Saturday 14 September 2019

Dulang Girl

Salam Alaykum 👰


My first and last time (maybe) as a dulang girl. I actually have no experience as a dulang girl, memang newbie gils. Kalau sekadar jadi bridesmaid tak rasmi tu selalu lah. Dan kalau nak kata tak pernah pegang dulang pun menipu jugalah. Dulang air kat rumah tu sokmo-sokmo dah pegang. Hahah hambar. I pernah je jadi jurupegang (ada eh perkataan jurupegang lol) dulang bila dulang bertukar tangan antara rombongan pihak pengantin lelaki dan pihak pengantin perempuan masa wedding sepupu-sepapat atau kawan-kawan terdekat. Tapi this kind of dulang girl, memang first time. 

Dulang girl yang macam mana?

Maksud I, typical dulang girl yang kena beratur dari luar pintu dewan, berarak masuk sampailah ke pelamin, jauh sana di atas pentas. Masa mula-mula Dayah invite untuk jadi dulang girl tu I macam, "Okay pegang dulang dan tukar-tukar dulang dengan pihak pengantin lelaki, macam tu jeeee" tapi Subhanallah, betullah orang cakap yang realiti kehidupan ini tak semanis yang kita sangkakan. Rupanya kena beratur dari luar pintu dewan. Time tu juga I rasa nak start enjin kereta, drive balik rumah. Ye lah, sebab ingatkan berarak takat dalam dewan tu je, nanti Puan Hidayah Hanis dan Encik Suami je yang berarak masuk dari luar. Tapi tulah, benda dah jadi, tak mampu nak buat pusingan U-Turn lagi dah sebab hari kejadian baru tahu kennn. Hahaha.


I okay je sebenarnya bila dapat tahu yang kami semua ni kena berbaris dari luar dewan but not until I realized that I terpaksa pegang pulut dan terpaksa duduk di barisan hadapan sekali. Masa tu memang tak okay sangat-sangat, serious talk. Sebenarnya sebelum pengantin lelaki sampai, Dayah dan kami semua dah bincang, siapa akan pegang apa dan kalau diikutkan perancangan asal, I pegang dulang  hantaran telekung solat then there's this girl yang pegang dulang pulut bagi belah pengantin perempuan (Meaning that nanti dia akan tukar dulang hantaran pulut juga dari belah pengantin lelaki). Tapi entah macam mana that girl boleh pula pergi tukar pulut dengan dulang lain.


Allah je tahu perasaan I masa tu. Instead of cuak, perasaan nak nangis tu lagi membuak-buak. Rasa dianiayai aagituh. Over teruk Hani Musfirah ni, kena pegang pulut je pun bukan kena tikam belakang pun. Hahahahha. Tapi jujur lah, dalam hati ni memang membebel kaw-kaw, kenapa kawan tu tak nak ambil pulut lah, kenapa dia tukar benda lain lah. Rasa macam nak jerit kuat-kuat je, "Eh hello siapa yang pegang pulut tadi, tolong tukar dengan pulut jugaklahhh" LOL. Bebel panjang pun tarak guna sebab memang pulut belah pengantin lelaki dan telekung solat belah pengantin perempuan je yang tak bertukar tangan lagi masa tu. So nak tak nak I terpaksa sambut hantaran pulut tu dengan hati separuh rela. Dalam hati tengah separuh rela duk pegang pulut tu, tiba-tiba jadi sepenuhnya tak rela bila Dayah cakap "PULUT KAT DEPAN SEKALI"

Allahu, masa tu terus flashback balik dosa-dosa lama yang belum buat taubat lagi. Ye la, kot-kot Allah nak balas balik dengan cara ini kan, kasi insof lagi dan lagi. Hahaha, okay gurau je. Dalam tengah nak get ready untuk jalan masuk tu, dalam hati ini tak putus-putus duk doa supaya Alalh permudahkan urusan Hani Musfirah Mohd Fauzi. Ye lah hangpa, pulut tu yang rabbi, berat nak mati. Baru pegang 5 saat dah rasa menggeletar tangan macam orang Parkinson. Dan bila MC suruh jalan masuk tu, I tak pandang kiri kanan dah y'alls. Memang jalan laju gila jalan sampai photographer cakap, "Laju-laju nak kemana tu?". Eh eh pakcik photographer ni, dia tak tahu ke kita tengah pegang pulut jongkong emas ni. Mestilah jalan laju sebab I nampak pelamin kat depan je masa tu, tak sabar nak letak pulut ni. 


Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. I selamat sampai dan berjaya letakkan pulut tu tanpa sebarang kejadian yang memalukan diri. Well, kecuali kejadian jalan laju dan diri I yang terlindung gara-gara bawak pulut yang lagi kembang dari I. Tu je kot 2 perkara yang memalukan masa jadi dulang girl hari tu. Oh lagi satu, I baru perasan yang dulang hantaran dua-dua belah pihak sama, so sebenarnya takde masalah pun kalau pulut yang berat tu tak bertukar tangan. Biar je lelaki yang gagah lagi perkasa yang pegang daripada kita kaum hawa yang lemah dan tidak berdaya ni pegang. Berat okay, nasib tak cramp je lengan. Hahahahaha hadooiiiiyaaai. 

Lepas ni tobat tak mahu jadi dulang girl dah weh. Nak jadi pengantin lah pulak, eh eh? 

Till then, goodnight. 
September 14, 2019 / by / 2 Comments

2 comments:

  1. hahaha.. sy pun pertama kali juga jadi dulang girl.. awkward gila lah.. haha Alhamdulillah kerana semuanya berjalan lancar ^^

    ReplyDelete
  2. hahaha fahaaaaammm. hritu kena bawak kek berat nak mamposss. Experience org ckp okay la seklai seumur hidup jadi dulang girl

    ReplyDelete