Tuesday, 8 December 2015

Berkongsi Ilmu :)
December 08, 2015

Berkongsi Ilmu :)

Esok (please read as petang nanti sebab entry ini dah hari Rabu dah pun), aku ada test practical ER (Electronic Records). Test practical ini kau kena create database berdasarkan semua benda yang sir dah ajar sepanjang kau belajar kat lab. Written test dah lepas so practical test ini sir nak buat backup in case ramai dapat markah rendah untuk written test. 

Jadi semalam (read it as "kejap tadi", sebab aku publish entry ini pukul 2:15 dan kita orang baru je settle belajar balik pukul 12:00 tadi.) aku dan few lagi makciks buat sama-sama since dia orang mintak aku ajarkan walaupun aku takdak lah pandai dan expert mana. Aku hanya mampu ajar dan kongsi apa yang aku tahu. Even notes pun aku bagi ja kat depa snap in case dia orang terlupa step.

Memandangkan practical test esok ni open book punya test (maknanya sir bagi kau tengok buku-buku yang kau dah salin step-nya itu), kita orang decide nak buat group WA. Kalau stuck, boleh direct tanya dalam group. 

Aku kesian kat depa sebab depa macam blur-blur sikit so aku cakap la kalau tak paham pape step tanya je dalam group tu walaupun sir bagi soalan lain-lain tapi mana boleh bantu step by step tu kita bantu je la kan? Korang rasa ni cheating ke? Tak kot kan sebab sir bagi open book. Hehe. Subi cakap kat aku,

"Hani beruntung tau sebab Hani nanti tak payah study sebab Hani dah ingat dengan mengajar orang."

Tak selalu jugak aku beruntung dan tak semestinya bila kita mengajar, kita tak perlu belajar balik lepas tu. Manusia ni mudah lupa der. Haha. Lagipun ini je yang termampu untuk ajar kawan-kawan. Kalau benda-benda practical macam ni, Insha Allah aku boleh tapi cuba benda menghafal & mengira, berjanggut lah tunggu kalau aku mengajar. Haha. Buat korang, sorry weh kalau tertinggi suara, penyampaian aku tak sampai kat korang ke, dll lagi. Harap dapat membantu korang sedikit sebanyak. *XOXO*

Ok then. Why am I post this entry? Nk show off orang cakap aku pandai, boleh mengajar orang? Nope bruh.  Apa aku nak highlight kat sini, jangan pernah kedekut dalam kongsi ilmu. Serious weh. Ini bukan post perasan baik tapi peringatan kat aku jugak. 

credit

Aku jumpa few person yang sanggup sembunyi bahan assignment sebab tak nak groupmate lain jumpa bahan tu, sembunyi nota sebab tak nak kongsi nota belajar dengan kawan, sanggup cakap tak pandai pasal certain subject/chapter hanya semata tak nak orang lain lebih tahu dari kau. 

What's the point mehh? 

Takut orang lain dapat dekan, kau sorang je tak dapat? Nak kau sorang je dapat A, orang lain tak? Come on lah. Sama-sama belajar kot. Kalau kau share ilmu dengan dia, tapi Allah nak bagi rezeki dekan/A kat dia tapi bukan kat kau nak buat macam mana. Redha je la, yang penting kau ikhlas tolong dia, nak dia dapat juga ilmu sebagaimana yang kau pun dapat.

"Ilmu diberi, manfaat diterima." 
(Ibnu Azemi)

0 comments:

Post a Comment

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*