Nak tahu something tak? Eh tak nak? Takpe lah nak bagi tahu juga. 

Kitonyo lapar bual. 

Harini kan, I dengan randomnya pergi sesi kaunseling dengan Pegawai Psikologi kat Klinik Kesihatan. Nak kata random tu tak juga sebab sebenarnya I dah refer to doktor since Oktober last year lagi. Masa tu I just tunjuk result DASS Test yang I buat on August last year dan disebabkan masalah tak boleh tidur I tak ada penghujung dan tahap bersedih I pun tak ada penghujung, I gagahkan diri untuk pergi refer pakar. 

Masa tu, doktor suruh I jawab lagi sekali soalan DASS tu and turns out level anxiety dan depression memang agak teruk tapi terlalu awal untuk doktor diagnosed so doktor suggest untuk refer kaunseling dulu. If dengan kaunseling pun tak boleh buat apa, then akan refer satu lagi unit yang melibatkan ubat. Kaunseling yang I join tadi tak melibatkan apa-apa ubat.


Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan walaupun chuolls tak nak tahu pun, dari Oktober 2024, harini adalah hari first I dipanggil untuk sesi kaunseling. Bayangkan betapa lama I kena tunggu tu sampai I sendiri pun sebenarnya dah give up. Ye lah, tak pergi rujuk pakar disuruhnya orang sekeliling untuk rujuk pakar. Bila dah rujuk pakar, kena sidai pulak sedangkan kita ni tengah sedih yang berpanjangan, emosi tengah tak stabil. Lepas sebulan lebih menunggu dan still takde jawapan dari pihak KK, I decided untuk move on dengan sendirinya. Entahlah dari mana datang kekuatan tu, tiba-tiba sedar dengan sendirinya. 

Tiba-tiba dah penat bersedih. 
Tiba-tiba dah penat menangis. 
Tiba-tiba rasa nak fully sembuh.
Tiba-tiba rasa nak jalani kehidupan yang normal dan happy-happy macam diri sendiri yang dulu.

Lepastu tiba-tiba juga dapat date sesi kaunseling dengan Pengawai Psikologi. Niat di hati tak nak pergi dah tapi kebetulan seminggu dua ni memang tengah bersedih, so pergi je lah seek for professional advices pulak kan. Tengok sikit kot-kot ada beza ke tak dengan "nasihat-nasihat" orang sekeliling I selama ni. My session was at 2:30 pm tadi, masuk-masuk tu terus jatuh air mata bila sekali lagi kena jawab DASS test tu. And again, macam biasa level anxiety dan depression agak teruk. Dari 2:30 pm until 4:30 pm memang bercerita je dengan Pegawai Psikologi tadi dan betullah bila kita seek advice dari professional, memang lain cara mereka jawab dan bagi pandangan. 

There's no judgement at all from her side. Beliau mendengar tanpa menilai, memberi pandangan tanpa menilai.

Session I tadi pun went smoothly je and there's no need for a follow up session pun sebab bagi beliau, I ni kuat je sebenarnya. Ever since dulu, dari kecik. Cuma mungkin apa yang terjadi setahun yang lepas buatkan diri I dah penat sebab terlalu banyak benda yang terjadi dan terlalu banyak benda yang I pendam mungkin dari kecik dan juga ketika dewasa ni. I pun tak berharapkan untuk another session pun sebab niat I pergi tadi, I just nak tahu kalau dari professional side, macam mana mereka handle orang yang nak berkongsi masalah. 

Ye lah kadang tu kalau kita cerita kat orang sekeliling kita, kawan-kawan kita, belum tentu mereka akan faham situasi kita sebab apa yang kita alami takkan pernah sama dengan kehidupan dia sendiri. Jadi, disebabkan itu juga nasihat mereka tu kadang tu tak valid untuk diterima oleh orang macam kami. Mana taknya, contoh kalau family kau broken tapi kau pergi cerita masalah kat orang yang ada happy family, mana mungkin mereka boleh relate kan? Contohnya lah.


So lepas tamat session tadi, apa yang beliau boleh cadangkan adalah self love. Sayang diri kita dulu, sayang mental kita dulu. Kaji balik apa yang buatkan kita sedih dan try to avoid semua benda tu. Kalau boleh remove, remove. Kalau boleh block, block. Kalau boleh unfriend, unfriend. Kalau boleh pindah jauh dari orang yang buat kita sedih, pindah je. Mulakan hidup baru dengan environment baru yang takkan buat kita sedih.

Kalau ada masa nanti next-next post la kot I try untuk share apa yang buat I semental ini sampai terpaksa rujuk pakar. Tapi Alhamdulillah, ever since November 2024, I dah slowly okay sebenarnya. Azam I untuk 2025 ni pun I nak jadi orang baru. Orang yang tak lemah, orang yang penting diri sendiri dulu, orang yang dahulukan diri I sendiri dulu sebelum orang lain. Cuma tu lah, macam I cakap tadi, seminggu dua ni ada something sedih yang terjadi so benda tu macam triggered I untuk bersedih balik. Tapi Insha Allah, keluar je pintu bilik kaunseling tadi I memang dah decided untuk buang everything I buat I sedih, yang buat I down selama ni. 33 tahun I boleh kuat sendiri dari kecik, kenapa tiba-tiba sekarang I nak jadi lemah sebab manusia kan?

So stupid lah me. Remember, self love comes first. Okies?


Oh ya! Like I said in my previous post, I tengah actively seeking for a new job, if can I nak keluar dari Kelantan. Tak kisah mana-mana negeri as long as I boleh keluar dari comfort zone sekarang. Anything kalau tahu kat mana-mana vacancy, roger sini tau. Hahaha. 

Till then, 

Bye, Salam Alaykum. 

Self Love

by on January 22, 2025
Nak tahu something tak? Eh tak nak? Takpe lah nak bagi tahu juga.  Kitonyo lapar bual.  Harini kan, I dengan randomnya pergi sesi kaunseling...
Pernah tak, rasa macam nak pergi jauh dari semua orang? Rasa macam nak mulakan hidup baru kat tempat baru, cara baru, orang baru? It feels like you want to restart everything from A to Z dalam hidup you?

Pernah tak?

Tell me I'm not the only one yang nak kan macam tu sekarang ni. Tolong lah bagi tahu yang saya tak keseorangan. Tolong lah. Tolong lahhh.

Aish *sigh* 

I know no one will ever read this post anymore sebab blog somehow dah tak laku lagi dah hahahaha. Tapi, kalaulah. Ini kalau lah ek. Kalau ada yang terbaca ni dan tahu mana-mana ada vacancy, roger sini. Kalau tak nak roger kat comment, boleh roger kat email kat side bar sebelah tu ek. 

Setakat ni I tak memilih vacancy kat negeri mana pun, I'm willing to travel dan keluar dari comfort zone yang sekarang. Cumanya, gaji kena berbaloilah. 

Bukan tak bersyukur sudah employed sekarang ni tapi begitulah, rasanya buat masa sekarang ni ada baiknya I keluar dan tinggal jauh dari semua orang. Mungkin dengan cara tu je I akan sembuh. 

Who knows, kan?

Restart

by on January 19, 2025
Pernah tak, rasa macam nak pergi jauh dari semua orang? Rasa macam nak mulakan hidup baru kat tempat baru, cara baru, orang baru? It feels l...
Salam Alaykum.

I tak tahu kenapa, lately ni I'm not being myself. Rasa macam diri sendiri dah redflag dah ni. Ish tak reti nak cakap tapi begitulah. Masuk-masuk je 2025 tiba-tiba berubah character dimana I overly exposed, overly friendly to strangers. Padahal I bukan macam ni sebelum ni. Dia macam, nak kata new me tak juga sebab I sendiri pun tak selesa jadi diri I yang baru ni tapi entah, benda tu terjadi dengan sendiri. Dalam tak sedar hahaha. Bunyi macam kelakar, bunyi macam pelik tapi itulah realitinya. 

By the end of 2024 haritu, I decided to do something yang I tak pernah buat seumur hidup I which is installed online application (I panggil rumah kuning je lah ek lol). Sumpah cakap I installed rumah kuning tu bukan untuk cari pasangan pun tapi just to get to know new people and make friends. Tak ada niat lain. Kalau tersangkut, mungkin rezeki but ya that's not going to happen to me itu pasal I niat nak tambah kenalan je haha. So basically rumah kuning ni you kena letak few of your own pictures (one picture yang kena nampak muka sikit). So kat situ pun dah so not me dah sebab I don't like exposing my face kat online especially among strangers. Kalau I exposed full face pun, kat Instagram dengan Facebook, sebab kat sana mostly kenalan yang I memang dah kenal. 

Tapi entah macam mana, minda separa sedar kot masa tu, I proceed je every instruction dalam rumah kuning. I even subscribe for one week rasanya just to view profile those yang swipe on me. So dung dang dung dang, sebagai first time user yang installed this kind of application, rumah kuning ni not bad juga lah. Cuma biasalah, ada yang pelik ada yang tak pelik. Yang pelik-pelik tu, it's either dia yang unmatch I dulu sebab I takleh nak follow request pelik mereka tu, or I just ignored them. I tak reply apa-apa pun.

But then I decided to uninstalled rumah kuning sebab I tiba-tiba dah sedar yang I dah terlalu exposing myself to strangers dalam app tu. Maksud expose tu bukan I expose personal details ke tak, cuma faham tak sebab diri I yang sebenar bukan macam tu. Diri I yang sebenar bukan jenis layan chat-chat online. So before uninstall, mana yang ngam boleh buat geng kawan-kawan tu, follow kat Tiktok pulak. Ye lah, sebab niat I install rumah kuning pun memang untuk tambah kawan so once they knew I nak uninstall, ada juga la yang request to follow on Tiktok dan ada juga I yang request to follow sebab kita rasa ngam kat rumah kuning kan, rasa macam boleh kawan lama so sayang la kalau macam tiba-tiba nak stop kawan. 

And again, I've taken the wrong step sebab now kat Tiktok pun I rasa nak uninstall juga sebab I rasa macam I dah terlalu expose myself kat Tiktok hahahaha. Kenapa ek? Ish Hani Musfirah ni kan, selalu je buat benda dulu tanpa fikir betul-betul first. Selalu dah random macam ni dia nih hahaha. So since last 2 weeks sebenarnya I dah start slowly removed some of my followers and I also removed myself from their following list. Nak back to old me yang post random vtt tanpa exposing myself. Tapi kan, masalah problem dia sekarang ni, nak post vtt pun dah makin menghilang mood dah. Kadang post tak sampai sejam, terus archive. Hahahaha complicatednya diri sendiri ni Ya Allah. 

Patutlah single, tak ada yang mau.     

Dulu, I ingatkan bila I installed another app, bila I open myself to Tiktok, I akan dapat ramai kenalan yang boleh buat I happy, yang boleh buat I hilangkan masalah I tapi eh tak pun. Tak ada sorang pun yang ikhlas nak make a new friends macam mana I nak make new friends with them. Tu pasal kadang I terfikir juga, I cuba untuk being friendly kat online ni semata untuk tutup kesedihan ke? Semata untuk tutup luka I ke? Tapi bila I noticed balik, even if I buat macam tu, I'll never heal pun. Bila datang je waktu sedih atau pun waktu relapsed tu, tetap akan bersedih juga, tetap akan menangis juga. So what's the point if I'm being overly exposed to strangers, kan?

Sebab tu lah sekarang I slowly and randomly removed everyone from my online's life. Silap hari bulan followers dengan following kat Tiktok I tu tinggal closed friends and families je nanti tu, abih semua kena remove hahahaa. Sorry ya, bukannya nak jadi redflag dengan remove orang tanpa sebab tapi tu lah, sebelum ni buat kerja tak fikir elok-elok. Main follow je, main follow back je orang padahal orang bukan nak kawan dengan kita pun seperti mana yang kita fikir kita ni nak berkawan dengan mereka. Kan?  

Auch panjangnya meluah. Itu pun rasanya korang tak tangkap pun apa yang saya cuba nak sampaikan, kan? Hahaha but issokay, tak faham boleh PM tepi nanti kita sembang lebih lagi hahahaha. Eh sorry salah. Tak nak PM tepi dah, dalam fasa mati rasa, tawar hati sekarang. Kembali ke fasa sidai orang kat chat dah ni macam dulu-dulu hahaha. 

Till then, bye!

Redflag

by on January 14, 2025
Salam Alaykum. I tak tahu kenapa, lately ni I'm not being myself. Rasa macam diri sendiri dah redflag dah ni. Ish tak reti nak cakap tap...
Salam Alaykum.

Tahu-tahu it's 2025 guys! Padahal rasanya baru semalam ber"azam" nak keep on posting kat blog for the whole 2024 tapi lah, ke laut juga. Guess that me and pantai/laut berpisah tiada haha. 

Alhamdulillah, so far a good start for me walaupun barai juga first day of new year dah MC but issokay, better MC than crying for someone yang dah buang kita, kan? I taktahu nak cerita apa dah, seumpama macam dah mati ayat nak menaip tapi ada satu benda yang I nak share. Haritu I ada pergi Terengganu with my new friend yang I kenal masa interview kat my current company. Pernah berangan nak dapat kerja sekali tapi tak ada rezeki kawan I tu. We both interviewed for different roles btw. 

Kebetulan, nak dijadikan cerita we both decided untuk ke Terengganu dan kebetulan member baru break dan mood baru-baru broken lagi. Tahu tak benda apa yang I paling lega gila? I paling lega sebab finally I can shre face to face with someone pasal apa yang dah buat I broken hearted sangat-sangat for the whole 2024. Kenapa I sampai tak boleh tido malam, kenapa I sampai menangis siang malam, kenapa I sampai tak boleh nak focus buat kerja. I luah sebab benda kat my friend tu, face to face. Sambil nangis pun nangislah, janji lepas. 

Apa yang I dapat?

Lega.

I dapat satu perasaan yang sangat lega. Like, lega gila bila boleh cerita kat someone. I mean, cerita yang bukanya kita bercerita dalam masa 1-2 jam gitu je, tapi 2 days with her, I can told her my whole stories and she also can told me her whole stories. Bukannya cerita dalam WhatsApp, bukannya cerita kat kedai makan lepas tu rush-rush nak balik. Tak. I finally boleh sit somewhere, told everything tanpa kena judge. Dan mungkin sebab situasi my friend tu lebih kurang dengan I so that's why my friend tu boleh mendengar dan memahami dengan cepat cerita I hahaha. 

Tapi for 2025 ni I dah promised kat myself tak nak beria dalam berkongsi apa jua cerita lagi dah kat sesiapa. Tak kisah lah serapat mana pun seseorang tu dalam hidup I. Apa yang I akan kongsi mungkin cerita yang biasa-biasa je. Mana yang buat I menangis, buat I kecewa, buat I terasa tu I takmau cerita lagi dah. Biarlah I pendam sorang sampai mati. Biarlah orang nampak kehidupan I yang bahagia sahaja dan biarlah I sorang je yang hadap part sedih semua tu. Tak perlu lagilah berkongsi dengan orang luar.

So, 2025 korang? Ada azam itu ini lagi ke? Hahaha. I follow the flow je, pasang azam beria pun kadang tu tak jalan juga hahahah. Hidup ni jangan duk beria je, takut nanti kecewa. 

Oppsieeee.

2025.

by on January 02, 2025
Salam Alaykum. Tahu-tahu it's 2025 guys! Padahal rasanya baru semalam ber"azam" nak keep on posting kat blog for the whole 202...
Ingatkan post baru November nanti, rupanya baru semalam update, malam ni dah update lagi sebab sedih sangat.

Betul lah tu, kita ni baik sangat. Bukan setakat baik, bodoh juga. I ingat bila I buat baik dengan orang, people will do the same to me. Tapi rupanya manusia ni cuma ada niat buruk dan nak mempergunakan kita je. 

Akhirnya, manusia semua sama. 

Tak ada seorang pun yang betul-betul baik dan betul-betul ikhlas untuk berkawan dengan kita. Mereka hanya nak ambil kesempatan di atas kebaikan kita dan disrespect kita, buat kita macam seorang manusia yang tak mempunyai maruah langsung. 

Ingat Tuan, wanita kat atas dunia ni bukan saya sahaja. Wanita kat atas dunia ni bukan mereka yang kau nak perendahkan maruah mereka sahaja. Ibu kamu, adik beradik perempuan kamu, saudara perempuan kamu, anak-anak buah perempuan kamu, kalau suatu hari nanti mereka diperlakukan oleh lelaki seperti kamu, tak rasa kesian ke kat mereka?

Sedih, sumpah sedih dan sakit Ya Allah. Bukan sebab kehilangan orangnya tapi sebab diperlakukan sebegini rupa sedangkan kita betul-betul ikhlas untuk berkawan walaupun hanya sekadar sebagai "strangers".

Walaupun I hampir nak persoal kenapa Allah hantar orang macam dekat dengan I tapi I lupa yang I pun memang ada minta dengan Allah, supaya Allah jauhkan mereka yang berniat untuk melukakan hati I. Alhamdulillah, Allah jawab dengan cepatnya. Betapa Allah taknak saya berharap pada manusia lagi. Betapa Allah taknak saya terluka sebab manusia lagi. Terima kasih Allah.

Tapi kan, dear Allah, Allah tahukan kenapa saya sedih sangat kan? Saya tak sedih langsung sebab orangnya, saya cuma sedih kenapa orang buat macam ni kat saya, kenapa semua orang jahat dengan saya? Saya memang tak layak untuk bahagia ke walaupun dengan kawan-kawan? Walaupun dengan orang asing? Dah la orang terdekat terlalu ramai yang dah menyakiti saya, datang pula orang asing yang nak pergunakan saya. 

I tak nak doakan yang buruk-buruk tapi I just hope Kifarah eats everybody who took advantage of my kindness, who disturb my peach, and who mistreat me when I had only pure intentions.

Terima kasih Allah sebab masih sayangkan saya dan selamatkan saya untuk tidak terjebak dalam perkara sebegini. Walaupun saya baru kenal beberapa hari dan saya ikhlas untuk berkawan dengan dia bilamana dia sebenarnya ada niat tak elok dengan saya, regardless of who he is, Kau bimbinglah dia, berikanlah hidayah kat dia daripada terus buat perkata tak elok dan Kau hindarilah wanita-wanita lain daripada terus dipergunakan sebegitu rupa ataupun daripada terjebak dengan perkara sebegitu.

Dan, Kau peliharakanlah aku juga agar tidak terjebak juga dalam perkara begini. Sesungguhnya dosa-dosa yang lepas pun tak tertanggunglah aku nak tanggung Ya Allah, inikan lagi nak terjebak dengan benda-benda entah apa-apa ni. 

Allah knows best 💔

by on October 30, 2024
Ingatkan post baru November nanti, rupanya baru semalam update, malam ni dah update lagi sebab sedih sangat. Betul lah tu, kita ni baik sang...