2025.
Salam Alaykum.
Tahu-tahu it's 2025 guys! Padahal rasanya baru semalam ber"azam" nak keep on posting kat blog for the whole 2024 tapi lah, ke laut juga. Guess that me and pantai/laut berpisah tiada haha.
Alhamdulillah, so far a good start for me walaupun barai juga first day of new year dah MC but issokay, better MC than crying for someone yang dah buang kita, kan? I taktahu nak cerita apa dah, seumpama macam dah mati ayat nak menaip tapi ada satu benda yang I nak share. Haritu I ada pergi Terengganu with my new friend yang I kenal masa interview kat my current company. Pernah berangan nak dapat kerja sekali tapi tak ada rezeki kawan I tu. We both interviewed for different roles btw.
Kebetulan, nak dijadikan cerita we both decided untuk ke Terengganu dan kebetulan member baru break dan mood baru-baru broken lagi. Tahu tak benda apa yang I paling lega gila? I paling lega sebab finally I can shre face to face with someone pasal apa yang dah buat I broken hearted sangat-sangat for the whole 2024. Kenapa I sampai tak boleh tido malam, kenapa I sampai menangis siang malam, kenapa I sampai tak boleh nak focus buat kerja. I luah sebab benda kat my friend tu, face to face. Sambil nangis pun nangislah, janji lepas.
Apa yang I dapat?
Lega.
I dapat satu perasaan yang sangat lega. Like, lega gila bila boleh cerita kat someone. I mean, cerita yang bukanya kita bercerita dalam masa 1-2 jam gitu je, tapi 2 days with her, I can told her my whole stories and she also can told me her whole stories. Bukannya cerita dalam WhatsApp, bukannya cerita kat kedai makan lepas tu rush-rush nak balik. Tak. I finally boleh sit somewhere, told everything tanpa kena judge. Dan mungkin sebab situasi my friend tu lebih kurang dengan I so that's why my friend tu boleh mendengar dan memahami dengan cepat cerita I hahaha.
Tapi for 2025 ni I dah promised kat myself tak nak beria dalam berkongsi apa jua cerita lagi dah kat sesiapa. Tak kisah lah serapat mana pun seseorang tu dalam hidup I. Apa yang I akan kongsi mungkin cerita yang biasa-biasa je. Mana yang buat I menangis, buat I kecewa, buat I terasa tu I takmau cerita lagi dah. Biarlah I pendam sorang sampai mati. Biarlah orang nampak kehidupan I yang bahagia sahaja dan biarlah I sorang je yang hadap part sedih semua tu. Tak perlu lagilah berkongsi dengan orang luar.
So, 2025 korang? Ada azam itu ini lagi ke? Hahaha. I follow the flow je, pasang azam beria pun kadang tu tak jalan juga hahahah. Hidup ni jangan duk beria je, takut nanti kecewa.
Oppsieeee.
.mp4_000165707.png)
No comments:
Post a Comment