Keep Apart

Soalan.


Kenapa, bila kita cut off orang-orang toxic dari hidup kita, orang-orang yang pernah buat kita mengalirkan air mata, orang-orang yang pernah buat kita kecewa, kita pula dilabel sombong? Kita pula dilabel nak bergaduh dengan orang?


Tak adil betul dunia ni. Masa mereka sakitkan kita dengan perbuatan mereka, sakitkan kita dengan kata-kata mereka, tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang aware. Tapi bila kita cut mereka dari hidup kita, tiba-tiba yang salahnya kita. Yang jahatnya kita. Yang sombongnya kita. Yang nak putuskan silaturrahim pun kita. Semua yang jahat, kita. Semua yang buruk, kita.



 

I tak ada niat nak gaduh dengan orang, tak ada niat nak sombong dengan orang, tak ada niat nak menjauhkan diri dari orang dan tak pernah ada niat pun nak putuskan silaturrahim dengan sesiapa pun. Tambahan lagi dengan orang yang I selalu berhubung, share banyak benda, tolong itu ini bertahun-tahun. But sometimes for me, that is the best thing I can do for my mental health. Cukuplah beberapa tahun yang lepas I kena macam-macam. Orang cakap belakang, orang kutuk, orang fitnah, orang jaja nama I sedangkan I tak pernah petik nama orang pun, tak pernah mengadu apa-apa pun. Cukuplah I menangis dengan teruk sebab nak hadap semua tu dulu. Tiada siapa pernah kisah masa I menangis seorang diri hadap semua tu. Bila I cut off mereka dari hidup saya, tiba-tiba nak kisah itu ini?


Nampak macam simple, orang cakap-cakap belakang je. Orang kutuk-kutuk je. Orang jaja-jaja cerita je. Tapi kesan dia, Allah sahaja yang tahu. Sampai sekarang, I ada trust issue untuk percaya orang dan I jadi paranoid most of the time. Gara-gara mereka. Tapi pernah you aware benda  tu? Tak pernah pun kan. So, jangan memandai nak judge apa pun yang I lakukan sekarang ni sebab you're not in my shoes before. 


So, please don't blame it on me if I finally removed them from my life. If you still in my circle, boleh tengok update I, boleh tahu itu ini, maksudnya I yet to remove you and for me, even ada benda yang you buat tu menyakitkan hati I atau buatkan I kecewa, itu tak sampai ke tahap you tu kategori toxic people lagi. Once removed, I takkan ambil tahu apa-apa lagi dah.


Till then, adios.



No comments:

Post a Comment