Level 32 Unlocked

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Hani Musfirah Mohd Fauzi.


Teruntuk kamu wahai diri sendiri,


Terima kasih untuk segalanya. 


Terima kasih kerana masih bertahan dan masih berdaya untuk teruskan kehidupan walaupun diri kamu sudah terlalu penat. Dan terkadang itu ada juga bisikan dan hasutan jahat yang cuba untuk meruntuhkan iman kamu supaya tidak lagi meneruskan hidup kamu. Terima kasih kerana masih meletakkan Allah sebagai nombor satu dalam hidup kamu walaupun kamu sedar terkadang itu kamu pun lalai dan alpa untuk mengingati Allah.  


Terima kasih kerana masih tetap kuat setelah apa yang diperlakukan oleh mereka kepada kamu. Mereka yang dulu kamu anggap sebahagian daripada hidup kamu, rupanya hanya satu pengajaran yang terbesar buat diri kamu. Mereka yang dulu kamu anggap tidak akan putus silaturrahim, akhirnya menjadi orang asing dalam satu bab di dalam kehidupan kamu. Terima kasih kerana telah pulih dari segala apa yang mereka lakukan kepada kamu, dulu. 


Terima kasih kerana masih menyayangi diri sendiri dikala bagi mu, tiada orang yang betul-betul menyayangi diri kamu. Mereka, yang hadir dalam hidup kamu hanya sekadar satu persinggahan dan hanya untuk menabur kata serta harapan palsu sahaja. Mereka yang meninggalkan kamu ketika susah, menampakkan diri ketika kamu senang, membiarkan kamu tanggung kesakitan, kesedihan seorang diri. Terima kasih kerana sudah merasakan bahawa hanya diri kamu sahaja pun sudah mencukupi untuk menyayangi diri kamu sendiri. Tak perlu orang lain. 


Terima kasih sebab berani untuk berubah, berani untuk tidak lagi ditindas oleh sesiapa dan telah belajar dan ambil pengajaran yang terlalu banyak dengan apa yang telah berlaku dalam hidup kamu sebelum ini. Terima kasih kerana kuat mengharungi kesakitan seorang diri tanpa menyusahkan sesiapa walaupun terkadang itu kamu tersangat inginkan perhatian dari orang-orang yang kamu sayangi.


Terima kasih sebab menjadi seorang yang memahami orang lain walaupun orang lain sekali pun tidak pernah ambil tahu dan cuba untuk memahami kamu juga.  


Terus kuat, okay?


Dah, pergi beli kek hari lahir untuk diri kamu sendiri. Pergi beli hadiah untuk diri kamu sendiri. Pergi sambut hari lahir untuk diri kamu sendiri. Jangan tunggu lagi dari mereka. Jangan berharap lagi dari mereka. Hari ini hari kamu, kamu berhak untuk sambut sendiri dengan bahagia.


#levelup




2 comments:

  1. Happy belated birthday sis. Moga Allah sentiasa melindungi dan mencintaimu dengan membawa kamu ke jalan yang baik.

    ReplyDelete