Sem V | Final Exam Result

12.8.16

Yass. 

Dah dapat result. Terima kasih UiTM sebab hantar email awal semalam. Takde nak kena jadi burung hantu lama sangat menunggu email. Nasib baik juga hantar email awal sebab Lumos dah tak boleh pakai weh. Tak tahu kenapa. Sayang betullah, mohon yang berkenaan ambil tindakan fix balik Lumos tu. Ai guna Lumos bukan takat nak check result awal je eh, ai juga untuk timetable juga. Sayang lah kalau tak leh pakai dah.

Kinda "Yasssss" feeling

So, back to result semester 5. Alhamdulillah walaupun ada penurunan. Banyak mana turun? Kalau dari GPA sem lepas, turun 0.3 je tapi dah cukup untuk aku say adios Hi-Tea next sem. Haha. Untung dah dapat souvenir Hi-Tea sem lepas, tak ada kempunan sangat. Talk about penurunan pointer ni, memang dah dijangka pun sebenarnya. Dari sem lepas punya subject aku tak tahu nak target yang mana satu A.

Mula-mula macam, "Ok yang ni target A, yang ni target A" tapi bila dah hadap assignment, test, macam tetiba jadi, "Redha lahhh dapat apa pun" and end up smua pulun ikut suka. Past 2 semester (semester 3 & 4), aku ada target subject especially elek tapi sem lepas elek pun haru biru weh.

Who cares bout grade janji semua pass ;P

Anyway, terima kasih Allah untuk result kali ini. Terima kasih juga semua lecturer yang sudi bagi markah kat saya walaupun masa final ritu saya tak tahu jawab mende. Yang paper sebelum raya, sibuk nak balik beraya. Yang paper lepas raya pun sibuk nak balik juga. Hadooi student kan macam ni lahh. Haha. Madam dan Sir sekalian, thanks for everything. Thanks juga kat groupmate assignment aku yang sehidup semati buat assignment sesama dan tak biarkan aku buat kerja sorang-sorang. 

Ya know what I mean right? Haha.

Nah heart-eu buat lecturer dan groupmate

Btw, good luck mana yang tak check result lagi tu. Betapa tabah dan sabarnya korang sebab sanggup tidur dulu, check result pagi ni. Kalau ai memang tak terlena jawab dia. Tahniah buat yang cemerlang! Dan berkabung buat yang tak berapa nak cemerlang macam aku sem ni. Sepp sikit, kita geng. Hahahaha. Gurau. 

Alaa rilek ar, baru turun sikit pointer takkan nak berkabung kot. Let's have fun with all you've got. Puff bajet nak speaking je. Aku having fun je sebab satu, memang dah jangka akan berlaku perubahan pointer, satu lagi sebab aku tahu takat mana usaha aku sem lepas. Jangan give-uppp kayyy. Aku pun takat ni tak give up lagi ni, siap berkobar nak masuk sem baru. Tapi kita tunggu dan lihat lama mana perasaan berkobar ni bertahan. Haha. Insha Allah, sem 6 nanti aku usaha double triple lagi. 

Kata tak nak bayar PTPTN kannn, kena lahh kejar first class! :)

Road to tak-nak-bayar-ptptn

Puff enough. Too much bebelan mengarut. Last dari aku, whatever your result, be grateful, syukur Alhamdulillah and nevahhh give up. Tahniahhh dan good luckk koraaang :)

Bye.

You Might Also Like

12 뚱

  1. tahniah awk... eh kita dkt je la rupanya. awk puncak perdana. sy puncak alam. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Terima kasih. Ehh yeke? Fuhh 1st time ni budak puncak alam kenal puncak perdana. Kalau tak mesti tanya "Puncak perdana kat mana?" padahal budak puncak alam tu jugak. Haha.

      Delete
  2. haha. samela kita. Sis dulu pun sanggup xtidow sbb nak tunggu result kuar. kekeke. takpa, still alhamdulillah. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Tak boleh tiduuuur sebab duk pikir result je. Hehe.

      Delete
  3. Tahniah ! good luck utk sem yg akn dtg..x yah byr pt mmg heaven la jwbnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihhh!

      Kannn, tengah nak sampai tahap "heaven" tu belum pasti lagi. Harap-harap termakbul. Hehe :D

      Delete
  4. Replies
    1. Tahniah buat ain jugok :D

      Alhamdulillah, berbaloi dengan usaha sorang diri mungkin? Haha

      Delete
    2. haha. sama laaa kito. guuu lawe boleh samo plk tu. kesotttt hati ngn madam.. munosaboh nyoooo bui samooo. pah kolej lagu manoo?

      Delete
    3. Ikhlaskan je la. Memey rezeki dio nok buat gano. Kolej Alhamdulillah dapat.

      Delete
  5. tahniah akak! oh kakak ambil mandarin... nak tanya, dulu kakak MUET band berapa? xD sebab kat tempat kitorang band 3 tak boleh ambil bahasa tambahan uhuhu sedih~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha dapat ben10. Boleh gitu? Keke. Korang belajar kat mana? Kalau kita orang memang wajib amek 3rd language ni. Tak best la macam tu kalau nak kena tengok MUET dulu baruuu boleh amek 3rd language T____T

      Delete

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*