Sunday 22 February 2015

Family Day Ke-3 Haji Yaacob & Hajah Minah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi dengan izinNya dapatlah sekali lagi seluruh keluarga Haji Yaacob dan Hajah Minah berkumpul walaupun tak semua yang dapat sertai. Terima kasih kepada yang bertungkus lumus untuk menjayakan program dan terima kasih juga kepada mereka yang memberikan kerjasama dalam melibatkan diri agar family day kali ini lebih berjaya dari yang lepas-lepas. Thanks uolls.

Pagi tu aturcara majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran dan pembahagian baju untuk anok beranok dan dalam lebih kurang 10 am, aturcara diteruskan dengan ucapan sepatah dua kata dari pengerusi majlis, setiausaha program, Kak Ina dan juga pengarah program Su Lah tapi diwakilkan kepada Che' Tar aka Ayah Tok sebab Su Lah kito takdok soro. Tapi sebelum tu, sementara tunggu majlis mula, yang gegirls sempatlah berposing sakan dulu manakala yang beboys duk main takraw seround-dua.








MC kitoooo; Abe Mi

S/U kitoooo; Kak Ina

Selesai je sesi sepatah dua kata, Family Day Haji Yaacob & Hajah Aminah buat kali ke-3 ini diteruskan dengan sesi sukaneka, pembahagian kumpulan dilakukan mengikut kumpulan keluarga. Bak kata Abe Mi, kali ini nak kasi Assabiyyah sikit sesama keluarga. Lol. Satu keluarga sekurang-kurang perlu ada 4 orang ahli dan kumpulan keluarga yang tak cukup ahli tu boleh serap pemain-pemain 'import' dari kumpulan keluarga lain.

Sesi sukaneka dibuka dengan permainan baling belon air dimana 4 orang peserta perlu membaling belon air kepada ahli keluarga tanpa melihat ke arah belakang. Sapa yang dapat selamatkan belon paling banyak menang game! Malangnya, family aku takde luck. Paling tercorot dengan satu belon pun tak dapat diselamatkan. Haha.





Next aktiviti, ikat kaki + sepak bola masuk dalam goal. Tang ini keluarga aku kalah gak. Aku dengan Kak Ina main sampai masuk pasir dalam mulut & mata, sampai terjatuh bagai tapi tetap tak menang jugak. Aish takde luck betul. Haha. Dapat kumpul 1 mata je tapi tak terasa sangat kekalahan tu sebab ramai je yang dapat 1 mata.








Seterusnya game boling buah kelapa kering. Super salute kat Keluarga Abe Khairi aka Abe Mat & Kak Maidah sebab menang game ini dengan mengumpul mata yang paling tinggi. Aku ada kat sebelah depa masa depa main, memang terbukti hebat. Boleh cadang kat MSN untuk tubuhkan persatuan bagi game ini dan Abe Mat & Kak Maidah boleh jadi ahli pertama! Habis je game boling, kita orang stop kejap untuk makan-makan isi peghot.







Lepas perut dah kenyang semua, family day diteruskan dengan game Musical Chair. Mula-mula kategori kanak-kanak, kategori remaja/dewasa dan terakhirnya kategori veteran/warga emas. Haha. Macam-macam gelagatlah main bendalah musical chair ini sampai ada yang tarik-tarik kerusi. Abe Hanapi lagi teruk, dapat masuk final sekali dengan Che Ani (mak dia) & Ayah Din tapi bila music stop boleh pulak dia pi tarik kerusi sampi jatuh terjelopok Che Ani dengan Ayah Din. Tak pasal-pasal dapat title pemain paling kejam untuk family day kali ini. Haha.





Lega weh dapat kerusi. Haha






Bukti kekejaman Abe Napi

Akhir sekali game untuk sukaneka tengah hari tu adalah game Ikatan Kasih Sayang. Cheeewahhh. Game ini special untuk pasangan suami isteri bagi setiap kumpulan keluarga. Nak mengeratkan lagi hubungan lah katakannn. Memang kelakarr argh. Ayah Him & Che Ani lagi power sebab ikat kain tu kat betis, memanglah laju jalan. Game habis dalam pukul 12:30 pm lepas tu masa untuk ahli keluarga bersiap-siap untuk solat zuhur berjemaah dan juga untuk rehat-rehat.

Bukti Ayah Him & Che Ani nak main ngelat



Dalam pukul 03:00 pm, aturcara majlis diteruskan dengan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan juga sesi menyuarat untuk 9 adik-beradik kat atas rumah. Patutnya ada lagi game tapi masing-masing dah penat (termasuklah pengerusi majlis), jadi petang tu aktiviti bebas. Yang tua sibuk duk makan/berbual bawah khemah, yang lelaki sibuk duk main bola, yang perempuan sibuk berwefie, yang kanak-kanak sibuk duk kejar layang-layang & buat istana pasir.





Oh ya, family day kali ini tak boleh nak bermandi manda pantai sebab kat pantai tu penuh bomba duk ke hulur hilir di pantai dan juga di darat sebab masih mencari mangsa lemas lagi sorang yang tak jumpa-jumpa so NO mandi pantai kali ini. Kak Ah dan family yang duk main kat tepi-tepi pantai pun, pihak bomba duk mai pesan berkali-kali. Yelah kan, mencegah lebih baik dari mengubati. Baik cegah awal-awal dari ada apa-apa terjadi benda buruk. Kang tak pasal-pasal family day bertukar jadi family tragedy pulak. Nauzubillah.

Selesai je sesi mesyuarat 9 adik-beradik, dalam pukul 05:00 lebih macam tu sesi penutup iaitu sesi pembahagian hadiah, pembahagian sumbangan khairat, sumbangan akademik, bbq dan juga ucapan penutup dari Su Lah dan juga Abe Shedy. Selesai program petang, malam tu bersiap-siap untuk solat Maghrib & Isyak berjemaah dan juga tahlil buat arwah Mek & Che/Tok Mek & Tok Che'.










Harap penganjuran next family day lebih mantop dan lebih meriah. Semoga keturunan Haji Yaacob & Hajah Aminah lebih mengenali sesama sendiri dan juga ukhuwah yang terjalin ini akan lebih kukuh demi masa depan anak cucu cicit. Mohon maaf atas segala kekurangan dalam penganjuran family day kali ini.

Ouh ya, gambar-gambar sebelah petang dan malam tu nampak sangat ke-tak-professional kan? Photographer tak dapat stay seharian just dapat stay setengah hari je. Habis je sukaneka & rehat makan tengah hari, photographer terpaksa balik sebab ada job kat lain pulak so sebab tu gambar-gambar petang & malam tu ada cerah, ada gelap, ada kelabu almaklum mai dari macam-macam jenis kamera.





Aku tak hupload semua gambar, kang jammed blog ni. Anok beranok yang nak gambar boleh tuntut dengan AJK deh :)


Sekian dari saya, Musfighoh, AJK Hadiah & Cenderahati. *peace yo
February 22, 2015 / by / 2 Comments

2 comments: