Tuesday 5 May 2015

PBAKL2015

Walaaaah.

Sampai jugak hasrat nak ke PBAKL 2015 untuk borong buku. Lenguh kaki, lenguh bahu, lenguh badan tak hirau dah wey janji buku-buku yang aku nak tu ada dalam genggaman. Oh yeah oh yeah oh yeah. Kalau nak ikutkan memang cari pasal lah sebab kita orang keluar hari Jumaat, 1 Mei. Hari cuti pekerja kott. Tapi demi buku-buku yang diimpikan, ku gagahkan diri jugak.

Bila sampai sana memang rasa macam,

"Kalau aku kaya, memang aku borong satu PWTC nihhh." Wahaha /gelak jahat/

Target aku memang booth Lejen Fixi, Dubook dan buku-buku yang sama waktu dengannya. Almaklumlah, aku kan sekarang ni newbie buku-buku. Pusing punya pusing then walahh (again) jumpa booth Dubook tapi oghang Ya Allah ghamaaaaaai sampai melimpah keluar booth. Bila dah ghamai sangat, aku give up. Membawa hati yang terluka ke hall lain sampai masuk ke hall akademik yang ada kamus Oxford. Haha.

Disebabkan risau tak sempat nak grab buku Obsesi, Pakar & Urban, aku beli jugak 3 buku ni kat booth kedai buku yang lain. Takut habihh wey. Lepas tu jumpa booth Sang Freud dan beberapa lagi publisher, aku dah lupa nama booth tu. Kat situ sempat borong Nakal by Aloy Paradoks, Whatever You Say I Am + I'm Ok & Superfiksyen. Then jalan punya jalan jumpa booth Lejen Fixi, time tu jugak aku macam, "Hoooooomaigaaaaaaaad!" then terus pick buku yang memang dah ada dalam list aku.

Kat situ aku pick Bayangan Clarissa. Niat di hati nak pick 1 lagi, Rosmoh Perempuan Puaka tapi sayang stok habih. Kol 1 baru sampai, time tu baru kol 12 memang enggaklah aku nak tunggu. Memang puas hati sebab buku-buku yang aku nak tu semua dapat dan bakal dikhatam tak lama lagi. Kihkih.


May 05, 2015 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment