramai yang buat homemade pizza pakai roti Gardenia. Senang uolls, semudah one two three four five and so on.

For sure, 2 orang zombie kelaparan kat rumah ini jadi tukang makan, tukang rasa dan jugak tukang komen. Alhamdulillah untuk homemade pizza yang pertama kali den buat ini disukai oleh kedua-dua zombie tu. It's great tho to have siblings or people around you that love to eat. I mean, you cubalah masak apa benda sekalipun, dia orang akan try rasa juga. Hoho. Tenggyu berry beryy muchie.


"People who love to eat are always the best people."
(Julia Child)

Untuk resepi, you you you and you gais boleh Google ja sebab aku pun amek dari pelbagai sumber (Google, Youtube, FB etc). Tu in case korang nak buat dough pizza tu sekali la. Kalau tang aku punya ini aku guna roti Gardenia, tomato puree, cheesedale, sosej, cendawan button, ayam cincang (digoreng dengan tomata puree sikit) & Mozzarella Cheese.

Roti Gardenia tu nak kasi bulat macam pizza gituuh, aku tekap pakai tupperware kecik bulat then gunting ikut bulatan tu. Kehkeh. Mula sekali kat roti tu aku sapu tomato puree sikit, baru letak (layer by layer) cheesedale, sosej, ayam cincang, cendawan butang then last sekali kasi tabur banyak-banyak itu Mozzarella Cheese. Bakar dalam 10-15 minit dalam suhu 125C then walaaaaah! Pizza cheese meleleeeeh siapppp!

Maafkan atas rupa yang tak berapa nak pizzahut sangat

Homemade Pizza

by on August 28, 2015
Mini pizza-cheese-leleh-leleh-gua-cakap-lu everyone :) Making homemade pizza with simple ingredients. Sebenarnya nak buat dough piz...
Erk. Agar-agar puding roti ke puding roti agar-agar?

Eh kejap. Yang mana satu ni, agar-agar lagi, puding roti lagi … Agar-agar ke puding?  >.<

Aku pun tak tahu apa nama yang setepatnya untuk makanan ni tapi ianya kategori puding roti cuma kelainannya puding roti ini dimasak dengan menggunakan serbuk agar-agar dan tidak dibakar/dikukus. Siap aje masak atas dapur, tuang dalam loyang lepas tu masukkan dalam peti.

Sebelum ini, untuk makan petang aku selalu buat french toast, cucur bilis, cucur bawang, popia, lempeng, potato pancake tapi kali ini rasa nak masak benda lain pulak. Aku cuba google menu minum petang lepas tu ting (keluar mentol), terasa nak buat puding roti. Puding roti memang one of ma favorite food lah. Tak makan nasi pun tak apalah kalau dah dapat bendalah ni.

Google punya google aku terjumpa resepi puding roti pakai serbuk agar-agar dan tak payah dibakar/kukus. Baca step nampak macam senang, aku pun apa lagi laju je copy resepi. Dah tu, alang-alang semua bahan dah memang ada kat dapur, tengah hari kelmarin jugak aku buat. Nanti petang karang tu bolehlah makan.

Dan inilah hasilnya :)



Umi balik keghije, buka peti ais dan masa otw nak masuk bilik, Umi meh singgah kat bilik aku, 

"Pandai weh Kak Ighah buat puding roti?"

Anak dia ni dah nak rasa riak dah sikit. Haha. Jawapan aku,

"Google kan hadooo Mi... Tengok resepi ajo, siap terusss.." *peace no war

Next menu minum petang nak buat Cheesekut. Ini semua gara-gara Mektin yang sebut pasal resepi Cheesekut masa kat rumah Mekya haghi tu. Balik ja rumah aku google macam mana ghupa Cheesekut tuh, sekali bila dah tengok resepi + gambar yang blogger-blogger upload, memang terliur baq hang. So next challenge, cheesekut!

Ouh yaa! Untuk resepi agar-agar puding roti/puding roti agar-agar ini aku rujuk kat Belog Cik Tiqah. Tuan empunya blog, mintak izin amek resepi ye (ajaran sesat betul, dah siap masak baru mintak izin amek resepi. Hul ~). For sure, cara-cara yang dikongsikan kat Belog Cik Tiqah ni simple dan mudah difahami.


Till then, Assalamualaikum :)

Agar-agar Puding Roti?

by on February 17, 2015
Erk. Agar-agar puding roti ke puding roti agar-agar? Eh kejap. Yang mana satu ni, agar-agar lagi, puding roti lagi … Agar-agar ke...
Assalamualaikum geng !

Rasa mengada nak buat French Toast timbul bila tengok Buzzer Beat;





Bila dah terasa nak buat tu, apa lagi, laju je Google resepi Frech Toast. Untuk buat French Toast ini aku rujuk resepi kat blog tqahtaurus: resepi french toast cheese. Jadi kepada sesiapa nak try buat jugak, boleh rujuk blog sis ini. Maka dengan itu, berjaya jugaklah percubaan pertama aku nak buat French Toast. Rasa? Ok lah, dapat kelulusan daripada pemakan-pemakan dalam rumah ni. Bongsu siap order nak bawak bekal ke sekolah. Ngehngeh.



Till then, bye-yeom & Assalamualaikum bebeh.

French Toast.

by on January 20, 2014
Assalamualaikum geng ! Rasa mengada nak buat French Toast timbul bila tengok Buzzer Beat ; Bila dah terasa nak buat tu,...
Percubaan pertama buat Tiramisu. Pufff.. Rasanya tak tahu lagi gane sebab tiramisu ini dibuat speseeel untuk Umi dan jugak untuk birthday boy esok :) Jadi orang rumah ni, esok baru boleh merasa, okeh !


Tiramisu.

by on January 02, 2014
Percubaan pertama buat Tiramisu. Pufff.. Rasanya tak tahu lagi gane sebab tiramisu ini dibuat speseeel untuk Umi dan jugak untuk birthday b...
Home-made ice-cream;


Home-made nasi kerabu;


Home-made popia;


Heaven dapat cooking. The feeling of 'puah hati' bila siap memasak dan orang menikmati masakan kita.. Masak-ing the best !

Homemade

by on November 09, 2013
Home-made ice-cream; Home-made nasi kerabu; Home-made popia; Heaven dapat cooking. The feeling of 'puah hati...
Hmmm. Resepi? Resepi lah sangat kan. Takdenya. Nak buat ini pun, saya rujuk dulu resepi dari blog chentaqieshzahir. Syukran ! Jadi kalau korang nak rujuk resepi, boleh pergi ke blog tu. Oke bebeh? ^^ Tapi kalau nak tengok sini pun boleh. Meh kawe share deh, gane kawe buat popia nestum tu. Orang kata rumit tapi simple je cara dia.

The Bahanss :

#Kulitpopia #Nestum #Horlick #Gulacaster #Putihtelur

Sukatan untuk bahan macam nestum, gula kaster & horlick tu kawe tak leh nak bagi tahu sebab kawe pun main campak je. Kekeke. Benda pertama kena buat ialah cari port yang tak berangin sangat sebab nak elakkan kulit popia tu jadi keras. Kalau keras memang payah nak gulung dan gunting. Bila dah cari port yang sesuai, bolehlah nak start proses gulung-menggulung.


1# Lipatkan sikit hujung kulit popia tu. Tapi kalau korang nak terus gulung kat hujung tu, tak payah lipat. Kalau kawe, kawe kena lipat sebab kawe try gulung dari awal tak jadi.

2# Bila dah lipat sikit, bolehlah nak start gulung. Pandai-pandai lah agak size gulung tu, jangan kasi besauu sangat deh ! ^^

3# Gulung, gulung dan gulung sampai tinggal sikit je kat hujung tu.

4# Bila dah sampai penghujung, lekatkan dengan putih telur. Kalau ikut blog yang saya rujuk tu dia bagi tahu ada yang pakai air. Depends korang lah. Kalau rasa air lagi melekat boleh pakai air. Tapi kawe recommend pakai putih telur :)

Bila dah siap gulung, inilah hasilnya. Kalau korang boleh consistent-kan saiz dia lagi bagus. Takdelah popia tu jadi kecik besar, kecik besar bila nak gunting nanti. Dah siap gulung, apa lagi hah. Gunting je lah :)



Settle gunting. Boleh panaskan minyak, lepas tu goreng. Minyak kasi banyak sikit dan mesti panas kaw-kaw punya. Dah nampak kaler tu agak2 cun je, boleh angkat lepas tu toskan.


Dah siap goreng? Bila dah siap goreng, boleh go on dengan nestum, gula kaster dan horlick. Kawe blend nestum dengan gula kaster sebab nak kasi halus. Depends lah. Ada sesetengah orang tak blend pun :) Lepas tu, gaulkan sekali dengan popia goreng tadi. Dah siap gaul? Boleh pack lepas tu jual. Hehehe.



K bai, Assalamualaikum !

Resepi : Popia Nestum

by on August 13, 2013
Hmmm. Resepi? Resepi lah sangat kan. Takdenya. Nak buat ini pun, saya rujuk dulu resepi dari blog  chentaqieshzahir . Syukran ! Jadi kalau ...