Tuesday 31 July 2018

KONVOUiTM-88

Salam Alaykum.


Hola hola olala. It's me (yeah again). Selepas berkali-kali menabur janji-janji capati, I'm back again. For good, Insha Allah. Masa dah mula OJT ritu hari, memang susah nak tepati janji untuk update dengan cerita-cerita baru. Sebenarnya, bukan bila start ojt pun, tapi ever since I started with my SL1M programme under TNB. Bapak ah sibuk tahu tak? Tak tahu sibuk dengan apa tapi memang tak sempat nak bukak laptop. Sempat je sebenarnya tapi masa rilek untuk betul-betul hadap blog, karang ayat tu idok ado.

Okay, taip pepanjang pun takdak guna. Sounds like alasan juga la kan buat korang? Hahaha. So untuk menyucikan diri eh tak. Menyucikan blog I from these sesawangsss, lemme start this official comeback with my convocation day on last April. Yes, finally. The day that I've been waiting for. Lama tu tunggu from July 2017 till April 2018 baru dapat convo. Like setahun tu tunggu. K hambar.


Untuk kali ini I konvo kat DATC. Takkan nak konvo kat Puncak Perdana kan? Celah mana nak bersidang kat situ, bukit depan fakulti tu? Hahaha. So again, sama seperti diploma I dapat sidang petang. Wuhuuuu (read with not-so-excited-tone). By 12PM dah gerak ke Shah Alam dari Kajang, itupun ngam-ngam sampai 1:15PM, graduan dah beratur panjang untuk masuk dewan. I dengan jubah apa pun tak pakai lagi, catwalk dengan selambanya menuju ke garisan belakang sebab kami punya kos antara yang terkebelakang. By 4:00PM selesai sidang dan cuaca panas punya pasal, I dan keluarga surrender and decided untuk pulang awal. Even gambar with le friends pun tak hado. Kalau hado pun mana yang terserempak dalam dewan. Nak balik punya pasal. Actually tak balik pun, pi Seksyen 2 untuk studio photo shoot then family dinner kat Seksyen 13.
  


Satu benda yang I injeong dengan pengurusan UiTM Shah Alam untuk Konvo UiTM-88 ini mengenai pengurusan gambar pentas. You boleh tuntut terus esok pagi tanpa tunggu depa post ke rumah. Cumanya satu benda tak syok bila kena denda sebab I hantar jubah tu esoknya. Come on lah, rushing kot petang tu nak photo shoot kat studio (well retis hahaha), umi abah pun tak makan lunch lagi. UiTM Dungun dulu rilek je, kalau sidang petang, hantar jubah esok pagi tu tak kena denda pun lagi. Eh, chill. I bukan nak kepoh sebab kena denda. Saje nak share (tapi actually saje nak memanjangkan ayat post ni haha). Denda pun RM2 je pun. Eh ke berapa RM entah, dah lupa. Tapi bawah RM5 rasanya. Depends on hari.

As for studio photo shoot, I tersalah langkah dimana I pi ambil dengan pakej photographer luar. I mean, dia orang bawah UiTM juga cuma you kena datang ke studio depa untuk shoot gambar. I thought depa bukak booth kat area DATC sebab masa ambil jubah, kakak tu cakap "kita bukak booth kat sini-sini je". Maka laju ahh I book untuk pakej tu dan sebab sayang duit depo punya pasal, kami gigih juga cari studio depa tu. End up belakang McD kat Seksyen 2 tu ja. Apa benda entah namanya, satgi dah jumpa resit studio tu I update balik. 



I ada video yang I buat untuk convo ni tak boleh nak upload dalam Blogger sebab size besar sangat. Tengoklah kalau I rajin, I upload kat youtube then share kat sini. Kalau rajin. So I guess that's all lah. Terlalu basi dah ni tapi nak buat acanor. Ini pun ada lagi ni tengah Q cerita-cerita basi yang I nak publish. Oh ya, laptop I rosak sebenarnya. Gambar hilang tak dapat diselamatkan so itu salah satu sebab juga I takde mood nak update new post. Ye la, gambar tak hado, acanor nak up new story. Yang I paling terkilan, gambar kenangan kat ILSAS. Sedihhh woo, hilang lesap macam tu ja. Nasib baik ada kengkawan share sekeping dua. Nanti I share deh. 

K bai.



P/S: I'm using 'I' 'You' as for panggilan nama right now cuz I suddenly feel awkward using 'aku'. Kenapa eh? Hahaha.
July 31, 2018 / by / 3 Comments

3 comments: