Welcome, Octrouble
Dan pada akhirnya, kita akan memilih untuk diam dan menyendiri, pergi jauh daripada manusia tanpa bercerita apa jua masalah kita, tanpa mencipta apa juga kenangan kita lagi dengan mereka. Cukup hanya ada Allah dan kucing. Mungkin, blog ni juga tempat saya meluah segalanya nanti.
Mendiamkan diri dan menjauhkan diri bukan kerana kita tidak cuba memahami keadaan mereka, tapi kerana takut. Takut dengan diri kita sendiri menjadi punca segala-galanya dah sebelum semuanya makin teruk. Takut dengan keadaan diri yang banyak melukakan hati orang sekeliling. Takut dengan keadaan diri yang membuatkan ramai orang tak selesa.
Buat mereka, terima kasih kepada yang pernah hadir baik untuk suka mahupun duka. Terima kasih kepada yang pernah hadir memberikan senyum tawa dan juga kepada yang hadir memberikan luka. Terima kasih kepada yang telah memberikan trauma yang mendalam sehingga diri I sendiri pun tak tersangka akan jadi macam ni.
Siapa je yang tak kecewa bila melihat keadaan diri sendiri yang sekarang ni. Diri I yang dulunya hanya kenal erti gelak ketawa, tak pernah kenal erti putus semangat, tak pernah kenal erti menangis dan bersedih secara berterusan. Tapi sekarang? Hanya mampu bermurung, bersedih. Happy? Masih, tapi itu semua lakonan didepan mereka yang tak pernah tahu struggle I.
Betul, tak ada sesiapa yang mampu mengubah diri kita kecuali kita sendiri, sebab tu I memilih untuk menjauhkan diri dari semuanya.
Mungkin, kehidupan baru I nanti hanya akan diceritakan kepada Allah, diluahkan di dalam ni dan bukan lagi kepada manusia. Lagi sekali, bukan sebab mereka tapi sebab diri I sendiri.
Diri I yang terlalu takut dengan pelbagai kemungkinan, diri I yang terlalu hidup dalam andaian, diri I yang terlalu berharap orang untuk memahami saya tapi pada akhirnya mereka lebih suka untuk menilai dan meletakkan kesalahan terhadap diri I.
Masih hidup tapi menunggu mati, begitulah perumpamaan untuk kehidupan diri I sekarang.
No comments:
Post a Comment