Thursday 14 December 2017

School's Out! | PETROSAINS

Salam Alaykum ❤️


Ayyo first post for December with a story about me and de fam at Petrosains last weekend. No special post for welcoming December since I need to realized that 2K17 is going to be end but nah, I'm still jobless weh. Ugh macam namateyyy pikir pasal kerja. Anyway, cuti sekolah kali ini si bongsu akhirnya boleh jalan-jalan makan angin tanpa mereput di rumah. Kami adik-beradik yang lain dulu mana ada nak merasa makan angin macam ni sebab asal tiba je cuti sekolah confirm Umi & Abah hantar balik kampung. Tapi time tu Tok Mek & Tok Che' ada lagi, sekarang tak ada sapa dah kat kampung so that's why bila turn Aiman ni selalunya mereput kat rumah je. Umi & Abah pun dedua dah bersara tahun ni, tu pasal ada chance bawak dia pi jalan-jalan.

Tak merancang nak ke mana pun sebenarnya, sekadar pi ziarah rumah Cik Nor kat Kajang then pi melawat rumah sewa si Aghah kat Nilai. Ye la, geng mak-mak ni nak kenal jugakan tempat duduk anak dara dia sebab si semek tu dah tak duduk kolej lagi dah. Hari Ahad tu memang seharian kat Shah Alam, pi pekena Cendol Durian kat Medan Selera Delima Sek. 24 lepas tu pi I-City Snowalk. Esoknya hari Senin tu baru ke Petrosains. Si bongsu punya pasal weh, kita yang jobless takde terikat dengan apa-apa jadual ni, ikutkan je la mana dia nak pi.

 Petrosains

Kami ambil keputusan untuk gerak ke sana by public transport je sebab malas nak pikir parking lah, jem la kalau drive sendiri. Tambah lagi tengah cuti sekolah sekarang ni, pheww confirm jem. Kita orang ambil LRT Putra Heights since itu je antara station yang dekat dengan rumah Cik Nor. Jimat tu memang jimat sebab pi balik dalam RM8 je tapi nak sampai ke KLCC tu ya ampun, kena hadap 28 station woi. Hahaha. Malas drive punya pasal, redha je la.

Tokmi, Kak Yana & Acu Aghah dok ikut T_T 

Sesampai je kat sana ingatkan boleh ler terus masuk, ater kena beratur pula dekat setengah jam menunggu turn untuk naik kenderaan Dark Ride - Perjalanan Sekilas Masa. Nasib badan lah kena beratur lama, nak buat macam mana sebab kita orang hari tu pun pergi ke sana  main redah je. Takda nak baca review kat blog/website dulu ke apa ke kan. Kalau tahu kena beratur untuk naik Dark Ride ni sah-sah datang awal sikit la kot. Hehe. Ini pun kira beruntung la ni pi Hari Isnin time cuti sekolah. Cuba pergi hari Isnin tapi bukan time cuti sekolah, confirm balik dengan hampa sebab Petrosains tutup. Haha.   


Dark Ride - Boleh fit 5-6 orang

Dari pintu ketibaan Dark Ride tu, korang akan masuk ruangan Space dulu lepas tu banyak lagi Future Energy lah, Oil Platform lah sampai aku sendiri pun lupa nak snap gambar sebab excited sangat. Ingat si adik je ke yang excited tengok benda-benda Sains ni, akak dia pun excited jugok deh. Hahaha. Dan, memandangkan kat dalam ni banyak section juga untuk visitor explore, mana yang bawak warga emas tu mohon bawak sekali minyak angin deh kot-kot lenguh nanti. Haha k gurau je. Kalau nak tengok peta lokasi Petrosains ni, boleh try singgah official website; The Discovery Map.

Petrosains, The Discovery Centre
Level 4, Suria KLCC, PETRONAS Twin Towers, 
50088 Kuala Lumpur
03-23318181
http://www.petrosains.com.my/






"Hello Markas, Ibu saya ado dok situu?"


Astronaut Sleeping Bag


"Hermm, mana lagi nak korek minyak ni?"

"Poksu Jat, doh-doh ler tu berangan"

Ha, tu je kot gambar yang mampu dishare sebab dah cakap tadi, excited punya pasal sampai lupa nak bergambar hahaha. Anyway, walaupun lenguh kaki macam nak tercabut, Petrosains is fun dan sangat sesuai untuk pendedahan budak-budak mengenai dunia Sains. Bukan setakat merekalah, kita yang tua bangka ni pun kadang tak terdedah sangat dengan ilmu/alam Sains ni jadi memang bagus bila ada tempat-tempat macam ni. Penat dapat, ilmu pun tumpang sama dapat. Haha. 

Untuk harga tiket, operation hours, kemudahan atau apa-apa berkaitan Petrosains, korang boleh visit official website Petrosains. By the way, terima kasih yang singgah dan follow blog buruk ini. Insha Allah, nanti saya singgah balik deh. Till then, adios :)
December 14, 2017 / by / 15 Comments

15 comments:

  1. last went there during my primary school. haha it was too long n have not been there since then.

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha once is enough kot kan daripada tak jejak kaki lagi hehehe

      Delete
  2. Dah banyak dah benda baru kat Petrosains ni. Tak ingat dah berapa lama tak menjejakkan kaki kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, pi hari tu pun ada certain areas yg tengah renovation hehe

      Delete
  3. Replies
    1. Satu hari nanti maybe? Saya sendiri pun tak pernah terfikir nak sampai sini even lawatan sekolah dulu pun tak datang. Ni dah tua2 baru berkesempatan jejak sini hehehe

      Delete
  4. Baru jugak pergi dalam last month... I was expecting for the dinasour section but it was closed.. :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, hari tu pergi tu pun still tutup lagi. Nampak ekor dia je haha

      Delete
  5. Sian pulak teringat adik saye macam mereput kat rumah je tak pi memana. takda org bawak, semua bz. ada la dia pi bengkel n kem je pun. huhue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe, okay la tu. Sekurangnya dia ada join bengkel & kem. Terisi jugalah kan masa cuti dia :)

      Delete
  6. Las pergi sana waktu tadika. Huhu rindu Dinosaur nya

    ReplyDelete
  7. Macam best tapi tak pernah pergi. So sad. Aquaria pun.

    nurulrasya.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ini pun sebab ada si bongsu ni ha, kalau tak, takkan merasa juga kot keke

      Delete
  8. haritu 6 bulan intern kt klcc. sekali pun tak jejak.. hahhha busy kemain.. inshaaAllah one fine day. #salamperkenalan

    ReplyDelete