Thursday 22 May 2014

Ziarah Bersih.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kejap tadi ada Ziarah Bersih kat Kolej Jasmine. Bila sampai turn rumah aku, JPK mintak hantarkan wakil ke bawah. Katanya Tuan Haji nak jumpa ketua rumah. Aku, Ain & Siti blurrr, 'sejak bila kena lantik ketua rumah?'. Memandangkan aku je berpakaian proper, aku turun. Aku ingat aku sorang, rupanya ada lagi yang kena panggil turun bawah jugak. Bila dah jumpa Tuan Haji, dia cakap kita orang kena panggil sebab RS yang kat bawah rumah-rumah kita orang buat aduan. Katanya ada yang buang sampah ke bawah. Aku bila dengar macam tu rasa macam panaaaas semacam je. Sakit hati weyy bila orang buat hal tapi kita yang kena tanggung jugak.

Paling tak boleh terima bila Tuan Haji cakap kalau dia terima sekali lagi aduan dari RS, yang duduk rumah area RS ni semua masuk list rayuan kolej untuk sem depan. Aku rasa macam, 'What the fishcakeee?!'. Macam takde function je aku lelah-lelah kumpul merit aktiviti tapi bila ada yang buat hal, semuaaaa tak dapat kolej. Aku harap ini yang first dan yang last benda ini terjadi. Harap rumah yang mana penghuninya tu buang sampah ke bawah, mohon bertaubatt lah wei. Malam ni saja kau dah buat berapa ramai yang sakit hati sebab terpaksa turun tengah-tengah malam, kutip sampah yang kau buang tuh.

Bila kena panggil ramai-ramai macam ni memang takde yang mengaku kannnn, tapi aku tak gabra sebab berani kerana benar. Aku tak pasti kalau belakang aku macam mana, tapi memang setakat ni aku tengok housemate aku takde lagi yang buang sampah ke bawah. Duduk tingkat 5 kot, giloss apa nak buang sampah ke bawah. Aku tak nak tuduh rumah mana-mana tapi lu pikir lah sendiri. Macam Tuan Haji cakap,

"Awak semua ni bakal ibu-ibu. Nak jadi ibu mana boleh pengotor..." 

Rasulullah ada bersabda;

"Kebersihan itu sebahagian daripada iman."

Manakala Allah berfirman;

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah, ayat 222)

Sekian bebelan daripada aku. Harap mata mampu bersabar untuk tidak rasa mengantuk lagi sebab nak siapkaaaan report + practice untuk presentation esok. Gara-gara meeting BAKTI dan jugak Ziarah Bersih buatkan agenda aku dah lari sikit dari jadual. Ye lah kan, kita manusia ini hanya mampu merancang. Rancang macam mana pun kalau Allah tak izin, tak jadi jugak. Till then bebelan aku tengah malam buta ni. Sekian, terima kasih, Assalamualaikum :)

Ummi Iman

May 22, 2014 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment