Friday 28 July 2017

Hotel Pilihan Hati di Johor Bahru | Traveloka

Salam Alaykum  ❤️


Cuti sekolah bakal menyusul, plan percutian macam mana, dah ada ke belum? Kalau takda, meh rancang sekarang juga! Alang-alang hari ini weekend (for those yang weekend Jumaat & Sabtu laa, yang weekend Sabtu & Ahad pun boleh juga), apa kata open table bincang nak bercuti ke mana. Tak syiokk la cuti-cuti pun mereput kat rumah je kan. As for me, kita orang plan nak ke Tasik Kenyik, percutian dengan bermalam atas bot rumah. Sounds like percutian nak lari dari kebingitan bandar gituh.

Nak bercuti ini tak perlu sampai ke luar negara pun, dalam Malaysia ini aje dah beriban (it's beribu actually) tempat boleh kita lawati. Nak cakap lebih pasal percutian ini pun iolls tak reti sangat sebab iolls sendiri kalau melawat negeri mana-mana pun kejap-kejap je. Latest pi luar negeri (ceh acah macam ke luar negara pulak) pun kat Johor Bharu masa trip untuk Program Semarak Bahasa kat Plaza Angsana. Haa cakap pasal JB ni, apa kata korang pilih JB sebagai salah satu lokasi percutian keluarga mahupun geng-geng rapat since kat JB snendiri ada banyak tempat yang boleh korang lawati contoh; Legoland, Hello Kitty Town & The Little Big Club, Johor Premium Outlets dan banyak lagi lahhh. For those yang rasa nak bercuti ke JB, let me help you by listing all the best hotels for your accommodation at JB nanti!

The Legoland Malaysia Resort

Legoland ini gais, rasanya tempat wajib pi kot kalau korang dah ada kat Johor Bharu. Even I yang student degree level ini pun lecturer still bawak pi juga lepas program kat Plaza Angsana hari tu. Dah terlajak ada kat Legoland tu, kalau rasa nak menginap di The Legoland Malaysia Resort pun cun sangat! Bersesuaian dengan pencalonan salah satu the top 10 best Johor Bahru Hotel online yang sesuai untuk holiday, The Legoland Malaysia Resort menyediakan bilik-bilik yang mempunyai hiasan dengan tema-tema tertentu related to lego and kids animation stories. Ouh ya, The Legoland Malaysia Resort also provide to you outdoor swimming pool and let's not forget, swimming pool for kids also! *insert emoticon duk berenang*



KSL Hotel & Resort

Kaki shopping? Kaki makan? Haa jangan risau sebab ada lagi hotel yang bersesuaian dengan anda di mana hotel ini terletak tidak jauh dari pusat bandar JB and it is surely the best choice for you! Untuk makluman korang juga, hotel ini turut berada berhampiran dengan Dignostic Centre, Pusat Perubatan Century dan juga Specialist Women Hospital. Hah, kemudahan ada kiri kana gais. Masa google-ing pasal hotel ini, ada satu benda which is grab my attention yakni terdapat taman tema dinosaur di tingkat 7 KSL Hotel & Resort ini and guess what? Entrace fee is FREE! Yang pi bercuti bawak anak-anak, atuk-nenek, makcik-pakcik, sepupu-sepapat, semua boleh bawak depa pi taman tema ni tao. Confirm terhibur!



Aish, sis pula yang rasa excited nak pi hotel ni. Lol.

Okay next.

Trader Hotel Puteri Harbour

Trader Hotel Puteri Harbour is another hotel which is also located at pusat bandar of JB. Nope guys, not that Pearl Harbor okayyy? Nak cari hotel yang sesuai ini kadang bukan sebab datang bercuti je, boleh jadi sebab urusan kerja mahupun urusan perniagaan and even datang bercuti dengan keluarga sekali pun, Trader Hotel Puteri Harbour yang terletak di Gelang Patah ini juga adalah hotel yang bersesuaian sebab terletak berhampiran Puteri Harbour Theme Park, Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club. Not interesting much? Haa kalau gitu korang boleh juga pi jalan-jalan kat Legoland dan juga Johor Premium Outlets sebab compared to other hotels, hotel ini lebih dekat dengan dua tempat tersebut. Selain itu juga, korang jangan risau sebab tempat penginap terbaik di JB ini juga turut menyediakan perkhidmatan lain seperti pusat perniagaan, restoran, layanan bilik, peti deposit keselamatan dan bar. Ha menarik tak?



Hotel Mutiara Johor Bahru

Nak menginap di salah sebuah hotel yang merupakan one of the top 10 best Johor Bahru Hotel online? Kalau macam tu Hotel Mutiara Johor Bahru is the best choice! Hotel in terletak di Taman Century, Johor Bahru serta berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan tambak ke Singapura. Lepas settle check in, sambil tunggu next plan nak ke mana, korang boleh turun pi lepak luuu kat Holiday Plaza, sebuah shopping mall di JB yang terkenal dengan jualan pelbagai jenis DVD dan CD game. Kot-kot la nak cari CD game FIFA ke kannn. Eh kenapa perlu FIFA? K, whatever. Kalau korang nak tahu, hotel ini merupakan hotel yang telah berusia lebih daripada 30 tahun tetapi...Jangan dipandang remeh dengan umurnya sebab kesemua bilik-bilik hotel ini telah diubahsuai semula pada tahun 2010. Haruslah ikut trend semasa kann. Setiap bilik hotel ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan buat pelanggannya seperti peti keselamatan, bar mini, peti sejuk, hair dryer, aircond dan banyak lagi. Hotel Mutiara totally the best and safest choice kalau korang nak bilik yang besar, cantik dan bersih.



Hotel Thistle Johor Bahru

Kalau dah pergi Johor Bahru, rasanya tak salah kalau dalam plan tu selitkan slot untuk pi jalan-jalan ke Singapura. Kalau dah ada dalam plan, okayy cun sebab Hotel Thistle terletak di pusat bandar dan hanya beberapa minit saja dari Singapura. Wahh bestnya! Can I fly to JB right now? Check in Hotel Thistle, lepas tu pi jalan-jalan Singapura. Okay berangan je boleh la. Hahaha. Hotel Thistle is a hotel that comes with modern concept dan juga tersedia banyak kemudahan seperti Health Club, tennis court, swimming pool dan lain-lain lagi. Tak cukup? Jangan risau, ada lagi ni sebab hotel ini juga ada banyak lagi kemudahan seperti perkhidmatan berurut, sauna, kolam pusaran dan rawatan spa. Dah penat-penat balik dari Singapura tu, nanti balik hotel boleh buat spa ke, berurut ke kan. Tak pun yang merasa nak hilangkan penat dengan main golf pun boleh sebab hotel ini berdekat dengan lapangan golf. Ha lagi satu, for those yang suka layan perasaan tengok pemandangan cantik bila bangun pagi, korang boleh request bilik yang menghadap Selat Johor sebab ada di antara bilik hotel ini menghadap ke Selat Johor.


Amacam sisturh dan burh sekalian? Rambang mata tak? Iolls yang dah ada plan untuk bercuti ini pun rambang mata, inikan uolls yang tak merancang lagi. So apa lagi, rancan percutian anda sekarang! Selain rancang bajet, tempat penginapan pun korang perlu book awal-awal, jangan nanti sampai sana baru nak book tau! Ingat, bukan anda je yang bercuti, orang lain pun nak bercuti sama. Karang tak pasal-pasal ada yang tido dalam kereta mahupun masjid. Tak nak la bercuti macam tu kannn. Nak senang lagi, boleh visit Traveloka untuk sebarang penempah bagi hotel dan juga penerbangan. So yeah, that's all from me. Hope that list of these hotels will give a lot of help for you guys yang mana merancang nak bercuti ke JB nanti. Plan your trip, have fun and enjoy your trip!

Till then, Assalamualaikum :)

p/s: All of the pictures were taken from Mr. Google. All credit goes to the owner of the pictures. Kamsahamnida-yong :)
July 28, 2017 / by / 2 Comments

2 comments:

  1. Banyak juga hotel best best dekat JB ni. Tapi, antara mampu atau tidak je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Nak pilih-pilih hotel ini pun kadang kena tengok bajet kita bila pi bercuti tu jugak. Hehe

      Delete