Welcome, Octrouble

/ October 02, 2024
Dan pada akhirnya, kita akan memilih untuk diam dan menyendiri, pergi jauh daripada manusia tanpa bercerita apa jua masalah kita, tanpa mencipta apa juga kenangan kita lagi dengan mereka. Cukup hanya ada Allah dan kucing. Mungkin, blog ni juga tempat saya meluah segalanya nanti. 

Mendiamkan diri dan menjauhkan diri bukan kerana kita tidak cuba memahami keadaan mereka, tapi kerana takut. Takut dengan diri kita sendiri menjadi punca segala-galanya dah sebelum semuanya makin teruk. Takut dengan keadaan diri yang banyak melukakan hati orang sekeliling. Takut dengan keadaan diri yang membuatkan ramai orang tak selesa. 

Buat mereka, terima kasih kepada yang pernah hadir baik untuk suka mahupun duka. Terima kasih kepada yang pernah hadir memberikan senyum tawa dan juga kepada yang hadir memberikan luka. Terima kasih kepada yang telah memberikan trauma yang mendalam sehingga diri I sendiri pun tak tersangka akan jadi macam ni. 

Siapa je yang tak kecewa bila melihat keadaan diri sendiri yang sekarang ni. Diri I yang dulunya hanya kenal erti gelak ketawa, tak pernah kenal erti putus semangat, tak pernah kenal erti menangis dan bersedih secara berterusan. Tapi sekarang? Hanya mampu bermurung, bersedih. Happy? Masih, tapi itu semua lakonan didepan mereka yang tak pernah tahu struggle I. 

Betul, tak ada sesiapa yang mampu mengubah diri kita kecuali kita sendiri, sebab tu I memilih untuk menjauhkan diri dari semuanya. 

Mungkin, kehidupan baru I nanti hanya akan diceritakan kepada Allah, diluahkan di dalam ni dan bukan lagi kepada manusia. Lagi sekali, bukan sebab mereka tapi sebab diri I sendiri. 

Diri I yang terlalu takut dengan pelbagai kemungkinan, diri I yang terlalu hidup dalam andaian, diri I yang terlalu berharap orang untuk memahami saya tapi pada akhirnya mereka lebih suka untuk menilai dan meletakkan kesalahan terhadap diri I. 

Masih hidup tapi menunggu mati, begitulah perumpamaan untuk kehidupan diri I sekarang.

Dan pada akhirnya, kita akan memilih untuk diam dan menyendiri, pergi jauh daripada manusia tanpa bercerita apa jua masalah kita, tanpa mencipta apa juga kenangan kita lagi dengan mereka. Cukup hanya ada Allah dan kucing. Mungkin, blog ni juga tempat saya meluah segalanya nanti. 

Mendiamkan diri dan menjauhkan diri bukan kerana kita tidak cuba memahami keadaan mereka, tapi kerana takut. Takut dengan diri kita sendiri menjadi punca segala-galanya dah sebelum semuanya makin teruk. Takut dengan keadaan diri yang banyak melukakan hati orang sekeliling. Takut dengan keadaan diri yang membuatkan ramai orang tak selesa. 

Buat mereka, terima kasih kepada yang pernah hadir baik untuk suka mahupun duka. Terima kasih kepada yang pernah hadir memberikan senyum tawa dan juga kepada yang hadir memberikan luka. Terima kasih kepada yang telah memberikan trauma yang mendalam sehingga diri I sendiri pun tak tersangka akan jadi macam ni. 

Siapa je yang tak kecewa bila melihat keadaan diri sendiri yang sekarang ni. Diri I yang dulunya hanya kenal erti gelak ketawa, tak pernah kenal erti putus semangat, tak pernah kenal erti menangis dan bersedih secara berterusan. Tapi sekarang? Hanya mampu bermurung, bersedih. Happy? Masih, tapi itu semua lakonan didepan mereka yang tak pernah tahu struggle I. 

Betul, tak ada sesiapa yang mampu mengubah diri kita kecuali kita sendiri, sebab tu I memilih untuk menjauhkan diri dari semuanya. 

Mungkin, kehidupan baru I nanti hanya akan diceritakan kepada Allah, diluahkan di dalam ni dan bukan lagi kepada manusia. Lagi sekali, bukan sebab mereka tapi sebab diri I sendiri. 

Diri I yang terlalu takut dengan pelbagai kemungkinan, diri I yang terlalu hidup dalam andaian, diri I yang terlalu berharap orang untuk memahami saya tapi pada akhirnya mereka lebih suka untuk menilai dan meletakkan kesalahan terhadap diri I. 

Masih hidup tapi menunggu mati, begitulah perumpamaan untuk kehidupan diri I sekarang.

Continue Reading

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Hani Musfirah Mohd Fauzi.


Teruntuk kamu wahai diri sendiri,


Terima kasih untuk segalanya. 


Terima kasih kerana masih bertahan dan masih berdaya untuk teruskan kehidupan walaupun diri kamu sudah terlalu penat. Dan terkadang itu ada juga bisikan dan hasutan jahat yang cuba untuk meruntuhkan iman kamu supaya tidak lagi meneruskan hidup kamu. Terima kasih kerana masih meletakkan Allah sebagai nombor satu dalam hidup kamu walaupun kamu sedar terkadang itu kamu pun lalai dan alpa untuk mengingati Allah.  


Terima kasih kerana masih tetap kuat setelah apa yang diperlakukan oleh mereka kepada kamu. Mereka yang dulu kamu anggap sebahagian daripada hidup kamu, rupanya hanya satu pengajaran yang terbesar buat diri kamu. Mereka yang dulu kamu anggap tidak akan putus silaturrahim, akhirnya menjadi orang asing dalam satu bab di dalam kehidupan kamu. Terima kasih kerana telah pulih dari segala apa yang mereka lakukan kepada kamu, dulu. 


Terima kasih kerana masih menyayangi diri sendiri dikala bagi mu, tiada orang yang betul-betul menyayangi diri kamu. Mereka, yang hadir dalam hidup kamu hanya sekadar satu persinggahan dan hanya untuk menabur kata serta harapan palsu sahaja. Mereka yang meninggalkan kamu ketika susah, menampakkan diri ketika kamu senang, membiarkan kamu tanggung kesakitan, kesedihan seorang diri. Terima kasih kerana sudah merasakan bahawa hanya diri kamu sahaja pun sudah mencukupi untuk menyayangi diri kamu sendiri. Tak perlu orang lain. 


Terima kasih sebab berani untuk berubah, berani untuk tidak lagi ditindas oleh sesiapa dan telah belajar dan ambil pengajaran yang terlalu banyak dengan apa yang telah berlaku dalam hidup kamu sebelum ini. Terima kasih kerana kuat mengharungi kesakitan seorang diri tanpa menyusahkan sesiapa walaupun terkadang itu kamu tersangat inginkan perhatian dari orang-orang yang kamu sayangi.


Terima kasih sebab menjadi seorang yang memahami orang lain walaupun orang lain sekali pun tidak pernah ambil tahu dan cuba untuk memahami kamu juga.  


Terus kuat, okay?


Dah, pergi beli kek hari lahir untuk diri kamu sendiri. Pergi beli hadiah untuk diri kamu sendiri. Pergi sambut hari lahir untuk diri kamu sendiri. Jangan tunggu lagi dari mereka. Jangan berharap lagi dari mereka. Hari ini hari kamu, kamu berhak untuk sambut sendiri dengan bahagia.


#levelup




Level 32 Unlocked

by on August 01, 2024
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Hani Musfirah Mohd Fauzi. Teruntuk kamu wahai diri sendiri, Terima kasih untuk segalanya.  Terima kasih kerana...

 Salam sendu di petang hari guys.



Ingat nak siapkan menaip cerita pasal gi Kuala Tahan baru-baru tapi kena stop kejap sebab posting terlalu panjang dan kematian ayat nak teruskan menaip. So hari ini nak cerita apa? Nak cerita story sedih sikit boleh? Tak ada lah sedih sangat tapi sedih lah juga.


So, harini I ada tetamu kat office, 2 orang makcik. Identiti makcik tu tak perlulah saya maklumkan kat sini. Long story short, mereka tanya tak sambung belajar ke, umur berapa, dah berkeluarga dah ke bla bla bla. When I told them my age, everyone macam terlopong haha. Sorang makcik terlopong sebab macam tak percaya, sorang lagi macam in denial like how come you're 32 and not married yet meh? Hah like that lah. Makcik tu memang macam disbelief gila bila I cakap I tak kahwin lagi di umur ini. Lepastu dia cakap;


"32 kena kahwin dah mek wei"


Nasib baik lah seorang Hani Musfirah ni pandai berlakon bab-bab sembunyikan kesedihan. So I senyum je sebab kita sebagai generasi yang jauhhh lebih muda dari makcik-makcik ni, kita kena faham mereka juga. Kadang orang tua ni, mereka tak ada niat pun nak memalukan kita, cuma mungkin itu cara percakapan mereka. Tak dinafikan ada juga dalam kalangan mereka yang lantang bercakap sampai tak jaga langsung air muka kita. Nak buat macam mana, mindset zaman kita dengan zaman mereka berbeza.


Dalam senyum gelak ketawa tu, deep inside, ada sedikit rasa sedih tu. Betul lah tu kata makcik tu, I'm 32 years old already and for some of baby boomers generation, 32 is too old for not getting married yet. Sebab generasi mereka kebanyakan kahwin umur belasan tahun atau pun awal 20's. Jujur, I tak terasa pun dengan makcik tu cuma yang I cakap sedih tu, ye lah, siapa je tak sedih. You tell me ah, siapa tak nak kahwin? Siapa tak nak ada peneman di hari tua nanti? Siapa tak nak ada anak? Bilang sama saya, siapa? Those child-free people pun kahwin tau, even mereka tak nak anak but still, mereka kahwin haha.  


Kenapa tak kahwin lagi? Kenapa tak nak kahwin?


Bukan tak nak kahwin. Ianya lebih kepada takut. Takut untuk kenal orang baru, takut untuk berumahtangga, takut untuk percayakan seorang lelaki, takut itu takut ini. Dan, dengan apa yang diri sendiri dah alami, dengan apa yang berlaku kat sekeliling, berlaku kat orang terdekat, berlaku kat keluarga terdekat, siapa je tak takut. Mungkin dari situlah punca kenapa saya tak buka hati untuk sesiapa. Tambah pula kita ni independent woman wak, dari kecik sampai besar semua benda buat sendiri, dan dari kecik sampai besar pun tak pernah ada orang nak kat kita wak, so kalau awak di tempat kita, apa awak rasa? Sah-sah la rasa macam malas nak ada attachment dengan seseorang tambah lagi dengan seseorang yang tak pasti. 


Tapi Allah knows better, right? 


Insha Allah, sampai masanya nanti terbuka lah hati ni kan? Sampai masanya nanti, ada lah jodohnya tu kan? Kan? Kan? 


Herm, I hope so.


Till then, Assalamualaikum good people 🕊️

32 and Unmarried

by on July 30, 2024
 Salam sendu di petang hari guys. Ingat nak siapkan menaip cerita pasal gi Kuala Tahan baru-baru tapi kena stop kejap sebab posting terlalu ...

Good day people! I'm back after 6 days menepi. Eh ke menyepi. Ah sama la kot. Cuma Menepi tu lagu favourite I dikala tengah broken for no reason. Oh hah! Mesti y'alls ingat I nak sidai blog ni lagi kan kan kan? Nope, I busy sikit ke sana ke mari last weekend, phone pun tak sempat pegang apatah lagi nak buka ipad/laptop untuk update blog. Masuk je office terus kena hadap document tender, hampir tersidai juga la sikit blog ni lol.


Dalam duk menepi 2-3 hari lepas, adalah juga seorang hamba Allah yang masih ingat kewujudan I dan pelik sebab I memang menyepi dari status/story. Last update on Friday lepastu senyap terus hahaha. First reason, kalau balik Kajang mengadap anak-anak buah 2 ketul tu memang phone entah ke mana. Kadang mereka yang pegang phone kita, kadang kita yang kena main dengan mereka sampai phone pun habis battery cenggitu je. Hakak pulak tak ada boyfriend dek, memang tak kisah la phone mati ke hidup ke nyawa-nyawa ikan ke.




Second, setakat ni I decided untuk tak update apa-apa lagi dah kat WhatsApp Status. Kenapa? Adalah alasan I yang tersendiri. Yang pasti, I tak nak disebabkan I update status kat WhatsApp, pisang berbuah dua kali seperti dulu-dulu yang I pernah kena. Cukuplah terjadinya sejarah dulu dan I tak nak sejarah tu berulang lagi dengan orang lain pula. Dah serik, dah takut, dah trauma. Kita ni update kadang tu sebab nak lepas geram, nak lepas stress, atau update sesaja tapi orang salah faham, orang ambil kesempatan. I takmau dah hadap benda-benda sebab salah faham ni, dah penat.


Seperti mana yang I cakap dalam previous post, sekarang ni I nak focus untuk kembalikan diri I yang dulu. Yang suka bercerita segalanya kat blog sahaja. Yang melepaskan perasaan kat blog sahaja. So, kalau tak ada kat WhatsApp Status, I ada kat IG Story. Kalau tak ada kat situ, kat blog ni confirm ada. Either I update new life update atau pun hanya throwback cerita-cerita lama yang tak sempat nak abadikan kat sini. Cuma tulah, kadang terharu bila kita menyepi tapi ada juga yang mencari dan sedar dengan kesenyapan kita. Kat situ kita dah nampak sejauh mana orang hargai kita atau sepenting mana kita dalam kehidupan seseorang tu.


For those who wonder keberadaan saya, saya ada je kat sini. Tak lari jauh lagi, tak mati lagi. Kalau rasa teringat, text je. Kalau rasa nak call, call je. Minta maaf sebab new me sekarang ni memang susah nak contact dengan orang lagi dah, susah nak tegur story orang macam dulu lagi dah kecuali anda betul-betul tergolong dalam small circle saya. Kalau yang tak tergolong, 50x hang update status pun belum tentu I nak tegur.


Till then, Assalamualaikum.



Menepi

by on July 10, 2024
Good day people! I'm back after 6 days menepi. Eh ke menyepi. Ah sama la kot. Cuma Menepi tu lagu favourite I dikala tengah broken for n...

Soalan.


Kenapa, bila kita cut off orang-orang toxic dari hidup kita, orang-orang yang pernah buat kita mengalirkan air mata, orang-orang yang pernah buat kita kecewa, kita pula dilabel sombong? Kita pula dilabel nak bergaduh dengan orang?


Tak adil betul dunia ni. Masa mereka sakitkan kita dengan perbuatan mereka, sakitkan kita dengan kata-kata mereka, tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang aware. Tapi bila kita cut mereka dari hidup kita, tiba-tiba yang salahnya kita. Yang jahatnya kita. Yang sombongnya kita. Yang nak putuskan silaturrahim pun kita. Semua yang jahat, kita. Semua yang buruk, kita.



 

I tak ada niat nak gaduh dengan orang, tak ada niat nak sombong dengan orang, tak ada niat nak menjauhkan diri dari orang dan tak pernah ada niat pun nak putuskan silaturrahim dengan sesiapa pun. Tambahan lagi dengan orang yang I selalu berhubung, share banyak benda, tolong itu ini bertahun-tahun. But sometimes for me, that is the best thing I can do for my mental health. Cukuplah beberapa tahun yang lepas I kena macam-macam. Orang cakap belakang, orang kutuk, orang fitnah, orang jaja nama I sedangkan I tak pernah petik nama orang pun, tak pernah mengadu apa-apa pun. Cukuplah I menangis dengan teruk sebab nak hadap semua tu dulu. Tiada siapa pernah kisah masa I menangis seorang diri hadap semua tu. Bila I cut off mereka dari hidup saya, tiba-tiba nak kisah itu ini?


Nampak macam simple, orang cakap-cakap belakang je. Orang kutuk-kutuk je. Orang jaja-jaja cerita je. Tapi kesan dia, Allah sahaja yang tahu. Sampai sekarang, I ada trust issue untuk percaya orang dan I jadi paranoid most of the time. Gara-gara mereka. Tapi pernah you aware benda  tu? Tak pernah pun kan. So, jangan memandai nak judge apa pun yang I lakukan sekarang ni sebab you're not in my shoes before. 


So, please don't blame it on me if I finally removed them from my life. If you still in my circle, boleh tengok update I, boleh tahu itu ini, maksudnya I yet to remove you and for me, even ada benda yang you buat tu menyakitkan hati I atau buatkan I kecewa, itu tak sampai ke tahap you tu kategori toxic people lagi. Once removed, I takkan ambil tahu apa-apa lagi dah.


Till then, adios.



Keep Apart

by on July 03, 2024
Soalan. Kenapa, bila kita cut off orang-orang toxic dari hidup kita, orang-orang yang pernah buat kita mengalirkan air mata, orang-orang yan...