Monday, 16 February 2015

Agar-agar Puding Roti?

Erk. Agar-agar puding roti ke puding roti agar-agar?

Eh kejap. Yang mana satu ni, agar-agar lagi, puding roti lagi … Agar-agar ke puding?  >.<

Aku pun tak tahu apa nama yang setepatnya untuk makanan ni tapi ianya kategori puding roti cuma kelainannya puding roti ini dimasak dengan menggunakan serbuk agar-agar dan tidak dibakar/dikukus. Siap aje masak atas dapur, tuang dalam loyang lepas tu masukkan dalam peti.

Sebelum ini, untuk makan petang aku selalu buat french toast, cucur bilis, cucur bawang, popia, lempeng, potato pancake tapi kali ini rasa nak masak benda lain pulak. Aku cuba google menu minum petang lepas tu ting (keluar mentol), terasa nak buat puding roti. Puding roti memang one of ma favorite food lah. Tak makan nasi pun tak apalah kalau dah dapat bendalah ni.

Google punya google aku terjumpa resepi puding roti pakai serbuk agar-agar dan tak payah dibakar/kukus. Baca step nampak macam senang, aku pun apa lagi laju je copy resepi. Dah tu, alang-alang semua bahan dah memang ada kat dapur, tengah hari kelmarin jugak aku buat. Nanti petang karang tu bolehlah makan.

Dan inilah hasilnya :)



Umi balik keghije, buka peti ais dan masa otw nak masuk bilik, Umi meh singgah kat bilik aku, 

"Pandai weh Kak Ighah buat puding roti?"

Anak dia ni dah nak rasa riak dah sikit. Haha. Jawapan aku,

"Google kan hadooo Mi... Tengok resepi ajo, siap terusss.." *peace no war

Next menu minum petang nak buat Cheesekut. Ini semua gara-gara Mektin yang sebut pasal resepi Cheesekut masa kat rumah Mekya haghi tu. Balik ja rumah aku google macam mana ghupa Cheesekut tuh, sekali bila dah tengok resepi + gambar yang blogger-blogger upload, memang terliur baq hang. So next challenge, cheesekut!

Ouh yaa! Untuk resepi agar-agar puding roti/puding roti agar-agar ini aku rujuk kat Belog Cik Tiqah. Tuan empunya blog, mintak izin amek resepi ye (ajaran sesat betul, dah siap masak baru mintak izin amek resepi. Hul ~). For sure, cara-cara yang dikongsikan kat Belog Cik Tiqah ni simple dan mudah difahami.


Till then, Assalamualaikum :)
February 16, 2015 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment