11.8.16

Gagal Kolej

Hari ni kecoh kat Twitter, Facebook, group WhatsApp pasal result permohonan kolej. Ramai Part 6 gagal kolej. Katanya sebab intake ramai untuk kemasukan bulan 9 ni. Puffff. Ketidakadilan bagi Part 6. Ok takpa lagi, depa yang gagal ni buat rayuan. Ye lah, tak nak lah give up awal-awalkan. Alang-alang ada permohonan untuk rayuan, mintak aja. Lepas tu bila ditanya pada pengurusan yang Part 6 ada chance ke tidok untuk berjaya rayuan, jawapannya,

"Ye. If ada penempatan lebih baru kita bagi part 6. 
Cari rumah sewa je. Dah lame sangat stay kolej."

Kalau aku jadi orang yang menanyakan perkara tu kat staff then dibalas dengan jawapan sebegitu, perghhh menangis depan handphone terus baq hang. Aku Alhamdulillah, check semalam dapat. Tapi kan bila ramai sangat takdapat aku rasa nak check sekali lagi je dalam sistem tapi takut tetiba jadi gagal pulakk kanggg. Pengsan ai. 

Makanya sekarang depa semua ni tengah confius nak tunggu rayuan kolej atau terus cari rumah sewa. Rumah sewa ni pun satu hal gak, mana boleh main cop-cop wey. Kalau kata nak stay, bayar deposit, sem depan masuk rumah. Lambat bagi kat orang lain. Huish kalau aku memang tak tidur malam dah ni duk memikir pasal kolej ajo. Dah la Jumaat ni result. Nak pikir pasal result lagi. Haaaaa gila laa wehh. 

Bertabahlah awak-awak semua. Saya doakan yang terbaik buat awak-awak semua. Untuk seminggu pertama sementara nak tunggu result rayuan tu, boleh mai menumpang rumah ai dulu kalau mahu. Tapi yang ai kenal-kenal je lah. Yang tak kenal, that's nono. Haha. Ai pun tak tahu juga macam mana perangai dan ghupe housemate sem depan ni sebab kolej dah buat sistem baru kan, meng-campur-aduk-sesuka-hati-dia-rakan-serumah untuk kita. Puff.


Again, bertabahlah buat saya dan awak-awak semua. Semoga hati terus sado terima ujian Allah ni. 

Amin. Bye, Assalamualaikum.

8 comments:

  1. kadang-kadang benda ni rezeki je kan. memang kena doa byk2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Dapat tk dapat tu kerja Allah 😃

      Delete
  2. Amin! moga kita semua kuat hadapi ujian-Nya :)

    ReplyDelete
  3. Semoga tabah. InsyaAllah ada hikmahnya. :)

    ReplyDelete
  4. good morning dear.! alhamdulillah dapat kolej.
    Dulu masa sis belajar pun kalau boleh taknak duduk luar. Huhuhu, duduk luar ni duit mcm air. (^^,) lepas tu karang mula la me-lagha. Hehe sepanjang sis belajar 4 tahun degree 3 tahun diploma alhamdulillah dapat stay kolej. Walaupun kena kumpul merit.. tu yang malas! =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Hehe. Itulah pasal, dah mcam zombie kadang tu berebut merit. Keke.

      Delete

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*