Lempeng Gulung & Ayam Cincang

25.2.15

"Lempeng Gulung & Ayam Cincang"

Hul ~ Sangat tak komersial nama menu nih.

Menu ini merupakan menu mengarut ciptaan aku dan Aime. Ehhh 'ciptaan' sangat kannn. Padahal dah ramai daaaah yang buat lempeng gulung. Kahkahkah. Haghi tu Aime ada request lempeng jadi aku buat argh. Kang kalau tak buat kebulur pulak si bongsu tu. Masa 'otw' nak ke dapur, Aiman cakap,

"Boleh tak Kak Ighoh invent satu idea yang orang lain tak buat lagi?"

Hekk ehhh. Bendalah apa pulak budak ini cakap… Invent idea bagai. Ingat aku usahawan ka paa?

"Maksud Aime, Kak Ighoh buatlah resepi baru. Resepi yang takde orang lain buat lagu kat dunia ni."

Hamboi. Besarnya harapan dan angan-angan ko dik. Ko ingat aku ini Master Chef ke adik eh? Aku dah pening. Bila dia cakap macam tu maksudnya dia tak nak lempeng. Dia nak menu petang lainlah jawabnya. Mungkin dah naik muak kot tu request benda lain tu. Hmm, sarcasm jugak budak ni.

Aku dah takde idea sangat-sangat aku pun cakap,

"Lempeng gulung dengan ayam cincang nak?" *serious ini je termampu nak 'invent'. Malas nak pikir lah hoi.

Aime was like,

"Hermmm. Oke jugak tu. Aime suko.."

Grrr, kau….. Buat je la apa benda asalkan dapat makan. Kan kan kan kan?

Untuk ayam cincang & telur tu aku goreng pakai bawang besar yang diblender, masukkan ayam, telur, sedikit sos tiram, sedikiiiiiiiiiit garam dan juga Maggie Secukup Rasa. Oh tuhan, aku rasa kalau takde Maggie Secukup Rasa tu entah jadi ke tidok ayam cincang & telur goreng ni. Untuk lempeng lak, aku hanya gaulkan tepung & air macam biasa tapi tak taruk pape sebab dah kasi 'secukup rasa' dalam ayam cincang dengan telur goreng tuh. Dah siap goreng, sejat biar kasi turun segala jenis minyak.


Nak kasi berseri sikit, aku taruk carrot dan juga daun bawang. Dua-dua bahan ini dicincang halus. Niat sebenar nak taruk tomato tapi awal-awal lagi dah kena 'sound' dengan si bongsu jangan masukkan pape benda yang berwarna merah. Argh, badan besau tapi tengok benda merah sikitt aje dalam masakan pun tak boleh.


So, here it is. Lempeng yang digulung dengan isi ayam cincang & telur goreng. Rasa diaaaa? Herm, bolehlah not bad. Tapi tak sedap sangat sebab aku punya lempeng tu tebal sangat jadi rasa lempeng je lebih, rasa ayam cincang tu kurang. So next time kalau nak buat kena nipiskan lagi lempeng tu. Dari segi visual pulak harap dapat dimaafkan sebab buruk bebenor. Dengan ketebalannya yang tak sama, lempeng tak cantik, argh semua benda lah buruk.





You Might Also Like

0 뚱

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*