Allah knows best 💔

Ingatkan post baru November nanti, rupanya baru semalam update, malam ni dah update lagi sebab sedih sangat.

Betul lah tu, kita ni baik sangat. Bukan setakat baik, bodoh juga. I ingat bila I buat baik dengan orang, people will do the same to me. Tapi rupanya manusia ni cuma ada niat buruk dan nak mempergunakan kita je. 

Akhirnya, manusia semua sama. 

Tak ada seorang pun yang betul-betul baik dan betul-betul ikhlas untuk berkawan dengan kita. Mereka hanya nak ambil kesempatan di atas kebaikan kita dan disrespect kita, buat kita macam seorang manusia yang tak mempunyai maruah langsung. 

Ingat Tuan, wanita kat atas dunia ni bukan saya sahaja. Wanita kat atas dunia ni bukan mereka yang kau nak perendahkan maruah mereka sahaja. Ibu kamu, adik beradik perempuan kamu, saudara perempuan kamu, anak-anak buah perempuan kamu, kalau suatu hari nanti mereka diperlakukan oleh lelaki seperti kamu, tak rasa kesian ke kat mereka?

Sedih, sumpah sedih dan sakit Ya Allah. Bukan sebab kehilangan orangnya tapi sebab diperlakukan sebegini rupa sedangkan kita betul-betul ikhlas untuk berkawan walaupun hanya sekadar sebagai "strangers".

Walaupun I hampir nak persoal kenapa Allah hantar orang macam dekat dengan I tapi I lupa yang I pun memang ada minta dengan Allah, supaya Allah jauhkan mereka yang berniat untuk melukakan hati I. Alhamdulillah, Allah jawab dengan cepatnya. Betapa Allah taknak saya berharap pada manusia lagi. Betapa Allah taknak saya terluka sebab manusia lagi. Terima kasih Allah.

Tapi kan, dear Allah, Allah tahukan kenapa saya sedih sangat kan? Saya tak sedih langsung sebab orangnya, saya cuma sedih kenapa orang buat macam ni kat saya, kenapa semua orang jahat dengan saya? Saya memang tak layak untuk bahagia ke walaupun dengan kawan-kawan? Walaupun dengan orang asing? Dah la orang terdekat terlalu ramai yang dah menyakiti saya, datang pula orang asing yang nak pergunakan saya. 

I tak nak doakan yang buruk-buruk tapi I just hope Kifarah eats everybody who took advantage of my kindness, who disturb my peach, and who mistreat me when I had only pure intentions.

Terima kasih Allah sebab masih sayangkan saya dan selamatkan saya untuk tidak terjebak dalam perkara sebegini. Walaupun saya baru kenal beberapa hari dan saya ikhlas untuk berkawan dengan dia bilamana dia sebenarnya ada niat tak elok dengan saya, regardless of who he is, Kau bimbinglah dia, berikanlah hidayah kat dia daripada terus buat perkata tak elok dan Kau hindarilah wanita-wanita lain daripada terus dipergunakan sebegitu rupa ataupun daripada terjebak dengan perkara sebegitu.

Dan, Kau peliharakanlah aku juga agar tidak terjebak juga dalam perkara begini. Sesungguhnya dosa-dosa yang lepas pun tak tertanggunglah aku nak tanggung Ya Allah, inikan lagi nak terjebak dengan benda-benda entah apa-apa ni. 

2 comments:

  1. Hai awak. semoga segala urusan awak dipermudahkan ye. Walaupun sekarang hati tengah sedih sebab jumpa org yg tak okay, saya doakan satu hari nanti awak akan jumpa kawan2 yg betul2 ikhlas berkawan dengan awak. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn. Tapi tulah, sekarang lebih selesa sendiri dah huhu.

      Delete