Friday 27 December 2019

Lestary | Kampung People

Salam Alaykum πŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦


Who's #teamkampungpeople, put your hands up!? Apooo, am I the only one yang tengok meh? Hermm, kalau cenggitu, ku seru kamu-kamu semua untuk menonton drama ni sebagaimana ku berjaya menyeru kakak, adik serta sepupuku untuk layan drama ni. Tapi tulah, yang acah serious dan bukan #teammudahterhibur I nak pesan awal-awal tak payah lah tengok. Sebab nanti confirm anda akan hentam cakap watak-watak mereka ni over lah, gedik lah etc. Hanya yang mudah terhibur macam hakak ni je akan menyukai this kind of drama Maleis.

Come on peopleeee! Sampai bila nak layan drama cintan-cintun, jalan cerita cliche. Gadis kampung kahwin dengan anak Dato' company turun temurun keluarga business project juta-juta tak nak kalah. Drama menghiburkan macam ni lah yang kita nanti-nantikan. Yang boleh ditonton seisi keluarga, ahhh ghitchuuu. Sebenarnya I takde niat pun nak layan drama tapi satu malam tu tertengok masa Episode 3. Si Mona aka Minah Selamat duk bising-bising kat anak-anak dia nak minta tolong kemaskan rumah dengan vacuum nya takde, washing machine pun takde.


I macam, hapooo bondooo cerita ni nih? Dengan semua orang bising, kecoh dan kalut semacam je. Dari sesaja nak layan sebab bosan tak tahu nak buat apa, terus jadi peminat dan penonton setia setiap Rabu sampai Jumaat. Tu pun still tak puas wey, rasa nak repeat lagi. Ye la, kat TV kau tak boleh nak backforward scene-scene yang kelakar. Kesudahnya, tengok lagi sekali kat Youtube. Even 10x tengok episode yang sama berulang-ulang kali pun, tetap gelak berdekah wey.

Satu benda lagi yang I suka, drama ni hanya ada mereka-mereka je. Kat surau muka mereka, kat kedai kopi pun muka mereka juga lah yang ada. Confirm korang nak cakap, "yelah dah drama dia orang berlakon mestilah muka dia orang je". Takde lah, maksud I sebagai contoh, kalau drama lain kan... Tempat-tempat macam kat surau, biasanya akan ada pelakon extra jadi jemaah juga kan, tapi drama ni tak! Yang azan mereka, iqamat mereka even sampai meeting nak renovate surau pun mereka je lah. Muka samaaaaa je hahhahahaha.





Watak masing-masing memang function dan crackhead teruk! Even Badrul yang bisu tu kau akan jadi nak tergelak juga tengok kat dia. Padahal dia takde script pun, senyap je. Ye la, dah bisu kan. Hahaha. Untuk pengetahuan korang, drama KP ni je yang mampu buat I ternanti-nantikan next episode sebab setiap satu episode tu akan ada je fav-fav scene yang memang kelakar yakmat serta ayat-ayat omputih yang over the top. Lagi power, ni first Malay drama yang I up dalam blog post. Dia punya aura tu Masya-Allah, lain macieeemmmm. Yang pasti ni drama first, bukan yang ke-18 mahupun yang ke-19.

Eh.

Ha lepas tu kalau korang layan drama ni, korang bukan je gelak terbahak-bahak, gelak kosong dengan watak masing-masing je tapi bagi I drama ni ada message serta sindiran yang diselitkan juga sekali. Mungkin la, tu anggapan I je sebagai penonton yang menilai. Pengarah, penerbit, penulis serta pelakon drama ni lagi mengetahui. Contoh, scene Norbik "puji" orang kampung tu yang tak solat, tak datang surau tapi masih ada sifat pemurah untuk menderma. Auch, deep disitu. Lagi satu, tajuk-tajuk novel yang si Yummy baca, semua tak nak kalah wey. Memang setempek mengena dengan tajuk novel-novel zaman sekarang yang entah apo-apo, "Laut, I Miss You" la, "Ambillah Suamiku" la "Pinjamkanlah Suamiku, Bila Janda Menguasai Dunia" la. Double auch.




Bagi yang baru nak layan dan terlepas episode lepas-lepas, korang boleh layan kat Youtube Channel TV3 Malaysia Official takpun Youtube Channel Drama Sangat. Layan dalam Youtube best juga sebab tak ada iklan, memang direct tengok non-stop tanpa gangguan. Kalau ada pun iklan youtube je la. Nak layan on-time showing, boleh tengok kat TV3 every Wed until Frid at 9:00 pm. Sesuai sangat nak layan dengan family ramai-ramai, macam I sendiri. Mula-mula layan sorang diri je uolls, lepas tu adik I layan dan sekarang ni Umi I pun terjebak tercongok juga depan tv (walaupun kadang-kadang).

Oh by the way, ke hadapan TV3 dan juga KL Motion Pictures, mohon buat Ramadhan Edition dan juga Raya Edition untuk KP ni bolehhhh? I is dah boleh bayangs betapa kecohnya mereka-mereka ni kalau di bulan Ramadhan. Banyak benda lagi sebenarnya nak request ni, macam... Happy ending for Rose X Jekfer, lepas tu minta-minta betullah anggapan penonton ni yang Jaafar dan orang kampung yang crackhead tu sebenarnya semua mata-mata Agent Syukri. Kihkih.

Till then, goodnite!
December 27, 2019 / by / 6 Comments

6 comments:

  1. best cita ni buat hilang stress.. sakan gelak tengok. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn sangat-sangat best! Tak puas tengok 13 ep je πŸ˜‚

      Delete
  2. hmm, nak tengok kat tv susah sikit... hahahah dah lama sebenarnya tak tengok tv

    https://itsthesuraya.blogspot.com/2020/02/notice-changing-blogger-e-mail.html

    ReplyDelete
  3. belum menyempat nak tengok lagi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha musim2 PKP ni boleh la tengok. Hilangkan stress. Hehehe

      Delete
  4. Alaaaa I tak sempat nak layan lagi KP2 T__T

    ReplyDelete