Friday 10 November 2017

FC Short Vacation 2.0 | Bukit Merah Laketown Waterpark

Salam Alaykum  ❤️


Nothing much, just a throwback story sebab memang sejenis yang suka perap cerita dalam draft sampai basi dulu baru nak publish. Mian. A lil bit of busy lately since I'm planning  on something right now. Sebagai langkah untuk menangani masalah tanam anggur yang tak berbuah-buah ni, I decided to sell something thru online. Item dah ada cuma masih dalam proses percubaan pembikinan sebab hand-made. Gila kan? Mula-mula berniaga terus produce barang sendiri. Jadi la dropship dulu ke kan? Entah lah, I think it is much better if I sell something that I make by myself. Janji ada minat & bakat. Okay penipu, bakat tu mungkin ada dalam 40% je kot.

I'll try to push myself harder this time since I have 0 experience (interest too) in business. Cuba dulu kecil-kecilan mana tahu nanti boleh jatuh hati ha gituh. Tapi nanti-nanti lah cerita tang tu. Doakan biar menjadi ye! So back to my throwback story at Bukit Merah. Kami berempat (Umi, Abah, Me myself & Aime) bergerak dari Kelate hari Khamis lepas Zohor walaupun check-in homestay sepatutnya hari Jumaat. Tapi dah memang Abah ni sejenis yang tak suka kalut-kalut if Jumaat baru nak gerak. So we decided to sleep over at Kuala Kangsar memandangkan jarak pun tak jauh mana lagi dah.

[Pesanan penaja: Boleh scroll lelaju sebab post boleh tahan panjang]



Bertolak dari Kuala Kangsar dalam pukul 10 pagi then safely arrived Bukit Merah by 1:30 pm. Nasib baik owner homestay kasi check-in awal. Kalau dapat yang skema mahunya pukul 2 sharp baru boleh check-in. Keke. We stayed at Tropicana Apartment which is located about 15-20 minutes from Bukit Merah Laketown Resort/Waterpark. Keadaan homestay quite okay (provided with 3 bedrooms & 2 toilets, peralatan memasak, peti ais, mesin basuh, penyapu, pinggan mangkuk eh semua lah). Tapi bila malam jangan terkejut kalau anda tetiba rasa macam ada kat Highland Tower (eleh macam pernah pergi sana) sebab environment situ memang spooky gila. Kat level 5 tu boleh bilang dengan jari berapa rumah je yang ada penghuni. Itu pun kalau iye penghuni cuba kalau benda lain.

Tetiba nak mood Detik 12 Malam dah kenapa?

http://dinhomestay.blogspot.my/

Esoknya, pagi Sabtu tu memang kami siap awal-awal sebab target pukul 10:00 am dah gerak dari rumah. Tak lain tak bukan adalah sebab nak book Cabana. Sebelum ini kat Gambang, Cabana memang fully booked sebab kita orang pergi pun dah lewat tengahari. Kali ini kat waterpark ini kalau boleh nak jadi orang first masuk waterpark macam program Night Goblin tu ha. Haha. Parking fee RM2 sahaja kot, tak kira hours. Kot la, yang ni tak sure. Kami masuk dari pukul 10:00 am - 02:30 pm, bayaran just duo ghiya jah. Tempat parking pun mudah dan dekat dengan main entrance. You can even drop passengers first if you want.



Sementara tunggu Abah & Abe park kereta, kami team gegirls ada tanya-tanya juga dekat kaunter customer services. Abang CS tu memang friendly baq hang. Tanya apa yang korang nak tahu, nanti dia provide segala macam info. Ha, sepatutnya hari tu kami bukan setakat main-main air je, plan nak ke Pulau Orang Utan, buat few lagi aktiviti kat tasik tapi tak dapat sebab tasik dalam paras air surut. Makanya ambil pakej mandi-manda je la hari tu.

For the ticket price, it is affordable and not too expensive compared to other water parks. Mungkin sebab dalam ni tak banyak attraction sangat maka dikira berbaloi dan murah lah. Sisturhh tak ingat lah exact harga tapi rasanya dalam RM30+ la. Bagi pesara pula dapat 50% discount. Ha gituh, Umi & Abah iolls dedua senyum sampai ke telinga dapat separuh harga. Untuk sewa cabana pula, korang boleh book di kaunter yang sama dengan kaunter sewa pelampung. Dua benda ni tak sempat nak interview Abe & Kak Ina how much sebab dia orang yang settlekan. Iolls duk jaga Mek Hasya. Boleh rujuk sini untuk gambar peta bagi Bukit Merah Laketown Waterpark.



📍 Attraction No 2-4: Kids Slides, Perak Mining & Kids Adventure River (refer map given in previous link)

Lepas urusan cabana & pelampung, apa lagi, it's time to be kid again. Disebabkan cabana kami depan kawasan Kids Adventure, maka disitulah kami jadikan target untuk berendam jadi badak air dulu. Lol. Mula tu tak tahu pun situ area kanak-kanak bila Aime & Aghah nak gi naik Kids Slides tu baru tahu sebab life-guard cakap untuk budak 12 tahun ke bawah je. No wonder life guard tu tengok kami sekeluarga semacam ja. Haha. Sorry bos!




📍 Attraction 5-11: Sandy Beachfront Wave Pool, Giant Web Bubble, Activity Pool, Tube Slides, Body Slides, Lazy River & Boomerang

Bila dah dapat kesedaran diri baru kita orang move dari tempat kanak-kanak ke tempat lain which is Sandy Beachfront Wave Pool, Giant Web Bubble, Activity Pool, Tube Slides, Body Slides & Boomerang. Lazy River tu kita orang masuk je tapi tak ngambil gambor pula. Kalau korang tengok video bawah, ada part tube slides tu, kat situlah Lazy River. Cakap pasal tube slides pula, I beranikan diri naik dengan Kak Ina walaupun seram yang kat Gambang tu ada lagi. Tapi kali ini lain pula cerita dia naik tube slides kat sini sebab terhantuk kepala. Lepas tu, okay sis surrender, sakit oit. Dari tube slides kita orang berenang-renang thru Lazy River untuk ke Bommerang pula.





Kat sini dia ada rules juga, tak boleh main bedal mandi je. Dan lifeguard depa pun boleh tahan handsome strict. Kalau dia kata no, big no la jawab dia. Takyah nak pujuk rayu. Haha. Sebagai contoh rules kat Giant Web Bubble, pakaian korang mesti free from zip & pin. Boomerang pun sama tak boleh berzip/berkeronsang. Untuk Body Slides pula tak boleh seluar pendek & mesti tahu berenang. Kalau rasa nak rilek tanpa sebarang rules, boleh ke Sandy Beach & Lazy River. Keke. Hah, lagi satu untuk Giant Web ni korang tak boleh main lama sangat. Ada dalam 10 min macam tu je kot lepas tu kena keluar. Nak main lagi? Beratur lagi sekali then 10 min lepas tu keluar balik. Begitulah seterusnya. Haha.




Lepas kat Boomerang ni, ingat semua dah penat? Hahaha nope. Singgah cabana kejap makan then turun Sandy Beach balik main water volleyball. Acah je tu. 2-3x shoot terus masing-masing hilang dibawa arus. Hahaha. Ngam-ngam 2:30 pm kami balik. Eh lupa, kat situ ada je gerai-gerai jual makanan dan minuman, so jangan risau kebulur dalam tu deh. Harga pula? Herm, better bawak duit lebih sikit la hahahaha. Makanan sendiri, macam biasa tidak dibenarkan. 


Overall, Bukit Merah Laketown Waterpark is fun and doesn't have too much crowd. Kalau rasa nak main air dengan tenang, naik Boomerang, slides tanpa que panjang, boleh la masukkan Bukit Merah as one of your short trip untuk main air. So, that's the end of my basi story for our short activity at Bukti Merah Laketown Waterpark. Malam tu kita orang ke Zoo Taiping merasa Night Safari. Tengok ah kalau rajin ada masa nanti up cerita tu pula. Untuk gambar-gambar ni diedit dengan effect cellophane, makanya maaf kalau agak menyerabutkan pandangan mata anda. 

Till then, bye!

Koyangnote 🐾🐾🐾
___________________________________________________________________________________
  
I'm not ready for this Wannables!

November 10, 2017 / by / 12 Comments

12 comments:

  1. hai awak, seronok nyaaa pi bercuti sini. entry simpan lama lama tak apa, jnji publish jgk kn :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul. Kadang tu memang dh basi yang amat pun publish jugak haha

      Delete
  2. Nampak best! Tak pernah pergi lagi.

    ps: Sabar, dah nak dekat dah comeback WannaOne tu >< lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try pergi nanti hehe

      p.s: Hahaha tak boleyy sabar

      Delete
  3. seronoknya dapat main air tu...aduhhh rasa tak sabar lak nak bercuti ni haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok. Heehe. Selamat bercutii kak :)

      Delete
  4. wahh bestnya awk jalan2.. nak bercuti jgkkk.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sila-sila. Bookmark tarikh cepat hehe

      Delete
  5. Lama gila la xgi bukit merah.. rasanya ada la nak dekat 10 tahun..

    ReplyDelete