Monday, 12 August 2013

Resepi : Popia Nestum
August 12, 2013

Resepi : Popia Nestum

Hmmm. Resepi? Resepi lah sangat kan. Takdenya. Nak buat ini pun, saya rujuk dulu resepi dari blog chentaqieshzahir. Syukran ! Jadi kalau korang nak rujuk resepi, boleh pergi ke blog tu. Oke bebeh? ^^ Tapi kalau nak tengok sini pun boleh. Meh kawe share deh, gane kawe buat popia nestum tu. Orang kata rumit tapi simple je cara dia.

The Bahanss :

#Kulitpopia #Nestum #Horlick #Gulacaster #Putihtelur

Sukatan untuk bahan macam nestum, gula kaster & horlick tu kawe tak leh nak bagi tahu sebab kawe pun main campak je. Kekeke. Benda pertama kena buat ialah cari port yang tak berangin sangat sebab nak elakkan kulit popia tu jadi keras. Kalau keras memang payah nak gulung dan gunting. Bila dah cari port yang sesuai, bolehlah nak start proses gulung-menggulung.


1# Lipatkan sikit hujung kulit popia tu. Tapi kalau korang nak terus gulung kat hujung tu, tak payah lipat. Kalau kawe, kawe kena lipat sebab kawe try gulung dari awal tak jadi.

2# Bila dah lipat sikit, bolehlah nak start gulung. Pandai-pandai lah agak size gulung tu, jangan kasi besauu sangat deh ! ^^

3# Gulung, gulung dan gulung sampai tinggal sikit je kat hujung tu.

4# Bila dah sampai penghujung, lekatkan dengan putih telur. Kalau ikut blog yang saya rujuk tu dia bagi tahu ada yang pakai air. Depends korang lah. Kalau rasa air lagi melekat boleh pakai air. Tapi kawe recommend pakai putih telur :)

Bila dah siap gulung, inilah hasilnya. Kalau korang boleh consistent-kan saiz dia lagi bagus. Takdelah popia tu jadi kecik besar, kecik besar bila nak gunting nanti. Dah siap gulung, apa lagi hah. Gunting je lah :)



Settle gunting. Boleh panaskan minyak, lepas tu goreng. Minyak kasi banyak sikit dan mesti panas kaw-kaw punya. Dah nampak kaler tu agak2 cun je, boleh angkat lepas tu toskan.


Dah siap goreng? Bila dah siap goreng, boleh go on dengan nestum, gula kaster dan horlick. Kawe blend nestum dengan gula kaster sebab nak kasi halus. Depends lah. Ada sesetengah orang tak blend pun :) Lepas tu, gaulkan sekali dengan popia goreng tadi. Dah siap gaul? Boleh pack lepas tu jual. Hehehe.



K bai, Assalamualaikum !

4 comments:

  1. Blh cuba jual kat Mudah.com ni.free jer join iklan kat situ...pastu promote la kat fb.mana tau... kot2 tempahan sampai berpuluh2 kotak sehari...

    good luck...

    ~kokoReader~

    ReplyDelete
  2. @Anonymous eh ! KokoReader ! selamat hari raya ><. huhu. xsampai seru lagi nak letak dalam mudah/fb. takut xmenang tangan nok gulung popia ^^

    ReplyDelete
  3. suke makan popia nestum ni. sedap

    ReplyDelete

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*