Sunday 31 January 2016

3 Years Already

Syok scroll timeline fb lepas tu dapat notification yang "You have memories bla bla bla" bagai tu lah. Walaupun tak mendatangkan faedah jauh sekali memberi untung wang ringgit, aku check jugak. Kot-kot ada status bangang abadi yang aku update masa zaman hingusan berduckface, dimana semua benda kau nak story dalam tu, boleh lah aku delete terus. So, semalam, 3 years ago, status gua berbunyi,


"31 Januari 2013, 05:00 Petang"

Status ini aku up sehari sebelum result UPU keluar. Rupanya hari ini dah 3 tahun peristiwa aku frust-tertunggeng-tak-dapat-sambung-degree. On this day, this date, Allah je yang maha mengetahui betapa kecewa dan betapa sedihnya aku sebab gagal sambung belajar. Bukan aku je kot, Umi dengan Abah pun lagilah kecewa.

Abah okey lagi kot, siap suruh aku apply next time. Umi? Memang kecewa teruuuih baq hang. On the spot aku 'umum' result tu jugak dia suruh apply kerja. Setahun beb duk rumah makan hati tengok kawan-kawan dapat sambung belajar, makan hati dengan kata-kata pedas dari orang sekeliling, pertanyaan orang sekeliling yang selalu sangat concern pasal diri kau. Anak sendiri terumbang-ambing tak pe, asal cerita orang lain kau dapat tahu. Puffffffff.

Kawan-kawan yang tak paham perasaan pulak, syok kemain duk bercerita pasal kampus dan course dia orang. Rasa nak hempuk dengan kapakk je sorang-sorang. Aku pulak layankan dengan muka paling gembira. Paling membuatkan aku terasa gila, kan once dah gagal sekali kau boleh buat rayuan? So adalah beberapa hamba Allah yang gagal dan buat rayuan sekali dengan aku. Dalam tempoh nak tunggu keputusan rayuan tu, Allah je tahu betapa dia orang ni,

"In case kalau sapa2 antara kita yang dapat, jangan lupa saem deh."
"Jom lah kito cari kijo sekali"
"Kalu hani dapat, hani  jange lupo ko ore.."

Dan banyak lagi potpetpotpet janji manis gula manis madu manis semualah. Last-last bila result rayuan keluar, dia orang berjaya, aku sekali lagi kecewa sebab tak dapat. Lepas tu tinggallah aku sorang diri makan hati dengan janji-janji dia orang tu. Choi betul.

Sekarang Alhamdulillah, lepas setahun kecewa degree tak dapat, rayuan tak dapat, UPU berkali-kali apply dalam setahun tu, akhirnya Allah makbulkan juga doa nak sambung belajar. Pengalaman setahun yang pahit tu betul-betul bagi pengajaran kat aku. Kesannya, masa tengah degree ini memang aku struggle gila-gila nakkan result yang terbaik. Mungkin bukan setakat untuk aku, tapi untuk Umi & Abah.

Pesan aku, kalau kau rasa nak sambung, sambung je lah. Gagal permohonan? Jangan cepat give up. Aku dulu give up jugak sampai latest permohonan UPU yang aku dapat tu, aku tak bagi tahu pun kat Umi yang hari tu merupakan hari result UPU. Bila permohonan berjaya baru aku pi bagi tahu depa. Insha Allah, rezeki masing-masing ada cuma lambat atau cepat. 

Ha, bila dah dapat sambung tu jangan buat perangai malas diploma pulekkk. (Ini aku cakap kat diri aku. Mohon jangan terasa)

By the way, I'm not a great or amazing person that have ANC-or-dean-every-sem-stories, happy-family-stories, happy-boyfie-girlfie-stories, happy-life-stories to shared with and can make you amazed (even BM & BI aku pun berterabur macam haramm jadahh), but this little experience that happened to me surely a something from me to be shared. Walaupun pahit, ianya tetap salah satu precious memory buat aku.

This is so not me actually. Maksud aku, bukan jenis sharing something macam ni. Bila baca balik ini confirm rasa awkward gila, cringe gila. Paling tidok pun aku akan draftkan balik post ni. Haha. Thanks to FB sebab sebelum ini aku tak pernah ingat pun tarikh zaman-kegelapan-tak-dapat-degree aku ini. Ok dah. Panjang sangat dah deknon merapu dengan BI & BM broken tahap kapal pecah dah ni.

Till then,
N-yeong, Wassalam.



P/S: abaikan english berterabur macam Milo tabur tuh. Miss BEL cakap, ignore your grammar/vob or whatsover janji you ada confident to speak in Eng. (Tapi dalam masa yang sama, bawak-bawak belajar jugaklah kesalahan semua tu.)
January 31, 2016 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment