Cling to Life

Semalam rasa sakit belakang tu Allah je yang tahu, sampai menangis sebab tak boleh nak lelapkan mata. Biasanya bila dah telan sebiji Pregabalin tu, auto ke alam mimpi. Kebelakangan ni memang makin menjadi sakit belakang. Entah kenapa. Nak kata terlalu kerja keras, kerja baru sekarang ni slow and steady je. Tak perlu ke sana ke mari. Tender pun semua dah submit. Memang tak ada buat apa pun kat office. Siapkan claim slow and steady gitu je. Tapi Allahu, sakit semalam, takleh bincang. Memang menangis teruk sebab tahan sakit. Lastnya, telan lagi sebijik Pregabalin, lepas tu sebijik painkiller. Terus ke alam mimpi tanpa sedar. Even Subuh tadi pun pukul 7:30, ampunin Hani Ya Allah. Terbabas.


Bila ingat balik, rasa menyesal pun ada sebab tak rawat awal-awal rasa sakit belakang ni. Terlalu percaya dengan kata-kata orang yang dulunya ni hanyalah sakit-sakit urat biasa. Lepastu teringat pulak yang kita ni kerja macam nak gila dulu, pergi sana pergi sana, drive sana drive sini, memang tak sayang badan betul. Sekali merasalah kesannya sekarang. Dulu-dulu pun memang dah selalu je menangis bila sakit belakang tapi bila kita dah tahu punca sakit belakang ni, nangis tu lain sikit lah. Dia jadi makin sedih huhu.


Ramai duk pesan suruh rehat, suruh kurangkan kerja berat. I macam, howwwww? Kita ni bila terlalu berdikari dah, memang semua benda kita akan buat sendiri. Dah tahap segan nak minta tolong orang, terutamanya parents yang dah makin berumur tu. Korang nak I rehat sepenuh takyah buat apa-apa ke? Boleh, pi cari calon suami kaya dulu sat. Dah kahwin nanti, I goyang kaki kat rumah je. Comitmement I semua laki bayarkan, apa yang I nak semua laki buatkan, boleh gitu?


Tapi takleh rasanya sebab Hani ni memang sejenis semua benda buat sendiri. Buat masa sekarang ni, I nak settlekan benda-benda  yang I dah plan 2-3 bulan lepas lagi. Dah settle ni semua, I duduk rumah takgi memana dah, tak drive jauh-jauh dah. Walaupun hati I ni meronta-ronta nak buat aktiviti-aktiviti outdoor semua tu. Sekarang ni pun, I bertahan je dengan rasa sakit ni dan terkadang tu rasa macam baik Allah ambil je nyawa aku ni daripada rasa sakit macam ni. 


"To live is to suffer, to survive is to find some meaning in the suffering"


Indeed, semoga seorang Hani kuat dan tetap bertahan walaupun perasaan tak guna lagi untuk hidup tu tiba-tiba datang balik bila sakit teruk macam semalam.



K bai nak sambung nangis jap.

3 comments:

  1. We do have our own test. Semoga kita tabah dan sabar selalu 🥲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, aminnn 🤲 Semoga kita semua terus tabah dan sabar dalam apa jua ujian 😊

      Delete
  2. Moga awak terus diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah, semua yang berlaku hadirnya bersama kebaikan yang Allah nak beri. Moga awak mendapat ketenangan :)

    https://koxtau.blogspot.com/2024/07/lets-focus-on-bright-side.html?sc=1719987350945#c6417155660827934189

    ReplyDelete