Saturday 24 August 2019

Terbang Ke Mana Saja Dengan Jetstar ✈️

Salam Alaykum 🛫


Setuju tak kalau I katakan pengalaman bercuti di tempat yang stranger untuk diri kita ini sebenarnya pengalaman yang sangat berharga. Sebab tu kalau nak pergi bercuti kita kena plan betul-betul from A-Z terutamanya dari segi masa, duit dan tempat yang kita nak tujui tu. Dan cakap aje pasal travel, benda pertama yang terlintas, sah-sah kita nakkan percutian yang boleh menjimatkan sehabis baik yang mungkin. Antara  cara untuk rancangan trip dengan kos yang menjimatkan adalah dengan explore low-cost airline dan book tiket dengan harga serendah yang mungkin. Tapi macam mana nak dapatkan low-cost airline dan dapatkan tiket dengan harga yang murah? Nak tahu tak, nak tahu tak? K tak jawab pun, I tetap nak share juga. Rugi tak share dan rugi untuk you all juga kalau tak baca.

Ok go, scroll down now.


Malam ni I nak share dengan korang semua macam mana nak dapatkan Jetstar air ticket booking thru online dengan harga yang cun melecunn habis dengan Jetstar aje. If korang dah familiar dengan apps yang sangat terkenal dan user friendly iaitu Traveloka, korang boleh juga book Jetstar thru this apps. Hapo bondo Jetstar ni? Ok, sebenarnya, Jetstar ini merupakan salah satu low cost airlines yang ada di dunia ni, based dekat Australia. Dengan berbahagikan seating kepada 2 class, Economy dan Business Class, korang boleh terbang lebih kurang 75 destinasi hanya dengan penerbangan Jetstar ni. Talked about seating, bagi Economy Class, korang boleh bawak maximum 7kh bag cabin tapi yang pastinya murah. Untuk Business Class pula korang boleh bawak 2 kali ganda bag cabin dan seat dia luas sikit kalau nak compare dengan seat Economy Class. Apa-apa pun, kalau nak dibandingkan dari segi harga, ianya tetap murah kalau nak dibandingkan dengn airlines lain. 

First of all, korang boleh install apps Traveloka atau boleh visit direct website rasmi Traveloka dan terus aje search Jetstar. Bila dah jumpa under section search, korang boleh isikan details tarikh pergi dan balik, destinasi dan untuk berapa orang. Untuk dapatkan harga yang jauh lebih murah, I suggest untuk pilih date untuk travel yang lama dari sekarang dan pastinya bukan pada musim cuti sekolah atau perayaan. Lepas dah survey, kalau dah tersangat berpuas hati dengan harga yang korang dah survey tu, korang boleh teruskan dengan pembayaran melalui online dengan menggunakan kad kredit ataupun kad debit.


See, senang je kan? Korang tak payah lah risau scam ke apa ke sebab Traveloka ini memang disahkan selamat dan dipercayai sebab ianya sistem yang makin famous dan makin ramai digunakan orang sekarang ni. Korang je yang belum guna lagi, eh ehek. Awal-awal tadi I ada bagi tahu yang based Jetstar ini kat Australia dan ianya bukanlah local airline company tapi, ada tapi ye tuan-tuan dan puan-puan. Korang masih boleh naik flight ini if you're from Singapore. For example, dari Singapore nak travel ke Penang, korang boleh search aje cheapest flights from Singapore to Penang melalui apps ataupun website Traveloka tu.

Dan, alang-alang nak travel ke Penang tu, korang perlu tahu yang kat sana tersangatlah banyak tempat yang boleh korang lawati for greatest experience during your trip. Contoh, korang boleh lawat Made in Penang Interactive Museum untuk cipta memori yang lebih menyeronokkan tak kisah bersama keluarga mahupun sahabat handai. Sesampai je kat sana, korang dah boleh nampak The Great Wall of Penang. Kat sini bila dah masuk dalam, korang boleh nampak 'masa lalu' Pengkalan Weld melalui model miniatur yang telah dihasilkan dengan penuh teliti. Haaa power kennnnn?

Credit: myfave.com

Credti: thestaronline

Selain itu juga, korang boleh meriahkan lagi trip korang dengan melawat ke Seksyen 3D Art Gallery dimana kat sini korang akan dijamukan dengan paparan tradisi, bangunan terkenal dengan pelbagai lagi berkaitan dengan Penang. Kat sini korang bergambar lah sepuas-puasnya dengan setiap karya yang ada dalam gallery ni. Bateri camera extra dan power bank jangan lupa bawak ye sebab takut-takut nanti terlepas nak bergambar kat ruang-ruang menarik macam Games Room dan ruang bengkel penghasilan seni tradisional Malaysia seperti layang-layang dan batik. 

Last sekali, kalau rasa bosan dan bergambar dengan patung, lukisan dan lain-lain, korang boleh melawat ke Entiopia atau dulunya dikenali sebagai Taman Rama-Rama Penang. Memandangkan destinasi ini merupakan destinasi tumpuan ramai, pada tahun 2016 taman ini telah dinaiktarafkan supaya menjadi lebih moden dan luas. Ianya sangat sesuai buat kanak-kanak serta seisi keluarga dalam memupuk sikap cinta alam semula jadi sebab taman ini dihiasi dengan pelbagai jenis bunga dengan pelbagai warna. Rama-rama tak payah cakaplah, terdapat pelbagai jenis rama-rama kat taman ini yang boleh korang tengok. Selain tu juga, ada serangga lain macam kelip-kelip, pepatung, kumbang, mentadak dan banyak lagi haiwan invertebrata seperti kala jengking, labah-labah dan ulat gonggok. Agak menggelikan tapi apa salahnya kan, alang-alang dah datang bercuti. 

Credit: onlypenang.com

Credit: malaysia.travel

So akhir kata dari I, dalam korang nak pilih destinasi untuk travel tu, sudah tentunya benda yang korang kena tapis dan nilai dulu adalah dari segi kos. Sekarang ni zaman dah canggih, semuanya dihujung jari je. Jadi, jangan lupa singgah ke apps Traveloka dan pilih penerbangan kos rendah, Jetstar sebagai penerbangan pilihan korang. 

Till, then.

Bye!
August 24, 2019 / by / 3 Comments

3 comments:

  1. Pernah guna Jetstar untuk pergi Hokkaido and the seat is bigger and more comfortable than Air Asia

    ReplyDelete
  2. jom laaa kito g duo naik JEtstar ni <3

    ReplyDelete