2-3 hari lepas geng
usrah aku ada up screenshot status pasal satu issue ni, related to V's Day. Kalau korang
scroll Facebook, mesti jumpa dengan caption status yang berbunyi,
"To Muslims,
Alhamdulillah if you don’t celebrate Valentines day. But, please, stop with
those posters saying "Im muslim. Say no to valentine day". How would
you feel if the non-muslims put up banners says "Im Christian. Say no to
Ramadhan, Im Hindu, say no to Eid. Im Buddhist, say no to Haj." Seriously
man, our Prophet Muhammad (PBUH) never taught us to disrespect others but he
did taught us not to celebrate. You guys making muslims look bad."
Geng usrah aku tu
tanya apa pendapat kami then mintak komen sikit. Aku as usual, pemerhati je.
Ouh, ha'ah aku geng usrah tauu! Nampak je layan korea, geganas macam ni tapi bab
pengisian/pengukuhan agama tetap kena ada beb. Lagi pun, please lah. Tolong ubah
persepsi anda bahawasanya usrah ni untuk yang baik-baik, ustazah-ustazah
gitu je. Aku ni bukan tahap ustazah/akhawat ohsem pun. Ada je join. Akak naqibah
aku cakap usrah ni untuk semua. Paham dak? SEMUA.
Berbalik kepada isu
tadi. Ini komen akak naqibah aku,
"Bagi akak,
statement macam ini mengelirukan umat Islam sendiri. Muslim sebenar adalah
muslim yang berani pertahankan aqidah dia. Muslim yang sebenar adalah muslim
yang tak pengecut, yang terlalu menjaga hati musuh Islam sehinggakan agama
Islam sendiri tergadai. Muslim yang sebenar adalah muslim yang mentaati
perintah Allah dan Rasulullah setiap waktu.
Analoginya seperti
as a muslim, kita diharamkan makan babi. Tapi disebabkan non muslim makan babi,
jadinya kita tak dibenarkan cakap yang kita tak boleh makan babi?" We have
to state what is right and what is wrong in perspective of Islam supaya non
muslim nampak kecantikan dan keindahan Islam yang sebenarnya."
Aku amek half of
komen akak naqibah aku. Amek mana yang mudah dipahami lah kan. Kang
panjang-panjang sangat, tak paham, takde guna jugak. Itu pendapat akak naqibah
aku. Korang pulak macam mana? Pada pendapat aku sendiri, aku rasa orang yang up
status tu salah paham kot. Depa buat kempen say no bagai tu untuk
muda-mudi Muslim yang masih lagi sambut V's day walaupun dah terang-terang
haram. Dalam khutbah Jumaat lepas pun ada sebut pasal ini kan.
Haa dengar ke tidok?
"Dan apa yang pasti, sambutan Hari Valentine jelas terarah kepada amalan maksiat yang berlandaskan adat jahiliyah yang tercela dan mengarah kepada kerosakan akidah umat Islam."
(Jerat Pemesongan Aqidah, Khutbah Masjid Negara)
(Jerat Pemesongan Aqidah, Khutbah Masjid Negara)
Erm, ke tak betul pandangan aku tu? Herm, entahlah. Aku pun tak gheti mana bab beri pandangan/idea. Memang
failed! Jadi jangan kecam sis ok ;) Aku ni tak layak mana pun nak bercakap hal-hal agama sebab aku pun banyak naw lagi kekurangan tapi aku cuma share apa yang aku tahu. Jadi takde lah aku dengan geng-geng usrah dalam group WhatsApp tu aje yang tahu.
baca dua kali, baru get the point of akak naqibah tu.. she's right. bagi saya, manusia sekarang cepat sangat melatah. memang betul kita kena jaga hati orang sekeliling dan jangan lakukan perkara yang boleh menyebabkan permusuhan. But, we state the fact from Kalamullah and what Nabi Muhammad PBUH said. If the non-Muslim cannot accept it after a long explanation, let them be. Because the message is obviously for all Muslim.
ReplyDeleteYup betul-betul *thumbs up*
DeleteHa'ah, samalahh. Anak usrah dia ni pun baca 2-3 kali jgk baru paham. Keke
I just don't see the point of the poster and sharing it on media social.
ReplyDelete