Tuesday 4 July 2017

Kerabu Maggi

Salam Alaykum  ❤️

Bon appetit everyone! Kerabu maggi ini sebenarnya dalam bulan puasa ritu lagi merasa nak buat tapi tak terbuat-buat sudahnya pi makan kat kedai colek jah. Maggi siam yang digunakan untuk buat kerabu maggi ni susah sikit nak dapat, kena pi cari kat Pasar Besar Siti Khadijah sana baru ada. Iolls cuti kerja  hari tu pun memang betul-betul rapat sampai nak dekat raya, so tak sempat nak cari maggi ni. Pagi kelmarin aku secara tak rasminya jadi assistant Kak Ina sebab dia nak beli barang-barang kiriman orang KL so yeap aku pun apa lagi, cilok (berbayar okay bukan cilok curi lol) 1 pek maggi siam.


Mula tu ingat nak cari bahan selengkapnya dulu baru buat tapi si bongsu dah bising asyik duk tanya bila nak buat kerabu maggi. Petang tadi jenguk peti ais tengok apa yang ada so here it is! Kerabu maggi yang so-so je lah. Tak setanding hakak-hakak dan abang-abang yang pro bab masak-memasak ni. Kehkeh. Bahan utama yang digunakan or to be exact bahan yang ada dalam peti;

1) Udang & Sosej (As for sosej, I galakkan guna ayam punya sebab tadi aku guna daging, a bit salty so tak enak la sikit nak telan. Itu pun nasib baik maggi tak masin kalu tak, mahu masuk ward sebab naik darah)

2) Kubis Bulat & lain-lain sayuran lagi untuk memeriahkan lauk-pauk. (Yang kubis ni pulak, I galakkan guna kubis jepun. No exact reason, it just that, I love kubis jepun rather than kubis bulat kalau nak dimasukkan dalam kerabu maggi).

3) Bahan seterusnya tu Maggi Siam, lada, daun bawang/daun sup, sos ikan & asam limau. Untuk last two ingredients yang aku mention tu terpulang nak letak ke tak sebab ada setengah orang tak letak, serbuk maggi tu sendiri more than enough for them. Terpulang okayyy!

The bahanssss

As for first trial, not bad lah. Cehhh, diri sendiri yang masak, diri sendiri kata not bad, berlagak betul. To be honest, tak wowww sangat rasanya tadi sebab rasa masam, masin & pedas kureng. Insha Allah, next try kita ejah kasi sedakkk deh! Lagi satu sebab kebanyakan resepi yang aku Google, semuanya "main campak", takde sukatan banyak mana serbuk maggi nak kena taruk, banyak mana asam limau nak kena perah dan banyak mana sos ikan nak kena taruk so end up aku pun main campak juga. Korang expert buat kerabu maggi ni tak?

Share tips/resepi please~

More like maggi goreng duhh for me haha


So, that's all for todayyy! Insha Allah, jumpa lagi di lain blog post (kalau ada idea nak publish cerita lah lol). Till then, Assalamualaikum :)
July 04, 2017 / by / 8 Comments

8 comments:

  1. Seumur hidup tak pernah makan kerabu. Hahaha. Tapi kerabu maggi nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. No worries kerabu yang ni totally different dengan kerabu-kerabu yg kebiasaan tu. Nanti boleh try! Haha

      Delete
  2. Alahhhh, now I want one. Kat Kampung Baru kami selalu makan kerabu kat Suraya tu. Sedap gilaaaaa. Tapi yang maggi tak pernah try. But dia pakai jenama Maggi tak silap. Ke cintan.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Mesti akan ada 1 tempat yang kita fav gila certain makanan. Hahah.

      Delete
  3. Dahlah tengah lapar ni. hahahaha.

    ReplyDelete
  4. selalu kalau students bukak gerai2 mesti ada yang jual kerabu maggi. sedap je, tapi makan sikit je la. sebab masam XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah betul tu. Ada sesetengah kerabu maggi ni masam. Haha

      Delete