Menepi

Good day people! I'm back after 6 days menepi. Eh ke menyepi. Ah sama la kot. Cuma Menepi tu lagu favourite I dikala tengah broken for no reason. Oh hah! Mesti y'alls ingat I nak sidai blog ni lagi kan kan kan? Nope, I busy sikit ke sana ke mari last weekend, phone pun tak sempat pegang apatah lagi nak buka ipad/laptop untuk update blog. Masuk je office terus kena hadap document tender, hampir tersidai juga la sikit blog ni lol.


Dalam duk menepi 2-3 hari lepas, adalah juga seorang hamba Allah yang masih ingat kewujudan I dan pelik sebab I memang menyepi dari status/story. Last update on Friday lepastu senyap terus hahaha. First reason, kalau balik Kajang mengadap anak-anak buah 2 ketul tu memang phone entah ke mana. Kadang mereka yang pegang phone kita, kadang kita yang kena main dengan mereka sampai phone pun habis battery cenggitu je. Hakak pulak tak ada boyfriend dek, memang tak kisah la phone mati ke hidup ke nyawa-nyawa ikan ke.




Second, setakat ni I decided untuk tak update apa-apa lagi dah kat WhatsApp Status. Kenapa? Adalah alasan I yang tersendiri. Yang pasti, I tak nak disebabkan I update status kat WhatsApp, pisang berbuah dua kali seperti dulu-dulu yang I pernah kena. Cukuplah terjadinya sejarah dulu dan I tak nak sejarah tu berulang lagi dengan orang lain pula. Dah serik, dah takut, dah trauma. Kita ni update kadang tu sebab nak lepas geram, nak lepas stress, atau update sesaja tapi orang salah faham, orang ambil kesempatan. I takmau dah hadap benda-benda sebab salah faham ni, dah penat.


Seperti mana yang I cakap dalam previous post, sekarang ni I nak focus untuk kembalikan diri I yang dulu. Yang suka bercerita segalanya kat blog sahaja. Yang melepaskan perasaan kat blog sahaja. So, kalau tak ada kat WhatsApp Status, I ada kat IG Story. Kalau tak ada kat situ, kat blog ni confirm ada. Either I update new life update atau pun hanya throwback cerita-cerita lama yang tak sempat nak abadikan kat sini. Cuma tulah, kadang terharu bila kita menyepi tapi ada juga yang mencari dan sedar dengan kesenyapan kita. Kat situ kita dah nampak sejauh mana orang hargai kita atau sepenting mana kita dalam kehidupan seseorang tu.


For those who wonder keberadaan saya, saya ada je kat sini. Tak lari jauh lagi, tak mati lagi. Kalau rasa teringat, text je. Kalau rasa nak call, call je. Minta maaf sebab new me sekarang ni memang susah nak contact dengan orang lagi dah, susah nak tegur story orang macam dulu lagi dah kecuali anda betul-betul tergolong dalam small circle saya. Kalau yang tak tergolong, 50x hang update status pun belum tentu I nak tegur.


Till then, Assalamualaikum.



2 comments:

  1. secara jujurnya blog is the best escapism sebenarnya, you write what you want to write, you share what you want to share tapi sebaiknya menulis yang baik-baiik untuk dijadikan contoh pada pembaca walau sebenarnya kita tak ada pembaca haha...keep writing girl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul. Dari dulu-dulu lagi memang suka menulis kat blog sebab tu je salah satu terapi untuk diri kita. Kalau luah kat orang, bukan orang faham pun. Silap-silap kena judge nanti hehe.

      Delete