Tuesday, 19 September 2017

Trip Kak Jemahs & Abe Mats 1.0 | Bukit Keluang
September 19, 2017

Trip Kak Jemahs & Abe Mats 1.0 | Bukit Keluang

Salam Alaykum  ❤️

Major throwback when I was with le Kak Jemah(s) & Abe Mat(s) for hiking and BBQ at Bukit Keluang. It was successful and well-planned trip and Alhamdulillah we're managed to avoid "disana sembang, disini sembang" punya trip. Special credit goes to mastermind of the trip, Dijah for planned and arranged everything from A-Z. Eh dah kenapa tetiba speaking pula? Ha rilek-rilek sekali sekala nak asah BI apa salahnya kan walaupun sah-sah berterabur plus broken. Jangan malu mencuba! Gituuuuw.

Siapa pula Kak Jemah(s) & Abe Mat(s) ini? Haa kat sini bermula cerita. Plan asal antara kami geng bujang yang terdiri dari ex-internship trainee, ex-sl1m trainee(s) dan juga PSH kat Pejabat Pendaftar, UMK je tapi entah macam mana, yang ni ajak kawan dia, yang tu pun ajak kawan dia, ajak, ajak dan ajak lagi so end up total kesemua ahli yang join dalam 20 orang where most of them adalah sl1m trainees kat BKPK, Keselamatan, Bakat, HEP, library ada dak hah? Lupa. Mula-mula tu memang lah macam entah siapa-siapa la dia orang ni kan tapi Alhamdulillah, depa ni semua havoc. Senang cerita, boleh masuk geng.



Perancangan asal kena gerak jam 7:00 am dari lokasi masing-masing tapi as usual, team Kak Jemahs memang lambat sampai dan team Abe Mats sampai sharp sebagaimana yang dijanji iaitu kol 8:00-9:00 am dah kena berkumpul kat kaki Bukit Keluang. Kak Jemahs? Kol 9:30 am baru sampai pintu masuk Bukit Keluang uolls. Hahaha. Abe Mats sekalian kena paham, kami bangun pagi pack makanan lagi, punggah barang, ayam, arang semua tu masuk kereta, pick up passengers lagi lepas tu tunggu orang tu, tunggu orang ni sebab yang tahu jalannya sorang je makanya berkonvoi lah kami hari tu hahaha and do take note that this is my first trip drive jauh.

Biso khea tu? Boleh bawok keto g Besut dohh. Tok lamo boleh g luar pado Kelate doh la. Hahaha. (Take note sekali lagi yang aku ni driver penakut + newbie jadi boleh drive jauh ni kira satu improvement besorrr doh tu hahaha) *loserrrr*

Sesampai je Kak Jemahs kat sana, team hiking teruskan dia orang punya misi panjat bukit dan team BBQ pun mula bakoor arang. Iolls sepatutnya hiking sekali tapi sebab nengok Dijah dengan Din je yang duk set-up nak bakor ayam, maka iolls dengan Kak Yana (tetiba) volunteer untuk join team bakorrr ayam. Next time Insya Allah, kita naik ye! Kali ni kita make sure kol 7 dah gerak dari rumah so that boleh sampai awal. Hahaha







Oh ya! Kenapa trip ni aku letak as 1.0? Sebab menurut Cik Nin (one of havoc Kak Jemahs and please noted that dia yang bagi title "Kak Jemahs & Abe Mats" tu) nanti akan ada 2.0, 3.0 dan mungkin kali ini ke pulau puloook lah kot. Udoh-udoh ler tu hiking Bukit Keluang + Banana Boat, ke Pulau la pulok kali ni. Ye dok? One thing aku suka dengan dia orang ni, bila dia orang kata nak pi mana-mana, nak keluar mana-mana memang dia orang set sampai jadi. Tambah lagi bila ada sorang-dua yang high-spirit, maka yang lain ni automatic jadi bersemangat jugak.

Alhamdulillah also for this ukhuwah sebab tak tersangka awkward relationship masa first time jumpa sesama sendiri semua boleh berakhir dengan hubungan rapat sampai boleh keluar lepak, jalan-jalan, bbq, hiking bagai ni. Semoga silaturahim dan ukhuwah ini berkekalan, Insya Allah!





Abe Mats lost interest doh sebab terpaksa turutkan Kak Jemahs bergambar


😘😘😘

p/s: Hakak wayy tooooo lazy to put watermark so yeah no watermark on the pictures. Early warning, mungkin gambar-gambar for next post blog pun takkan hado watermark. OMG malas okayy nak edit letak watermark hahaha

0 comments:

Post a Comment

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*