Riak.

15.7.13

Terkadang tu rasa takut nak post sesuatu di Facebook, Twitter, mahupun blog. Takut timbul rasa riak dalam diri ini. Memanglah kita post sesuatu yang ke arah kebaikan, tapi kalau benda yang kita post tu menimbulkan rasa riak dalam diri ini, sia-sia pahala terbang gitu je. 


Bak kata seorang sahabat di Facebook,

"Jika kita baca Al-Quran... dan kita nak ajak orang lain juga baca Al-Quran.. Tak perlu kita update di fb macam ni 'baru sudah baca Al-Quran, rasa tenang je hati ini.' Tapi, katalah macam ni 'Jika hati serabut, bacalah Al-Quran nescaya hati tenang.'

Jika kita solat tahajud.. dan kita nak ajak orang lain juga solat tahajud.. Tak perlu kita update di fb macam ni 'Huh walaupun letih, sempat juga bangun tahajud.' Tapi, katalah macam ni 'Seletih mana pun diri kita, seboleh-bolehnya cuba paksakan diri untuk bangun tahajud pada Allah 5 minit sah, 2 rakaat sementara masih sihat.'

Sebabnya? Sebabnya kita seolah-olah mengangkat diri kita di khalayak, seboleh-bolehnya biarlah amal diri kita itu seperti semut hitam, berjalan atas batu hitam didalam gelap,dibimbangi kurang pahala amal kita, ingat... Allah itu tahu apa yang timbul di hati kita." - Nour Hayati Yusrina


Mungkin mula-mula kita rasa, "Aku post bukan untuk dapatkan Like, bukan untuk dapatkan RT" tapi bila dah ramai yang like, ramai yang RT, pasti ada yang membisik supaya timbul rasa riak dalam hati kita. Ketahuilah wahai sahabat, riak merupakan syirik kecil. Subhanallah.. Moga kita semua dijauhi dari sifat riak dalam melakukan apa juga perkara sama ada sesama manusia mahupun dengan Allah SWT.

"Sembunyikan kebaikan sebagaimana kita sembunyikan keburukan" 
- Hamba Allah


Syukran kepada Google Images atas gambar-gambar di atas. Wassalam.

You Might Also Like

5 뚱

  1. Syukran for this info. akak share kat fb ye

    ReplyDelete
  2. Jauhkan lah aku dari sifat riak. Aamiiin :)
    nice info. thanks..

    ReplyDelete
  3. Lindungi kami semua dari sifat riak dan takbr.Amin.

    ReplyDelete

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*