Thursday 18 April 2013

Ailurophobia : Fobia Pada Kucing.


Ailurophobia atau lebih dikenali sebagai fobia kepada kucing. Dalam erti kata yang terlalu mudah, takut pada kucing. Kuikuikuikui. Aku bukan nak gelakkan golongan Ailurophobia ni tapi cuma nak info sesuatu :) Don't worry guys. Aku paham perasaan korang. Walaupun aku bukan golongan Ailurophobia, aku tetap paham macam mana perasaan takut kat mana-mana binatang. Aku sendiri ada phobia tapi aku terdiri dalam golongan Ranidaphobia.

Mungkin korang ada sejarah yang tersendiri dengan menatang comel ni sampai korang se-phobia macam tu kan :D Aku pun ada sejarah tersendiri gak sebab tu aku jadi member Ranidaphobia.Tadi siang aku ada ternampak sorang mamat ni share something pasal Ailurophobia ni. Memandangkan orang sekeliling aku ramai sangat yang takutkan kucing, aku tertarik untuk share :) Dalam fb dah share, sekarang meh aku share kat bloggers lak.


"{TAHUKAN ANDA?}
Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini, seperti di dalam gambar.

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya" - sumber

Bila aku baca, I was like; SOOOOOO TRUE ! Kes-kes macam ni dah banyak terjadi kat orang sekeliling aku. Hairan gak kenapa kucing-kucing ini masih nak duduk dekat dengan orang yang tak nak kat kucing. Huhuhu. Akhirnya, di tahun 2013 ini lah aku baru tahu jawapannya. :D Cayalah kucing. Makin orang tak suka, makin dia dekat :) Jadi kepada Ailurophobia, kalau jumpa kucing nanti korang buat-buat suka lah ye :) 


Aku Ranidaphobia, jadi aku tak leh nak bayang kalau menatang tu datang dekat semata-mata untuk 'terokai dan siasat' aku. Hahaha. Sedar dari tidur kol 04:00 pagi,update blog terus membebel pasal Ailurophobia./aptb/. Huhuhu. K lah, bye-yeom & Assalamualaikum :)
April 18, 2013 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment