Thursday 12 November 2020

Second Home 🏢

Salam Alaykum 🏢

I believe that having a nice office environment/office space will give a great impact towards employee well-being. Gituh, rasa macam nak buat article nak submit kat lecturer pula hehe. Tapi ada benarnya tuan-tuan dan puan-puan ye, kalau office environment you cantik, kemas, teratur, siapa je tak suka kan? Kalau tak percaya, cuba tengok office environment untuk syarikat-syarikat well establish macam Google, Facebook, Twitter, dia orang punya office fuhhh meriah semacam. If bos suruh stay back siapkan kerja pun takpe, sanggup tidur kat office. Sokmo pun takpo ore kelate kato. 

Lepas tu last year atau last two years (I can't really remember), I ada pergi HQ Tesco kat Kepong and guess what, walaupun office dia orang tu kat parking rooftop atas sana tapi bila masuk dalam tu, wauuwwz, selesa okayyy. Siap ada satu section untuk Starbuck punya kiosk. Bagi I personally, I memang suka these kind of spaces dalam office. Alahhh spaces macam tempat untuk main games, space borak santai layan coffee sambil buat kerja, hadap laptop atas sofa sambil chill-chill dengan lagu. I would love and happy to come to office EVERYDAY if in my office have these kind of spaces. 

As for my office (acey acah macam office bapakk I), I tak kata office I ni buruk tapi to be honest, my office kinda huru-hara dan bersepah. Like, even if you dah kemas susun cantik-cantik, still nampak bersepah. Hahahah. Nak decorate your own work space pun lagilahhhhh tak ada mood sebab akan nampak tak cantik juga nanti. As far as I know, office tu memang cenggitu rupanya dari awal branch dibuka which is on 2007 if I'm not mistaken. So now dah 2020, you bayangkan sendiri je la betapa lamanya keadaan semua benda dalam office tu lol.

Our office look before renovation

Bos's room

Meeting room alias bilik solat.

Hotspot untuk pakcik-pakcik bawang SIGMA

My work space

View in front of my work space

Bahagian belakang office; so called 'pantry' and technician's space. Ah also space for spareparts and the kotak-kotak. Also got hanger and neck tie there hahaha

Alhamdulillah sekarang ni dah sedap sikit la mata memandang selepas buat renovation office. Our office renovation ini takde lah sepenuhnya renovate pun, sekadar cat dan ubah itu ini sikit-sikit je tapi okay lah sebab yang paling penting I can decorate my own work space just like what I want. Gituhhh. Walaupun office look sekarang ni tak adalah sampai ke tahap ada space untuk main game, space lepak minum coffee, tidak mengapalah. Janji keadaan kemas dan teratur pun dah terlebih okayyy sangat-sangat dah. Bila office kemas, you nak buat kerja pun rasa tenang je. Nak layan coffee sambil hadap laptop pun syok je walaupun tetap kena hadap stress kerja juga. Environment tu penting. Hahahaha  

One day I suddenly request CCTV snapshot from bos just because of this, yes this, to update in my blogpost lol thanks bos!

New view for bos's room. Trust me, we spent a lot of time arranged and rearranged meja dan sofa dalam bilik bos ni. Kejap meja kat situ, cabinet kat situ. Kejap tukar balik meja kat sini, cabinet kat sini. Bilik ni boleh jadi cantik je sebenarnya. Kalau tengok rupa bilik sebelum renovate tu Allahu macam-macam benda ada hahahaha.

Meeting room alias file room.

View bahagian depan ni sebenarnya lebih kurang sama je dengan previous look. Bezanya kedudukan meja dan lantai je. Yang paling obvious lainnya tu sebab apa tau? Tu bahagian dinding tu. Dah takde dah yang tampal-tampal semua tu. Baruuulah nampak kemas.


Sofa untuk pakcik-pakcik bawang SIGMA dikekalkan kedudukannya kahkah

Finally, a proper bilik solat yeayyy! Kalau dulu siap je solat, cepat2 pakai bedak, pakai tudung sebab tombol meeting room dulu tak boleh lock, takut ada yang tiba-tiba terjah masuk. Tapi bila ada mini surau ni, gituuuww lepas solat baring-baring dulu guys hahahaha k joke.

And cermin is a must in bilik solat okay. MUST HAVE.

View bahagian belakang takde lah sepenuhnya kemas tapi much better than previous one I guess.

This section tak siap lagi. Covid biasalah, everything's pending and sangkut.

A proper meja makan walaupun kecik sikit compare tu previous one. Sebenarnya ini meja dalam bilik meeting dulu and I don't know how group of 9 people (tak include yang kat Terengganu lagi 4 orang) can fit in masa meeting dengan table ni dulu hahahah

Another hotspot for pakcik-pakcik bawang SIGMA.

Technician's work space

Sekarang ni meh I perkenal to hampa semua my work station / work space pula. Biasa-biasa jurr tak adalah lawa pun. Hat terpaling penting sekali adalah I boleh decorate dan letak apa je yang I suka. Sebenarnya I plan nak buat concept minimalist, where at first I ingat nak shopping stationeries NUSIGN tapi disebabkan cost yang agak cekik darah, so I cancel plan tu. So as for now, concept kat work space I ni dipanggil as concept 'Bedal-Je-Lah-Dulu-Nanti-Ada-Bajet-Lebih-Kita-Tukar-Jadi-Concept-Minimalist'. Tapi tu ah, walaupun concept work space I ni sejenis bedal-bedal je, sakit otak juga sis duk perah idea nak susun macam mana, nak letak apa kat meja tu. I siap google okay, tengok dalam blog-blog how to decorate work space. Ingat nak cilok idea depa je tapi tak original lah kan. Ni pun kira okay lah, sendiri punya idea, sendiri punya pikir so kinda puas hati lah rather than tiru orang lain punya concept.  
 

Baru semangat sikit nak buat kerja ditemani Bang Tanjirou. Demon Slayer fans, anyone?

Nanti satgi penuh lah tu gambar macam-macam kat situ ehekk

Soon bakal bertambah lagi ahli keluarga tu hehehe. Guys ada suggestion tak kat mana I boleh beli simple one-layer rack untuk susun anak-anak I ni?

I don't like pink but exemption for this one sebab this owl too cute!

Kalau sebelum ini I letak dalam storage box (you can see from above picture) tapi this time I letak dalam drawer. Senang sikit bila nak makan, tarik je drawer kahkah.

K tu je lah kot. I sebenarnya dah ketandusan ayat nak taip. Padahal kan, post ni dah seminggu lebih dalam Draft tu, puuuun sama sampai ke harini tak ada idea nak menaip. Writer's block ni serious no joke guys. Satgi ada juga yang delete lepas tu taip balik. Hahaha. Tapi setakat ni takkan delete kot sebab banyak benda lagi nak cerita kat blog ni, tak tertaip-taip lagi. Even trip ke Bandung tahun 2018 yang lepas pun tak tertulis lagi ni hahahahah. Takpe kan, slow-slow publish satu per satu walaupun dah basi lama gila. 

P/S: Yang mana nak I blogwalking kat blog masing-masing, boleh komen link blog korang kat blogpost ni instead of tinggalkan jejak kat chatbox sebelah tu. Sebab for now I blogging guna laptop company, depa block website chat-chat ni. Hahaha. 

Till then, good nite :) 
November 12, 2020 / by / 2 Comments

2 comments:

  1. best boleh decorate work space ni! baru rasa tenang nak buat kerja hehe

    erin | littlesipsoftea.com

    ReplyDelete
  2. thanks for providing us such a good information.

    ReplyDelete