Wednesday 12 September 2018

SHAWANDERLUST | Perhentian Island

Salam Alaykum 🏝️ 

Hampa semua confirm ada tempat yang hampa nak pi kan? Alaaaah, dalam wishlist tuuu, mesti ada kan kan kan kan? As for me, I always wanted to go to an island. Bukannya tak pernah jejakkan kaki ke pulau, I pernah je pergi Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Duyung, Pulau Kambing. K melawak Pulau Duyung dan Pulau Kambing tu bukan pulau pun. Nama tempat ja. Tapi kat pulau-pulau yang I pi ni takde satu benda yang memang I nak try lama dah which is snorkeling (walaupun I tak pandai berenang pun tapi who cares nah, life jacket kan hado).


Kami gerak ke Besut hari Jumaat (13/7/2018) itu pun dah lewat malam dalam pukul 10. Memang kerja gila bak hang, perempuan bertiga drive kereta memalam buta dengan tak ada sorang pun lelaki sebagai peneman. I plan nak keluar office by 5 sharp sebenarnya since that day was my last day for job training then by lepas Maghrib tu dah boleh pelan-pelan gerak ke Besut tapi terbantut pula bila Kak Ros sekat kami sebab nak settle kes nama tercicir dihantar ke HR. Kenapa tercicir? Malas nak cerita aih, buat sakit hati jiwa dan raga kami 4 ketul ni ja. Tapi Alhamdulillah, Allah lindungi sepanjang perjalanan kami pi balik. Pukul 0730 pagi sampai di jeti Kuala Besut then by 09:30 pagi naik bot untuk ke Pulau Perhentian.

Tips naik bot; make sure duduk tengah-tengah atau kebelakang. Jangan sesekali mengada-ngada nak try duduk depan. Jangan! Kalau time tu ombak besar, merasalah tak start activity kat pulau lagi dah sakit-sakit badan. Kahkah. 




Perjalanan ke Pulau Perhentian dengan bot memakan masa 40-45 min juga la (kot lah sebab I tak sempat-sempat nak tengok jam). Lenguh juga la badan ni sebab you tak boleh nak bersandar pun dalam bot tu. Tapi bila sampai je sana, lenguh dan penat you automatik hilang cuz lemme tell ya, Pulau Perhentian is soooooooo cantik! Rasa macam terpukau kejap tengok air laut yang jernih, kehijauan gituh. Dan disebabkan I dah jatuh cinta dengan Pulau Perhentian, tetiba I rasa nak pergi Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Tioman eh semua pulaulahhh!

So, what was our activity for the 1st day? Takda apa pun. Hahaha. By 11:00AM kami dah settle check in penginapan semua, lepas tu Pok Yan bawa kami jalan-jalan sekitar Long Beach, siap tunjukkan arah untuk hiking. Sis dah beriya nak hiking hari tu tapi depa ni tak mauuuuu, esok katanya. K hampa. Oh ya, untuk penginapan kami menginap di Tropicana Inn. Sesiapa nak exercise, highly recommended untuk menginap di sini. Serious tak tipu. So tulah, first day kami banyak bergambar di tepian pantai je, petang tu pulak Maisarah dan Mekti mandi pantai. Since mandi-mandi pantai ni dah jadi kebiasaan buat hakak, hakak duduk lek-lek kat daratan je. Sebab target I snorkeling dengan hiking jurrr. Takat mandi tepi pantai macam ni tak main laaa 🙄







2nd day was what I'm waiting for which is snorkeling meng! Pepagi lagi kami dah bersiap dan tunggu kat jeti dengan sabarnya, demi mu snorkeling. Tempat yang kami pi dalam 6 check point kot, ke 7. Maaf tak ingat. Nama tempat untuk setiap check point tu pun I ingat-ingat lupa. Ada few je yang I ingat, Romantic Beach, Shark Point, Turtle Point, Kampung Nelayan lepas tu tak ingat dah. Benda dah berhabuk guys, so paham-paham je lah kalau banyak yang tu tak ingat, ini tak ingat. Lagi satu sebab bukan I sendiri yang deal dengan agent, I memang 110% ikut orang je trip kali ni so tak tahu apa-apa. Kalau I sendiri mastermind or take part deal with the agent, it will be different. I akan lebih cakna dan entry blog pun lebih berinformasi.

How's snorkeling? It was A-W-E-S-O-M-E! Masa kat first check point di Shark Point, air memang dalam gila, I pula main terjah turun je dari bot tapi nasib baik ada basic knowledge pasal swimming yang I belajar kat OBS SL1M TNB dulu. Alhamdulillah, kira berguna juga la kan walaupun masa OBS tu membebel berbakul-bakul sebab tak nak buat. Hahaha. Since I ambil masa juga nak biasakan diri dengan air yang dalam gilos tu dengan life jacketnya lagi, I memang ikut je cara yang I belajar kat OBS tu which is back float/backstrokes swim. Sedar tak sedar dah jauh dari bot sampai agent kena selamatkan I dan lagi 2-3 orang sebab kalau nak tunggu kami "kayuh" ke bot, malam kot baru sampai. Balik bilik dalam pukul 4 lepas tu masing-masing terlena sampai lewat petang dan sekali lagi hatiku hancur sebab tak jadi hiking. Esok dah nak balik, so jom sama-sama nyanyi;

"Hancur, hancur aku, bila-bila saja,
Hancur, hancur akuuuuuu"










Ouh ya, untuk dinner kami memang pick this 1 restaurant je. Macam I cakap kat atas tadi, target I snorkeling dengan hiking je, yang lain-lain memang I ikut 2 ketul tu je. So bab makan malam ini pun, depa ni yang decide. I tak ingat nama kedai tu tapi tak silap Delisha Cafe kot. Harga? Standard lah tak mahal nak matey, tak juga murah nak matey. Rasanya kalau biasa duduk KL makan lunch 2 lauk pun RM8-RM10, so harga di Perhentian won't be a big deal for you I guess.

Tips untuk bajet; Bawak wang secukupnya sebab kat sana manada ATM. Tak perlu bawa banyak pun, cukup untuk belanja makan minum. Souvenirs? Nah, takyah. Hahaha 






Overall, Pulau Perhentian memang fun gila dan I kena jejakkan kaki kat sini lagi sebab hiking kat kincir angin belum terlaksana lagi. Satu lagi, walaupun I tak amek port sangat untuk trip kali ini (ye la nak pi snorkeling dengan hiking je kan) but at least I tahu juga la dengan agent yang bawa kami ni so for those yang nak merasa ke Pulau Perhentian juga, bolehlah usha pakej dengan bro ni Ala Holiday Insya Allah, service tip top!

Till we meet again, Perhentian Island ❤️




September 12, 2018 / by / 6 Comments

6 comments:

  1. Replies
    1. Yesza! Rasa macam nak duduk kat pantai tu je.

      Delete
  2. sini memang best :D kitepun tk geti berenang..lol

    ReplyDelete
  3. Cantiknya gambar! I love Pulau Perhentian as well sebab cantik sangat walaupun takde apa-apa sangat dekat situ :)

    ReplyDelete
  4. CT pun tengah amek mood ni nak up pasal perhentian. tak sampai sampai seru lagi huwaaaa rindu pula laaa tengok gambar2 ni. cantik airnya kan puas berendam =D

    ReplyDelete
  5. Bestnya pergi pulau..! The only pulau that I had been to was Pulau Langkawi.. Aishh.. Cliche sangat kan.. Q_Q

    ReplyDelete