Monday, 21 March 2016

OH and Us
March 21, 2016

OH and Us

Eh, nak quit U boleh? 

Rasa berat sangat semester ni sampai rasa nak quit je. Allah, mintak jauh la dari perasaan give up sebegitu rupa sampai nak quit T__T. 

"Jangan quit Hani. Nikmat datang kemudian hari. Ujian yang datang bersama nikmat. 
Jangan give up! Keep try!" - Subi

Awal semester dah macam-macam dugaan Allah uji, itu ini, kiri kanan depan belakang. Paling berat, subject OH (Oral History) ni. Yang dah ada calon tokoh, bergembira lah kamu. Yang tak berjaya lagi macam aku dengan Anis ni hanya mampu cuba dan cuba. Dah la nak kejar buat kerja seiring dengan gant chart. It's week 4 right now and by week 7 dah nak kena jalankan interview session. Kalau asyik di reject macam ni, kami nak interview sapa?

Interview angin, pokok, dinding or meow?

Dear interviewee, kami tak nak korek rahsia sulit pun. Kami nak tahu latar belakang anda dan juga perkongsian dalam bidang yang anda ceburi tu. Kenapa susah sangat nak bersetuju? T_____T Itu yang contact direct without go through procedure, yang kena go through procedure pulak satu hal. Suruh hantar surat, kami hantar tapi berjanggut kami tunggu maklum balas.

Ok. Sorry sebab terlebih emo.

Sekarang aku hanya mampu berdoa agar ada hamba Allah yang sudi ditemuramah bila kami call mohon kebenaran. Sekarang Allah uji dengan dugaan itu ini, mana tahu hasilnya gempakk Allah nak bagi kan? Dah selalu sangat bersenang, kali ini Allah bagi peringatan nak berjaya bukan mudah! Let's strive harder! (Bajet self therapy lah ni).


P/S: Ada calon tokoh/individu yang berumur 40 tahun ke atas, berpengalaman at least 5 tahun ke atas dalam sesuatu bidang? Bolehhhh bagi contact number kat sayaaaa takkk? 

T_____T

2 comments:

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*