Sunday 22 March 2015

Usrah 3.2 | Who Moved My Cheese?

Usrah kedua with geng usrah!

Alhamdulillah, jumaat lepas usrah still go on as usual walaupun hanya berempat je. Yang lain ke mana? I dunno. Malas nak hamek tahu kenapa yang lain tak datang. Oke, seperti biasa kita orang mulakan usrah dengan tilawah Al-Quran sambungan usrah yang lepas, surah Al-Waqiah. Kali ini sambung ayat 17-50.

Untuk pengisian pulak kali ini Akak Akmar share pasal buku Who Moved My Cheese? WMMC? ini merupakan sebuah  buku motivasi  hasil Dr Spencer Johnson. Pernah baca Chicken Soup For Soul? Ha, orang sama lah tu yang buat buku tu.

Secara ringkasnya, WMMC? merupakan sebuah buku yang pada awalnya mengisahkan sekumpulan classmate having a reunion dan bercerita tentang perkembangan diri masing-masing. Bila dapat tahu salah seorang daripada mereka kena buang kerja, salah sorang lagi ni menceritakan pasal kisahSniff, Scurry si tikus dan Haw dan Hem si orang kenit yang mana kerja dia orang duk cari Cheese dan untuk cari bendalah tu dia orang kena masuk ke satu tempat bernama Maze (dalam tu je ada cheese).

Moment bila kau habis baca buku ini kau akan terpikir yang mana satu diri kau? Sniff, Scurry, Haw atau Hem? Sniff yang cepat menghidu sesuatu keadaan, Scurry yang cepat mengambil tindakan, Haw yang inginkan perubahan atau Hem yang takut akan perubahan? Nak tahu ceghita lebih lagi, kena baca sendiri lah na. Kat kedai buku pun berlambak buku ini siap ada BM version lagi. Don't worry.

Ok back to usrah. Kenapa akak ceghita pasal buku ini kat kita orang? Kalau dilihat buku ini dari segi tarbiyahnya (bak kata akak akmar), apa yang kita dapat pelajari adalah jangan sesekali takut untuk berubah! Kalau dulu kau pernah alami zaman jahiliyah dengan kawan-kawan kau dan sekarang kau step by step nak berubah, jangan takut dengan ejekan kawan mahupun orang sekeliling.

Pada masa yang sama dalam kau nak berubah, jangan lupa kawan-kawan kau. Jangan sesekali tinggalkan mereka walaupun mereka tidak menginginkan perubahan. Sentiasa dorong dan bagi semangat kat mereka agar mereka dapat turut serta sekali dengan kita sooner or later. It's better late than never.

"When you stop being afraid, you feel good!"

March 22, 2015 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment