Sunday 15 January 2017

Program Keluarga Mahasiswa I-Rec @ AsiaCamp

"KAMI: Kaban Ngutik"
29-30 Oktober 2016 (Sabtu & Ahad)
AsiaCamp, Kuala Kubu Bharu, Selangor

A big applause untuk IREC sebab berjaya anjurkan family day kali ini. Serious best weh! Lepas balik program, seminggu tak abeh habaq hang duk story pasal moment kat sana. Kadang tu sampai "rasa macam cerita, eh takpe lah cerita lagi dan lagi". Hah, sampai ke tahap tu. Mula tu serious bapak mak nenek ah malas nak join. Dalam kepala ini ligat duk cari alasan untuk taknak pergi program ini tapi entah macam mana boleh ter-rela hati tanpa sengaja nak pergi. It's not like takut dengan ugutan kekonon nak gantung result tapi aku pikir bila lagi weh nak merasa? Dah final year kut, sampai bila nak mereput tak nak join pape kan?

Design baju; injeong!

Our first day of Program Keluarga Mahasiswa IREC atau lebih dikenali sebagai program KAMI bermula dari hari Jumaat lagi sebenarnya. Jumaat malam kami mula berkumpul kat Dewan Seminar, Fakulti Pengurusan Maklumat untuk pembahagian kumpulan dan bas untuk gerak esok, pembahagian baju & barang amanah, create and demonstrate our group haka, dan briefing pasal aktiviti di sana nanti. Few days before Jumaat tu kami semua dah dimaklumkan mengenai kumpulan masing-masing thru group WhatsApp. Well, sekarang dah maju guys. Invite dan perkenal diri thru WhatsApp dulu then baru kenal face-to-face. Haha. As for my personal preference, aku rasa effective gak la buat macam tu rather than on d-day baru nak bahagi-bahagi kumpulan bagi. Thumbs up AJK!

Full house

Tekun semua duk dengar briefing haka

Sebab tema "kaban ngutik" maka logo bendera pun nak kena ngutik-ngutik sikit haha

Sabtu, 06:30 am kami diarahkan untuk berkumpul di ruang Gazebo Blok 1 then bertolak ke destinasi dalam 7 lebih kut. Ai dah lupa. Sampai sana, briefing sikit dari management AsiaCamp then here we go! First activity melibatkan perenang for each of group di mana mereka kena redah sungai untuk ambil hint dalam sungai tu ha. Our swimmer, Lannnnn! Haha. Ai is rasa terharu jap tengok dia orang penat lelah berenang jauh gila, dekat setengah jam juga ai and the geng tunggu. Sampai kita orang kena main game sat sementara tunggu mereka. Haha. Tak silap aku hint yang dapat tu penentu samada kita orang kena aktiviti Obstacle ataupun Water Floating. Semua group akan kena actually tapi depends samada kau kena yang mana dulu based on hint tu.

Berharap agar dapat masuk gambar & Alhamdulillah masukk! Haha

With Sarawakian ladies, Safa & Thirah

Yang sebelah kanan tu (Alya) baru kenal sehari tapi dah satu kepala

Warming up + haka sebelum mula aktiviti

Group kami kena water floating dulu. Yeayyyy! (Read with not-so-excited-tone). Masa sesi briefing, trainer ada suruh yang "tak berupaya" buat water floating untuk ke depan dan aku hampir tak join bila aku dengan yakinnya ke depan dengan Alya. Ingat boleh lepas macam tu je sekali trainer tanya kenapa tak nak join? Belum sempat yang lain jawab aku tanya, "Water floating ni macam mana?" Aku tak pernah buat water floating weh so kinda curious plus takut sikit la sebab depa kata dia akan lepaskan sorang-sorang untuk harung sungai. Gila tak takut? Bila trainer tu cakap, "Kami akan lepaskan awak group by group", aku tanya lagi, "sungai dalam tak?" and his expression kinda banyak-tanyalah-minah-ni tapi kena jawab juga sebab aku cakap aku nak join cuma nak tahu betul ke macam gossip-gossip liar yang diperkatakan dia orang ni. Bila dia cakap sungai tak dalam then lepas by group aku terus tukar direction untuk join water floating tanpa toleh kat Alya pun. G'bye Yaa! Haha.

Dalam perjalanan nak pi destinasi water floating tu tak yah cakap la, jantung aku sikit lagi nak jatuh. Tunggu masa sapa-sapa usik memang jatuh hancusss berderai ke tanah lah jawab dia. Sesampai je kat tempat tu, bukan jantung yang jatuh tapi air mata yang jatuh weh. Takut sampai ke tahap nak pusing balik tak kisah ahh sorang-sorang pun. Thanks to groupmate sebab bagi support moral semata tak nak member group yang penakut ni patah balik sesorang. Haha. But overall, dapat water floating dengan geng group was ma superb experience evahh. Rasa macam sweet gituh float dalam sungai satu group reramai siap boleh tutup mata hayati keindahan alam sat, berkenalan, ber-haka bagai. Double thumbs up kat Lan sebab jadi kita orang punya guardian in-case kami terlanggar batu, kayu masa tengah tido dalam air tu. Lol.

Air sungai laju tu punca aku hampir patah balik (bukan sebab takut okey)

Jejaka sarawak except Fitri yang tengah tak sabar nak turun sungai tu

Muka ai wayyyy to hot (read as cuak) that's why kena sembunyi sikit

Ai dah jalan dulu daa so takdak dalam gambar haha

Petang tu sepatutnya kami teruskan dengan Obstacle tapi hujan lebat punya pasal, terpaksa buat indoor game ja dengan trainer. Malamnya pula, lepas solat jemaah kat surau, ber-BBQ sakan sambil layan performance dari setiap group. Settle BBQ, ingat boleh balik dorm macam tu ja? Hell yeah nope. Aktiviti malam tu diteruskan dengan Night Walk gituhh. Benda ni takdak la seram mana sebab aku dah banyak kali join dari zaman sekolah tapi trainer punya pesanan tu buat semua jadi seram sejuk. It was the same location dengan laluan nak pi water floating tapi sebab keadaan gelap, level of cuak tu berganda and yeah, another superb exprience berjalan dalam gelap dengan geng Hyundai Elantra ni (nama group kami). Memanjang je duk potpet bila masuk hutan tu sebab trainer suruh talk to each other, nak halau binatang buas katanya. Setakat suruh bercakap tu, semol matter ah Encik. Benda kami selalu buat. Haha.

Nom nom nom nom

Ahad, 7:00 am. Pagi terakhir kat AsiaCamp dihavockan dengan denda pumping dari Dr. Ezza, luckily kami terlepas sebab ahli group dah cukup. Yeahh, high-five sikeeet Elantra. AJK pun kena sekali sebab tak silap by 7:00 am tu dah start aktiviti tapi masa tu semua baru nak berkumpul. Mana taknya, malam tu tido pukul 4 pagi gais lepas balik dari Night Walk, memang semua terlajak tido lah jawabnya. Lepas senam pagi tu, aktiviti yang tertangguh semalam disambung balik since hari pun nice ja tak hujan. Sapa buat Obstacle kelmarin tu kena buat Water Floating pula, dan sebaliknya. Group kita orang group ke-4 kena Obstacle lepas menang game Explorace. Pengalaman Obstacle? Wanjeon ohsemm mehh! Bila lagi nak merasa panjat tembok, guling atas padang, merangkak atas pasir, berendam dalam air kolam hijau sehijaunya kalau tak masa join program ini kan? Nak harap buat dengan rela hatinya memang sampai bila-bila lah kut tak merasa.

On the way nak jadi katak

Jjang, katak dan kami dah se-level

Lan punya posing sexxayy sangat, kena censored sikit lol

Sisturh-sisturh sado

Group kami kena guling juga tapi ini bukan kami lulz

Takziah dengan budak laki yang terpaksa tahan berat kami semata nak panjat bendalah ni

Elantra, "rilek ajeng"

By tengahari semua aktiviti dah settle then lepas bersiap semua kami ke Open Hall untuk majlis penutupan. Yup, end of program already. Penat but totally worth join program KAMI kali ini. Tersangatlah different dengan previous family day IREC. Precious memories tercipta bila kau boleh engage and interact dengan junior yang tak pernah kau kenal kat kampus. Semoga ukhuwah ini terus berkekalan. Gituhhhh ~ Buat mereka yang gelakkan kami (Part 6) yang join program KAMI kekonon loser sebab takutkan ugutan, nahh who's the real loser right now? Kau ke aku yang still nak berselingkar dalam selimut, do nothing instead of kenal ya coursemate with different sem? Aku tak kisah kau tak nak pi but please lah, tak yah nak loser-kan orang sangat. Macam Dr. Ezza cakap, jangan ingat kita ini Part 6, kita rasa layak untuk besar kepala, tunjuk lagak. Alright mates?

Family selfieeeee

Hampir-complete-family-portrait I (Dexter manaaaaa?)

Hampir-complete-family-portrait II (Dexter dah ada, Shakira lak manaaa?)

Finally, complete family potrait #teamhyundaielantra

Saranghaeyeongg Elantra walaupun dapat saguhati bhahaha

Keluarga Mahasiswa IREC

Thanks for the precious memories Elantra, I-Rec. Akan merindu saat dan kenangan KAMI again and again. Tengah update post ini pun boleh tersenyum sorang sebab ingat balik moment kat sana. Moment yang sangat memorable sebab kat sini lah kau akan berkenalan dan ber-ukhuwah dengan someone yang kau tak pernah kenal langsung especially dak-dak junior ni ha. Oh btw, sapa Sarawakians sini? Sure tahu ah kan apa maksud kaban ngutik. Haha. Till then, bai.

Salam Alaykum!
January 15, 2017 / by / 8 Comments

8 comments:

  1. Wahhhh macam best ja program ni.

    ReplyDelete
  2. seems like you had a great time there :D

    ReplyDelete
  3. mase family day resource pun buat dekat sini. Tapi masa kami tak banyak aktiviti sangat tah pasal ape tah. Janji macam2 mase tu. Haha Tapi paling best water confident. Tu je kot aktiviti mencabar yang dapt join kira satu orang dapat join satu aktiviti lasak. so sadd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lah yeke. Tempat sama rupanyaaa. Tu la, kat sana banyak aktiviti sebenarnya tp tak sempat katanya sebab 2 hari je kan.

      Delete
  4. i can see a lot of happy faces in those picture :D
    follow here #347

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy faces with valuable experience! Hehe.
      Thanks! Already follow yours btw :)

      Delete