Saturday 24 June 2017

Internship | The Finale

[Repost this entry since previous one got some technical problem]

Majimak is last, last is finale so last Thursday was my final day of industrial training at UMK. Alhamdulillah, secara rasminya tamat industrial training di Universiti Malaysia Kelantan dengan perasaan bercampur-baur. Tipulah kata kalau tak sedih sebab 5 bulan kot together-gether dengan staff kat sini dalam segala hal/urusan. Itu tak campur lagi part gossip lagi lol. Mula tu try nak act cool lah kan tapi mata masuk habuk juga bila En. Zul nak sampai cenderahati then he said that, "Terima kasih atas segala kerja sepanjang kat sini" lepas tu lagi berhabuk mata bila ada staff tanya, "So macam mana, dapat sambung (sambilan) tak?", "En. Zul takde cakap pape ke? Kalau awak kat BAKAT, Kak Lela dah serap masuk dahh". Haiyoo sedih maaa. Kalau tengokkan keadaan kewangan UMK sekarang macam takdak harapan sangat-sangat iolls nak diserap masuk. Takde rezeki nak buat macam mana kan. 


Buat keluarga besar Pejabat Pendaftar, Team BPKP terutamanya, terima kasih yang tak terhingga sebab sudi terima saya sebagai pelajar latihan industri kat sana. Halalkan segala makan minum, ilmu dan maaf kalau ada tersalah bahasa, terkasar bicara. Maaf juga kalau kadang tu terdengar sayup-sayup gelak-tawa saya dengan Jemahs lain kat D20 tu. Keke. Walaupun kadang hati ini merungut penat dengan kerja yang kadang datang on-the-spot (sedangkan masa tu tengah settle kerja lain), sayang dan sedih nak tinggalkan Pejabat Pendaftar tu tetap ada. Gituhh sweet dak? Haha. Insha Allah, segala ilmu pengetahuan yang dikongsikan, akan saya manfaatkan kat mana sahaja tempat saya bakal berkhidmat nanti. Kalau ada rezeki bekerja la, kalau takde kena fikir kerja sendiri la jawabnya. Haha.


Ermmm, dah la kot. Tu je rasanya takat ni. Dah lama tak menaip hoi, otak dah tepu, ketandusan ayat. Haha. Nak buat macam mana, 5 bulan kat UMK, otak ni duk hadap nama-nama fail je sampai coding fail kat Pejabat Pendaftar tu pun iolls dah hafal. Haha. Ouh ya, lagi gambar hari-hari terakhir Insha Allah next ya akan di-update balik. Sisturh busy sikit ni, nak raya la katakan. Hoho.


Till then, Assalamualaikum!

June 24, 2017 / by / 2 Comments

2 comments:

  1. Doakan perjalanan praktikal saya tak lama lagi berjalan dengan baik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh dah nak praktikal eh. Good luck awakkkk! Insha Allah, semoga baik-baik aje urusan praktikal nanti :)

      Delete