Friday, 25 April 2014

Bila nak berubah...
April 25, 2014

Bila nak berubah...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bila nak berubah, ada aje halangan...

Bila kita nak berubah ke arah kebaikan, mulalah ada mulut-mulut 'manis' yang cakap, 'Dah jadi ustazah sekarang ni..', 'Wow, pakai baju labuh laa..' etc. Aku rasa macam nak gali hidup-hidup je orang yang cakap macam ni. Jujur cakap, bila ada orang macam ni, sedikit sebanyak orang yang nak berubah tu akan rasa down, tak pun rasa malu. Alahaaai, tolonglah. Tak suka ke tengok orang berubah ke arah kebaikan? Memang suka ek tengok kawan awak tu jadi jahil? Yang paling aku sakit hati, orang tu join usrah pun dia nak sindir-sindir bagai. Naqibah usrah aku cakap, nak join usrah ni tak semestinya orang yang baik-baik je. Even yang non-muslim nak join pun boleh. Usrah ni medium untuk kita kongsi ilmu, tambah ilmu, berkenalan dengan mereka yang lagi baik dari kita, perbaiki diri etc. Usrah ni bukan tempat untuk geng ustazah ke, geng surau ke, geng tudung labuh ke.. Takdenya. Usrah ni untuk semua.

Kadang, orang macam ni, even kita beli buku ilmiah pun dia nak sindir-sindir jugak. Agak kalau kita beli novel ke, majalah ke, barulah dia takde nak sindir kita kot? Sabar je lah dengan orang macam ni. Oh ya, aku dengan orang macam ni memang aku buat derkk je. Kalau nak ikut kata-kata dia orang, sampai ke bila aku takkan berubah. Kalau nak ikutkan perasaan malu sebab dia orang sindir macam tu, tak kemanalah akuuu. Memang selama-lamanya takkan berubah. Jadi, hiraukan aje lah orang-orang macam ni. Kalau duk ikut aja cakap dia orang, sampai bila-bila lah diri kita takkan maju.. Kata Syed, classmate aku;

"Doakan saja mereka, insyaAllah dengan doa tersebut, seolah2 Hani mendoakan diri sendiri dan menjemput tenaga positif yang baik ke dalam minda tu :)"

Haaaa, gitu, so guysss. Let's move on ! Kalau rasa terdetik nak berubah, teruskan. Tak payah hiraukan mereka yang menyindir, mengata kita tu.. U go girlsss ! Till then, Assalamualaikum !


4 comments:

  1. yes, exactly. biasalah, ramai yang dengki kalau benda yang baik2 ni. sekali Allah detikkan hati kita ntk berubah, terus buat. sebab x semua orang dan x selalunya hidayah tu kita dapat. :)

    ReplyDelete
  2. bgus hanii. well, sejak bla ni kamu berdua saling knl ni?

    ReplyDelete

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*