Saturday 7 March 2015

Fridate | Kingsman: The Secret Service

Kelmarin macik-macik kepoh 3B02 (aku, ain, mekna, thirah & siti) ke Space U8 nak shopping barang-barang deco dinding dan juga deco meja study. Perancangan asal nak ke Mr. DIY sahaja tapi tup tup melantak mengisi perut dan movie dulu yang on the top list. Lepas makan pagi kat food court SU8, kita orang masuk panggung untuk layan Kingsman!

Aku memang berghiya nak layan movie ni sebab aku memang dah aim movie ni dari cuti sem lagi sebab duk iklan 4-5 kali kat tv plus aku memang dah suka movie bergenre spy-spy cenggini. Aku review kat Twitter, belogs, WeChat dan segala jenis bagai social network lagi, habaq mai movie ni best so aku cadangkan kat macik-macik kepoh ni tengok Kingsman tapi Mekna nak layan Dragon Blade.

Aku pun cakap tak pelah kalau tak nak tengok Kingsman pun. Aku tak kisah lagi pun benda boleh download, beza kena tunggu lambat atau cepat je lah. Plus aku tak suka jugak kalau-kalau bagi aku je movie tu best tapi bagi dia orang tak best so tak nak lah timbul isu seperti:

"Ni hani lah ni kata best tapi tak best pun…"

Kang daripada aku yang sentap so baik elak awal-awal. Lepas 'berbincang' bagai nak rak kat depan pintu masuk MBO, dia orang decide nak tengok Kingsman jugak. Aku dah puas cakap kalau tak nak tengok tak apa lah sebab aku pun tahu best daripada pandangan orang lain juga, pandangan orang ini berbeza-beza. Bila dah sepakat apa lagi kan, pi beli tiket lah. Haghi tu nasib baik dapat murah sebab semua bawak student ID.


Bagi aku best movie ini. Serious. Kalau bagi Aime tengok pun dia akan layan juga sebab taste dia lebih kurang sama ja dengan aku. Even ada scene ngeri badan terbelah-belah, jari kena tembak pun aku rasa macam tak ngeri mana. Entahlah, mungkin sebab genre action comedy so sebab tu bagi aku scene-scene ngeri pun tak nampak ngeri sangat pongg.


Paling tak boleh blah scene last yang kepala orang meletup beramai-ramai tu. Ada ke boleh keluar macam bunga api lepas tu muzik dia lah yang paling tak leh blah, macam ceremony. Hadoooi, sakit perut gelak part tu. Ouh lagi satu, aku rasa scene Eggsy jadi one of Kingsman tu macam tetiba sangat. Part last scene tu je baru boleh nampak ke-macho-an Eggsy as a Kingsman.






Aku expect dia yang akan lulus ujian the next Lancelot dan dapat tengok dia jadi spy lama sikeeeet tapi tak apa lah. Dapat tengok yang last-last tu pun dah best gilaaaa dah wey. Itu pun dah tak senang duduk dah aku sebab mood ber-fangirling memang ON tahap maximum bila Eggys jadi spy dengan berpakaian suit nya lagi. Hadoi handsome weh.






Apa pun selain ke-handsome-an Eggsy, bagi aku movie tu memang best. Itu bagi akulah, penonton yang memang suka genre movie macam tu. Mungkin lain pulak pandangan serta pendapat orang-orang lain sebab aku ada baca beberapa websites ada story pasal issues dalam movie ini.
March 07, 2015 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment